script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Restoran Zam Zam Jadi Duta HyppTV TM Pertama Pahang


KUANTAN - Restoran Zam Zam Classic di Jalan Air Putih di sini menjadi Duta HyppTV pertama di Pahang oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) apabila menggunakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi bagi siaran perlawanan bola sepak tempatan dan luar negara.

Sempena majlis pelancaran itu, TM menayangkan secara langsung perlawanan antara pasukan Chelsea menentang Everton yang disiarkan melalui Astro Supersports definisi tinggi (HD) di saluran HyppTV 708 semalam.

Pengurus besar TM Pahang, Md. Rasidin Kadak berkata, Pahang merupakan negeri kedua selepas pelancaran pertamanya di Kelantan bagi Wilayah Pantai Timur baru-baru ini.
"Melalui program Duta HyppTV, industri makanan dan minuman kini boleh mendapat kelebihan kerana kandungannya menarik dan boleh ditonton tanpa mengira keadaan cuaca," katanya ketika berucap selepas menonton perlawanan bola sepak berkenaan di restoran tersebut di sini.

Pada pelancaran itu, legenda bola sepak tanah air, Datuk Santokh Singh turut hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Md. Rasidin berkata, pihaknya akan terus meneroka lebih banyak peluang untuk membawa kandungan bertaraf dunia menerusi HyppTV kepada masyarakat menerusi program tersebut.

Dalam pada itu beliau memberitahu, para pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang ingin menyertai program berkenaan hanya perlu melanggan HyppTV for Business yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM iaitu Unifi serta Business Broadband berkelajuan empat megabait sesaat (Mbps) dan 8 Mbps.

"Perkhidmatan ini memberi fokus kepada kandungan bertaraf dunia dengan kualiti gambar premium dalam HD atau definisi standard, selain menonton dalam semua keadaan cuaca," ujarnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.