script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Saman: Calon PKR Lebih Rela Di Pecat Dari Tarik Balik Kes


DUNGUN - Walau pun bakal berhadapan dengan tindakan pecat, namun kemungkinan besar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Shamsul Mat Amin tetap akan meneruskan kes beliau terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Hj.Abd Hadi Awang. Ini berdasarkan maklumat sulit yang diterima daripada penyokong beliau sekarang.

Shamsul yang juga merupakan Ketua AMK Dungun berbuat demikian mungkin kerana terlalu kecewa denagn tuduhan liar yang dibuat oleh Abdul Hadi itu. 

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kelmarin memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, pada 22 April lalu menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan pemaju perumahan.



Ramai pihak terutamanya penyokong PKR melihat keputusan Shamsuk mungkin ada asasnya. Tambahan pula, jika PAS tidak meletakkan calon bertanding tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada PRU-13 mungkin beliau tidak hilang deposit. Shamsul hanya mendapat 52 undi pada ketika itu. Kerusi itu dimenangi oleh calon BN Roslee Daud dengan majoriti 2,558 undi. Beliau mendapat 6,966 undi, menewas Shamsul dan seorang lagi calon PAS yang bertanding iaitu Roslan Ismail yang mendapat 4,408 undi. 

Persoalannya sekarang, apakah PKR berani memecat Shamsul dalam kes ini jika beliau tetap dengan pendiriannya. Malah, ramai melihat isu ini juga bakal memberi impak kepada sokongan pengundi PAS terhadap Anwar di Pilihanraya Kecil DUN Kajang tidak lama lagi. 

Lantaran ituah, Anwar sebolehnya mahu isu saman itu diselesaikan di luar mahkamah. Namun, semuanya kini sudah terlambat kerana Abdul Hadi tidak langsung hadir ke mahkamah ketika perbicaraan dijalankan. Apapun, ia pasti memanaskan lagi ikklim politik Kajang yang kini semakin membara. Apapun, sama-sama kita nantikan keputusan beliau ini.  PDONews
Share:

2 ulasan:

  1. Setuju jika saman diteruskan untuk memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja tidak kira kedudukan sosialnya supaya jangan memfitnah.
    Tambahan Hadi Presiden PAS yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada rakyat.
    Kalau dipenjarakan terus lagi baik.

    BalasPadam
  2. Setuju jika saman diteruskan untuk memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja tidak kira kedudukan sosialnya supaya jangan memfitnah.
    Tambahan Hadi Presiden PAS yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada rakyat.
    Kalau dipenjarakan terus lagi baik.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tolak Politik Kacau Bilau, Pemuda AMANAH Pahang Ikrar Pertahan Kerajaan Perpaduan Negeri Pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy

KUANTAN : Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Pahang menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri pimpin...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.