script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

The Red Warriors Di Taja RM1 Juta Iklankan 'Visit Malaysia'


KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warriors' (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan 'Visit Malaysia' pada jersi pemain bola sepak.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan The Red Warriors.
Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.
"Kehadiran mereka (pemain) di negara luar untuk setiap perlawanan secara tidak langsung dapat mempromosikan TMM 2014 apabila ada 'Visit Malaysia' di jersi yang mereka pakai ini dan masuk dalam tv (televisyen).
"Iklan seperti ini penting untuk menjayakan pelancongan negara. Misalnya ada pemain yang jatuh, kamera akan 'zoom' dekat kepada pemain itu sekali gus orang ramai akan lihat 'Visit Malaysia' ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Fiesta 2014 dan melancarkan Jersey & Kiosk TRW di sini, Ahad.
Mohamed Nazri yakin penajaan terhadap TRW akan membawa pulangan memuaskan.
"Apabila kita 'sponsor' TRW ini dengan nilai RM1 juta, bagi saya ia akan beri lebih banyak lagi pulangan yang lebih besar kepada kementerian.
"Contohnya kalau ada 40,000 orang menonton perlawanan bola sepak, kalau seorang penonton ini kita bagi nilai RM1 sudah jadi RM40,000. Ini baru satu perlawanan. Kalau lima, enam perlawanan dah boleh jadi banyak," katanya. Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.