KUANTAN - Ibu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.
Saadiah Osman, 84, menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak kira-kira dua minggu lalu.
Berita pemergian ibu Adnan itu disahkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Samsudin Nawawi. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan