Ramai pihak kini keliru dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat berhubung dengan Pilihanraya Kecil DUN Kajang tidak lama lagi. Ini kerana, PRK yang diadakan secara mengejut itu adalah satu strategi Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Maknanya, jika Anwar menang di DUN Kajang ia melorong jalan-jalan ke Putrajaya. Persoalannya, sudah berapa kali kenyataan itu dikeluarkan selama ini namun Putrajaya dilihat semakin jauh dan terus menjauh. Bermula dengan insiden "16 September" hingga ke Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu.
Persoalannya, benarkah PRK Kajang itu strategi ke Putrajaya atau pun satu usaha untuk membawa Anwar ke Shah Alam, menjadi Menteri Besar?. Awalnya, memang ramai yang melihat PRK Kajang adalah usaha untuk ke Putrajaya. Namun, lama kelamaan apa yang lebih jelas PRK Kajang adalah satu laluan terbuka untuk Anwar menjadi Menteri Besar Selangor secara terhormat.
Tiada kepentingan langsung PRK Kajang, kerana jika Pakatan Rakyat menang atau kalah ia tidak menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor tumbang sebenarnya. Malah, jika menang sekali pun ia tidak akan merubah apa-apa di Putrajaya, tambahan pula DUN Kajang hanyalah kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) dan bukannya kerusi parlimen. Maka, kenapa PRK Kajang dikatakan laluan ke Putrajaya?. Apakah ia untuk meraih undi mudah atau sengaja dibuat begitu agar rakyat keliru.
Apa yang jelas sekarang, tanda-tanda Anwar mahu menabalkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor semakin jelas. Walau pun awalnya cuba dinafikan, namun kini semuanya kian terserlah. Anwar tidak perlu berbohong lagi kononnya PRK Kajang laluan ke Putrajaya, sebaliknya perlu mengaku ia adalah laluan beliau menjadi MB Selangor. Apakah nasib Tan Sri Khalid Ibrahim jika Anwar berjaya merampas kerusi MB daripada beliau?.
Khabarnya Tan Sri Khalid kini bersiap sedia untuk menentang Azmin Ali pada pemilihan PKR tidak lama lagi. Dengan jawatan Menteri Besar Selangor, nyata populariti Tan Sri Kahlid sedikit di atas Azmin. Namun, jika dia tidak lagi bergelar Menteri Besar kemungkinan Azmin Ali punya laluan mudah untuk menang lagi kali ini. Maka itulah, Azmin dan orang-orangnya mahu Tan Sri Khalid turun dari kerusi empuk Menteri Besar agar dia boleh berhadapan secara lebih mudah pada pemilihan PKR nanti.
Apa saja orang kata, inilah yang bakal berlaku. Anwar menang usaha membawa beliau jadi MB pasti dilakukan oleh penyokong beliau. Desakan demi desakan pasyi akan dibawa kepada Sultan Selangor untuk menabalkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Konflik pasti berlaku dengan pihak istana kerana sudah pasti UMNO Selangor akan menentang habis-habisan perlantikan Anwar atas alasan "rosak moral". Jika ini berlaku, di manakah kedudukan Anwar. Bakal Perdana Menteri itu pasti akan lebih bermasalah nanti. Mahukan dia jadi ADUN biasa, atau jika dilantik ke jawatan Exco pun hanya portfolio yang biasa-biasa.
Namun, harus diingat Anwar adalah bekas Menteri Kewangan. Maka, pasti Tan Sri Khalid akan melantik beliau menjadi exco yang menjaga hal ehwal kewangan dan ekonomi Selangor. Jawatan ini samalah dengan tugasnya sekarang selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Cuma bezanya, suara beliau di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK) pasti akan lebih didengari. Jika ini berlaku, mampukah Tan Sri Khalid berkuasa atau Anwar akan lebih berkuasa?.
Satu lagi persoalan, apakah PAS dapat menerima Anwar sebagai Menteri Besar Selangor walhal mereka sebulat suara bersetuju PRK Kajang tiada kaitan dengan perubahan tampuk kepimpinan negeri. Pasti adengan yang lebih panas akan terjadi jika Anwar menang di PRK Kajang nanti. Sebab itu ramai berkata, biarlah Anwar kalah daripada kerajaan negeri terus kucar kacir nanti.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan