script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRK Kajang: S.Nallakarupan Masih Belum Buat Keputusan


PETALING JAYA - Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakarupan masih lagi berbelah bahagi sama ada untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Walaupun beliau menaruh harapan untuk bersaing dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 23 Mac depan, beliau sedar rancangan tersebut akan menjejaskan Barisan Nasional (BN).
Nallakaruppan berkata, beliau ada berbincang dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengenai perkara itu.
"Berdasarkan persetujuan dan semangat BN, saya telah diminta untuk menarik diri daripada bertanding di Kajang supaya parti itu boleh memberi tumpuan kepada hanya seorang calon.
"Saya memahami dan menghormati semangat BN tetapi saya memerlukan masa untuk membuat keputusan sama ada meneruskan rancangan saya atau menarik diri," katanya kepada The Star.
Nallakarupan yang juga bekas rakan baik Anwar, menawarkan diri untuk bertanding di bawah tiket MUIP kerana beliau mengetahui segala rahsia Ketua Pembangkang itu.
"Saya merupakan rakan karib dan amat kenal dengan Anwar. Adalah lebih baik jika saya bertanding menentangnya supaya rakyat tahu siapa diri Anwar yang sebenar," katanya.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
Anwar bertanding atas tiket PKR manakala BN memilih Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat sebagai calon.
Beberapa individu turut menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Antaranya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, penyanyi Herman Tino dan bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac depan.
Yuktes berkata beliau tiada sebarang perancangan untuk menarik diri daripada bertanding. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.