script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRK Kajang: Pemuda PAS Lupakan Dulu Isu Menteri Besar


KUALA LUMPUR - Isu kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tergugat apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lagi menjadi isu bagi Pemuda PAS Pusat.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata perkara paling penting bagi Pemuda PAS ketika ini ialah membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kajang.
"Buat masa ini kita hanya fokus kepada kemenangan.
"Tiada lagi di kalangan kita yang bercakap mengenai isu menteri besar...lagi pun itu (isu MB) hanya pandangan dan kita telah pun buat ketetapan untuk bersama-sama dengan PR seiring keputusan yang dibuat oleh Lujnah Politik PAS Pusat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat, di sini, Isnin.
Menurut Suhaizan, Pemuda PAS akan menyerahkan kepada Majlis Pimpinan PAS Pusat membuat keputusan sekiranya Anwar menang dan benar-benar berlaku keadaan di mana kerusi Abdul Khalid akan digantikan dengan beliau.
Suhaizan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menyokong Anwar sebagai calon di Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.
"Seperti biasa semestinya kita tetap akan beri pandangan.
"Tetapi keputusannya kita serah kepada Majlis Pimpinan PAS Pusat dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat," katanya.
Mengenai Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang dinamakan sebagai pesaing PKR di Kajang, beliau enggan mengulas panjang.
"Dah itu saja calon yang dia (BN) ada," jawabnya ringkas.
Jelasnya, walau siapa pun calon yang diletakkan, bentuk kempen akan menentukan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sesebuah parti.
"Ia bergantung kepada kempen (parti), kempen mana yang lebih baik dan diterima rakyat, parti itu akan mendapat kelebihan," katanya.
Katanya, Pemuda PAS Pusat akan turun ke Kajang pada 28 Februari ini untuk bersama-sama Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pelancaran jentera pilihan raya parti menjelang PRK Kajang.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.