script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

4,600 Rumah Mampu Milik Di Perlu Untuk Golongan Belia


KUALA LIPIS  - Daerah ini masih memerlukan 4,600 rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya belia yang sudah berkeluarga.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, isu pemilikan kediaman mampu milik bermula sejak beberapa tahun lalu dan amat diharapkan projek kediaman berkenaan dapat dilaksanakan dengan segera.

Menurutnya, bandar Kuala Lipis yang kini mengalami pembangunan pesat khususnya pembukaan Bandar Baharu Kuala Lipis, institusi pendidikan, kilang serta pengusaha perniagaan dan pelancongan, menyaksikan lokasi tersebut menjadi tumpuan penduduk tempatan dan luar.

"Kebanyakan penduduk di daerah ini mempunyai pendapatan di bawah RM3,000 dan diharap pihak terbabit yang ingin membina rumah di sini perlu menjualnya pada harga mampu beli," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Gotong-Royong Membersih Kawasan Di Bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Tanjung Lipis di sini kelmarin.

Dalam program itu, seramai 120 penjawat awam membersihkan lokasi berkenaan yang bakal dijadikan tapak rumah bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Menurut Abdul Rahman, syarikat pemaju perumahan digalakkan membangunkan projek perumahan awam kerana mereka mampu daripada segi kewangan selain kemudahan memperoleh tapak sesuai di daerah ini.

"Sehingga kini harga rumah semakin tinggi dan pegawai kerajaan yang baharu mula bekerja pun tidak mampu membelinya apatah lagi pekerja swasta dan pengusaha persendirian.
"Pembinaan rumah mampu milik termasuk yang dilakukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menjadi agenda penting kerajaan negeri untuk membantu rakyat memilikinya," ujar beliau.

Katanya, pihak berkuasa tempatan, pemaju perumahan dan institusi kewangan juga harus bekerjasama mencari alternatif terbaik dalam membantu golongan sasar memiliki kediaman. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tolak Politik Kacau Bilau, Pemuda AMANAH Pahang Ikrar Pertahan Kerajaan Perpaduan Negeri Pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy

KUANTAN : Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Pahang menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri pimpin...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.