script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kebakaran Hutan Belukar Di Jalan Kuantan-Pekan Terkawal


KUANTAN - Kebakaran kawasan hutan dianggarkan seluas 50 hektar di Jalan Kuantan-Pekan dekat Penor di sini sejak kelmarin berjaya dikawal daripada terus merebak.

Hasil operasi melibatkan 50 anggota bomba dengan lapan jentera itu, kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas kira-kira 10  berjaya dipadamkan sehingga tengah hari semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata, pihaknya kini menggiatkan usaha untuk mengawal dan mengecilkan lagi keluasan kawasan yang terbakar.

Menurutnya, dianggarkan kira-kira 40 hektar lagi masih terbakar bagaimanapun keluasan itu dijangka dapat dikecilkan melalui perubahan strategi pemadaman yang dijalankan semalam.

“Secara keseluruhannya kebakaran dapat dikawal daripada terus merebak.

“Fokus kita hari ini (semalam) kepada kerja-kerja memadam kebakaran dengan menumpukan kepada kawasan yang terbakar berbanding operasi semalam (kelmarin) yang lebih kepada mengelak kebakaran daripada merebak ke premis berisiko tinggi, ”katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Wan Mohd Nazlis berkata, anggota yang terlibat dalam operasi itu akan masuk kawasan yang terbakar bagi memadam kebakaran selain menebas belukar bagi mengelak api merebak.

“Hujan yang turun pagi tadi (semalam) dan cuaca agak redup sebenarnya banyak membantu kerja-kerja memadamkan kebakaran,” katanya.
Menurutnya, pos kawalan bomba yang berpusat di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom dibuka selama 24 jam selain pos kawalan hadapan terletak kira-kira 1 kilometer daripada lokasi kejadian bagi mengawal keadaan,” katanya.

Kebakaran yang berlaku di kawasan itu mengakibatkan gangguan kepada pengguna Jalan Kuantan-Pekan kelmarin apabila semua kenderaan dari kedua-dua daerah terpaksa berpatah balik ekoran asap tebal sejauh dua kilometer kira-kira jam 6.30 petang.

Jabatan Bomba dan penyelamat terpaksa meminta bantuan trafik bagi mengawal lalu lintas. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.