script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Reman Pengikut Tuhan Harun Pindah Mahkamah Majistret


KUANTAN - Tiga pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang sebelum ini ditahan reman di Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu lepas, pada Rabu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Kuantan.
Majistret Jessica Daimis membenarkan permohonan pindah kes itu oleh polis dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu yang sebelum ini membenarkan perintah tahanan reman ketiga-tiga suspek itu sehingga 1 Mac depan.
Pegawai Penyiasat kes ASP Zukri Muhammad berkata di dalam kamar mahkamah permohonan pindah waran itu dilakukan bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik, November tahun lalu.
Ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 34 hingga 37 tahun itu hadir di mahkamah dengan tangan bergari dan memakai pakaian lokap serta dikawal ketat sepasukan anggota polis berpakaian preman.
Mereka sebelum ini ditahan di sebuah pusat peranginan di Kota Kinabalu, dipercayai bersembunyi di negeri itu, sejak ketua mereka ditangkap. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.