script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Integriti, Rafizi Gesa Zaid Ibrahim Cermin Diri Dulu


PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengingatkan calon bebas, Datuk Zaid Ibrahim supaya mencermin diri sebelum menghentam parti itu tidak mempunyai integriti.

Menurutnya, integriti bukan melibatkan laungan sahaja, ia adalah bagaimana ia dipraktis.

"Sebelum dia cabar orang lain tentang integriti, baik Zaid cermin diri dia dahulu," katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Semalam ini, media melaporkan Zaid menggesa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cabarannya berdebat bagi membolehkan agenda PR di Selangor, dinilai oleh rakyat.

Dalam pada itu, Rafizi turut mendedahkan sikap Zaid apabila menjadi ahli PKR.

Rafizi mendakwa, Zaid telah meminta bantuannya untuk menyalurkan beberapa projek kepada individu yang mempunyai kaitan dengan dirinya.

"Zaid semasa dalam PKR dia telah menghantar emel kepada saya dan didatangi sendiri Zaid, ketika yang ketika itu sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

"Pada 25 Jun 2010, dia minta saya campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak berkaitan dengan beliau.

"Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu atau Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan atau rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)," katanya.

Tambahnya : "Sikap Zaid juga tidak ada bezanya dengan BN". #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.