script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahkamah: Bicara Kes Ajaran Tuhan Harun Tangguh 17 Mac


KUANTAN -  Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi menangguhkan kes ketua ajaran sesat 'Ajaran Harun', Harun Mat Saat dan tiga pengikutnya yang dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek kepada 17 Mac.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh itu berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Khalmizah Salleh supaya mahkamah membicarakan serentak kes bunuh dan bersubahat membunuh yang hanya dihantar semalam.

Selain itu, peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili keempat-empat tertuduh turut membuat permohonan supaya mahkamah memberikan jaminan kepada Harun, 48, atas faktor kesihatan.

Ab. Karim kemudian menetapkan kedua-dua permohonan dibacakan serentak pada tarikh itu.

Pada 16 Disember lepas, seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, berasal dari Sabah mengaku tidak bersalah membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini pukul 1.50 tengah hari 10 November lepas.  

Harun, isterinya, Azida Mohd Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama-sama Sumustapha, bersetuju melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.