script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penantian Nelayan Enam Tahun Menunggu PPRT Berhasil


KUANTAN - Selepas enam tahun menunggu permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diluluskan, penantian seorang nelayan di Kampung Beserah Pantai berakhir dengan berita gembira.

Mohd Rozili Abdul Rahman, 39, berkata, dia membuat permohonan untuk PPRT kira-kira enam tahun lalu dan menyewa di kampung sama dengan sewa RM140 sebulan.

Menurutnya, pendapatan sebagai nelayan yang tidak menentu selain isterinya, Zunainah Mohd, 32, pula mengidap penyakit buah pinggang kronik sejak lapan tahun lalu sehingga terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu.

“Saya memang tak mampu nak beli rumah dengan pendapatan yang tidak seberapa, jadi dengan adanya rumah PPRT ini, saya sangat bersyukur.

“Impian untuk mempunyai rumah sendiri akan menjadi kenyataan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Rumah PPRT di Kampung Beserah Pantai, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Mohd Rozili yang mempunyai seorang anak lelaki, Mohd Afiq Aqram, 7, turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang banyak berusaha menjadikan impiannya satu kenyataan.

Katanya, dia sendiri tidak sabar untuk melihat rumahnya siap sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Sementara itu, Mustaffar Kamal berkata, pihaknya cuba membantu sebaik mungkin penduduk yang layak mendapat PPRT di Bahagian Indera Mahkota.

Beliau berkata, pihaknya membantu mempercepatkan kelulusan permohonan Mohd Rozili selain meratakan tapak rumah dengan kos RM6,000.

“Rumah PPRT yang bernilai RM40,000 itu akan dibina secepat mungkin bagi memudahkan keluarga terbabit.

“Sehingga kini, sebanyak enam PPRT sudah dibina di Kampung Beserah dan kita akan melihat keperluan dan permohonan yang ada sesuai dengan syarat yang ditetapkan,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.