PETALING JAYA - PKR hari ini menyatakan isu saman RM2 juta yang melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin mempunyai petunjuk positif untuk membatalkan keputusan tersebut.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.
"Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
"Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Mohd Shamsul yang juga bekas calon PKR Dun Bukit Besi.
[Artikel berkaitan: Hadi fail permohonan ketepikan perintah ingkar]
Dalam pada itu, Saifuddin juga berkata PKR juga tidak mempunyai cadangan untuk memecat Mohd Shamsul.
"Kita sekarang, tidak sampai tahap itu lagi (untuk pecat)," katanya.
Selain itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua turut menambah, PKR tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
"Kita tak setuju dengan tuntutan ini, ia tak perlu dilanjutkan," katanya

Saman ja...
BalasPadamTak kira lah sapa..lebai ka tak lebai ka..
Yg penting fitnah org jgn sekali2.
Kerja paling BODOH yg pernah aku tengok di hari pilihanraya.
Kawan makan kawan
Kawan burukkan kawan
Suruh minta maaf..langsung tak nak
Malu sbb pakai lebai kot..
Malu sbb nama president kot..
Pooorahhhhh...kalau malu sbb itu
Lebih baik jadi org biasa la...
Lepaskan jawatan tu...
Tak standard langsung...
lawan tetap lawan....
BalasPadamkahkahkah....
memasing terasa d malukan...
kahkahkah...
kata pendokong demokrasi
biar mahkamah mengadilinya...
mungkin dia buat sungguh kut.sbb tu dia tersa dan berkeras nak terus saman hj hadi.lagi satu,taruh la nama sendiri bila buat komen.bacul betul.
BalasPadamlijitra apa u komen tu xpaham la.. bagi terang sikit.
BalasPadam