script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Adenan Satem Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak


PETRA JAYA -  Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-5 dalam istiadat penuh bersejarah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, tepat jam 9.40 pagi tadi. 

Beliau menggantikan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 78, yang bersara bermula hari ini, seterusnya bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri yang baharu, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya, juga pada hari ini. Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu itu mula menyertai Kabinet Sarawak selepas peristiwa Ming Court pada 1987. 


Beliau adalah antara pemimpin paling senior dalam Kabinet Sarawak selepas Abdul Taib dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang. 

Sementara itu, Abdul Taib dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur sebelum Solat Jumaat untuk menghadap, seterusnya menerima watikah pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Ke-7 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara kira-kira jam 3 petang ini sebelum kembali semula ke Kuching menggunakan pesawat khas.

Adenan memulakan majlis angkat sumpah jawatan pagi ini dengan menerima watikah perlantikannya daripada Abang Muhammad Salahuddin disusuli majlis ikrar taat setia dan acara menandatangani surat akuan jawatan.

Selain Abdul Taib, turut sama menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar dan barisan Kabinet negeri. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tolak Politik Kacau Bilau, Pemuda AMANAH Pahang Ikrar Pertahan Kerajaan Perpaduan Negeri Pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy

KUANTAN : Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Pahang menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri pimpin...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.