script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Anwar Kemuka Permohonan Ketiga Batal Kelayakan Shafee


PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan kali ketiga untuk membatalkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwa raya dalam rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan liwat.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa permohonan itu dikemukakan di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dua hari lepas.
Beliau berkata Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin depan (3 Mac) untuk mendengar permohonan itu.
Anwar, 67, dalam afidavit menyokong permohonannya menyatakan bahawa peguam kanan itu (Muhammad Shafee) tidak layak dan bukan orang yang sesuai untuk mengetuai pendakwaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lepas mengekalkan keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara.
Lembaga Tatatertib mengenakan denda RM5,000 ke atas Muhammad Shafee kerana salah laku mengikut Akta Profesion Guaman 1976 kerana melanggar peraturan publisiti berhubung dengan satu artikel dalam akhbar.
Anwar juga meminta mahkamah mengambil kira bahawa ia akan menimbulkan percanggahan kepentingan jika Muhammad Shafee mengetuai pendakwa raya selepas beliau mempengerusikan panel tiga anggota siasatan Suhakam yang memutuskan bahawa bekas pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira adalah saksi yang tidak bercakap benar.
Secara kebetulan, saksi itu menjadi pegawai penyiasat dalam kes liwat kedua Anwar.
Muhammad Shafee telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas rayuannya terhadap keputusan lembaga tatatertib ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari, tahun ini.
Anwar mulanya telah mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee di bawah Kanun Tatacara Jenayah tetapi ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September, tahun lepas.
Beliau juga gagal dalam rayuannya apabila ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 20 November, tahun lepas.
Permohonan kali keduanya untuk membatalkan Muhammad Shafee berdasarkan akuan berkanun oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, juga ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember, tahun lepas.
Rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan juga ditolak pada 11 Februari tahun ini.
Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara 'fiat' (pemberian kuasa)mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Rayuan menetapkan esok (Jumaat) bagi pengurusan kes rayuan utama. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.