Selaras dengan hasrat untuk melihat pembaca PDO News mendapat maklumat yang lebih telus dan adil dari segala sumber maka kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa Siaran TV Selangor kini boleh didengari terus dari blog ini selain siaran langsung TV A-Jazeera untuk berita global. Dengan pendekatan ini diharapkan lebih ramai pembaca akan menjadikan PDO News sebagai wadah perjuangan baru media alternatif yang lebih bebas, telus dan adil untuk semua rakyat Malaysia seantero dunia. Dengan penyiaran berita TV Selangor ini juga diharap dapat mengimbangi laporan berita media arus perdana terutamanya menjelang piihanraya kecil DUN Kajang tidak lagi sebenarnya.
Pendekatan yang dilakukan oeh PDO News ini adalah yang terbaik dari semua blog dan portal yang berada di negara kita sebenarnya. Kami juga akan terus memaparkan berita dari segala sumber sama ada media arus perdana atau pun media alternatif. Semoga dengan ini PDO News akan terus melekat di hati rakyat. Anda juga dipelawa menghantar apa jua masaah dan isu semasa yang berlaku di tempat anda untuk dipaparkan di sini. Sila email ke pahangdaily@yahoo.com







Tiada ulasan:
Catat Ulasan