script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Gesa Kerajaan Bela Segera Nasib Para Penoreh Getah


KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meneliti segera masalah penoreh getah di negara ini yang berdepan kemelut kejatuhan harga getah sehingga RM2.50 sekilogram.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata pendapatan bulanan sebahagian besar penoreh getah pada masa kini berada di bawah paras kemiskinan akibat aras harga getah yang rendah.
"Penoreh getah yang mengambil upah untuk kebun seluas dua relung (1.4 ekar) hanya mampu meraih pendapatan bulanan sekitar RM400 ke RM500 sahaja.
"Jumlah pendapatan sebegini menyebabkan sebahagian besar penoreh berada di bawah paras kemiskinan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.
Menurut Suhaizan getah sekerap atau dikenali getah buku kini berada pada harga sekitar RM2.50 sekilogram.
Bagaimanapun katanya, getah pernah berada pada aras terendah iaitu RM1.90 sekilogram.
Ketua Pemuda PAS Johor ini berkata sebagai penyelesaian jangka pendek, kerajaan disaran memperuntukkan sejumlah subsidi kepada para penoreh.
"Ia sementara proses kajian dan semakan lebih terperinci dijalankan bagi mengatasi masalah harga getah yang kian 'membunuh' para penoreh," katanya.


Dalam pada itu, kerajaan juga digesa segera merangsang usaha penyelidikan menghasilkan produk berasaskan getah untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Katanya, perhatian yang lebih perlu diberikan terhadap penyelidikan getah asli di bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan, marin dan pembinaan.
"Produk berasaskan getah asli ini lebih mesra alam berbanding getah tiruan.
"Malangnya penyelidikan getah seolah-olah tidak mendapat perhatian kerajaan sehingga produk berasaskan getah asli tidak mampu bersaing dengan produk berasaskan getah tiruan," jelasnya.
Beliau turut mencadangkan kerajaan memberikan alternatif kepada para penoreh melalui insentif perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Suhaizan turut mengambil contoh situasi penoreh getah di Kedah iaitu di Sik, Baling dan Padang Terap yang telah mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan yang didakwa hanya berpeluk tubuh dalam berdepan kemelut harga getah.
Tambahnya, penoreh di Kedah juga biasanya mengerjakan tanah seluas dua relung dan hanya mengambil upah menoreh kerana ketiadaan tanah.
Dalam perkembangan sama, satu perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Rakyat Membantah Kemerosotan Harga Getah akan diadakan di Baling, Kedah pada 5 April ini.
"Berdasarkan rasa simpati, Pemuda PAS menyokong perhimpunan ini dan akan turun beramai-ramai memberi sokongan terhadap nasib penoreh getah di seluruh negara," katanya.
Perhimpunan anjuran PAS Kedah itu katanya dijangka akan bermula pukul 2 petang sehingga lewat malam.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.