script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Parah Di Rempuh, Ketika Kejar Kereta Lari Sekatan


KUALA LUMPUR  - Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas dalam Op Cantas cedera parah selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran mercu tanda Kota Darul Ehsan menghala ke pusat bandar raya di sini semalam.

Sebelum dirempuh Perodua Mvvi terbabit, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan sedang mengejar sebuah kereta Naza Citra warna perak yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini.

Menurut sumber, akibat kemalangan kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Kata sumber itu, mangsa merupakan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini.

“Polis kini sedang mencari pemandu kereta Perodua Myvi warna putih terbabit yang dikatakan melarikan diri selepas merempuh mangsa," katanya.

Sehubungan itu kata sumber itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian agar menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi menyalurkan maklumat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed gagal dihubungi untuk mengesahkan kejadian. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.