script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib Menziarahi Dua Bekas Pemimpin UMNO Di Pahang


PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menziarahi dua bekas pemimpin UMNO yang terlantar sakit di sini.

Najib yang diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melawat bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Termizi Tahir, 60, yang menghidap penyakit darah tinggi sejak dua bulan lalu di Jalan Rompin Lama dekat sini. 


Beliau kemudian melawat bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Kampung Jambu di sini, Mohamed Taib Ibrahim, 76, yang terlantar sakit selepas diserang angin ahmar selain menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. 

Mohamed Taib tidak mampu bergerak sendiri sejak bulan lalu.

Pesara guru yang aktif dalam UMNO sejak 1956 itu berkata, beliau memang berhasrat untuk menemui pemimpin negara yang disanjunginya itu dan terharu di atas kunjungannya.

"Saya mengenali Perdana Menteri sejak beliau berusia 10 tahun dan amat rapat dengan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein) ketika aktif dalam politik dahulu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang berusaha meluangkan masa menziarahi saya walaupun beliau sangat sibuk dalam hal pentadbiran negara," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Najib. 


Mohamed Taib berkata, sikap Najib sama seperti Tun Razak kerana sentiasa bersedia mendengar masalah rakyat.

"Perdana Menteri setanding bapanya dalam urusan mentadbir negara selain itu beliau juga dilihat sering mendekatkan diri dengan rakyat," katanya. 
- Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.