script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

KSN: SPRM Telah Kemuka 18 Kes Kepada Pejabat Peguam


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kesemua 18 kertas siasatan yang dibukanya berhubung salah laku dan kecuaian penjawat awam dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata antara 18 kes yang disiasat oleh SPRM setakat 21 Februari lepas ialah tuntutan palsu pengarah di Kementerian Kerja Raya membabitkan dua projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pengarah itu mengesahkan Sijil Perakuan Siap bagi kerja-kerja pembinaan asrama UMK di Jeli dan kampus di Bachok yang masing-masing bernilai RM23.6 juta dan RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi serta tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kes lain ialah tuntutan palsu oleh Telekom Malaysia (TM) kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung projek Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 yang bernilai RM4.37 juta bagi tempoh 2007 hingga 2012.

Bagi tempoh 2007 hingga 2010, TM juga menuntut bayaran perkhidmatan Promosi dan Publisiti sebanyak RM3.19 juta sedangkan projek tersebut telah dibatalkan, katanya.

Beliau berkata bagi kes salah laku dan kecuaian lain yang melibatkan urusan tatatertib pula, sebanyak 140 pegawai dikenal pasti membabitkan 24 kes.

"Daripada jumlah itu, 99 pegawai telah dimulakan prodising di bawah tatatertib, 12 di bawah prosiding tatatertib dan surcaj serta 29 pegawai di bawah prosiding surcaj," katanya.

Antara kes yang melibatkan prosiding tatatertib dan surcaj ialah kes kehilangan aset oleh 67 pegawai polis dan kes pemberian program bantuan yang melibatkan dua pegawai Kementerian Belia dan Sukan.

Katanya setakat 21 Februari lepas, lembaga tatatertib telah selesai menangani kes membabitkan 20 pegawai dengan 18 didapati bersalah dan dua lagi dibebaskan.

Daripada 18 yang didapati bersalah, 16 dikenakan hukuman amaran dengan implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama setahun, seorang dikenakan hukuman denda melibatkan pemotongan emolumen maksimum tujuh hari yang membawa implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama 18 bulan dan seorang lagi dihukum tangguh pergerakan gaji yang membawa implikasi penangguhan kenaikan pangkat selama 30 bulan.

Selain itu, 41 pegawai juga dikenakan surcaj, katanya. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.