script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bicara Kes Bunuh Pegawai AmBank Di Tetapkan 23 Jun Ini

SHAH ALAM - Perbicaraan seorang pengawal keselamatan yang dituduh membunuh pegawai AmBank di Subang Jaya, Norazita Abu Talib ditetapkan selama lima hari bermula 23 Jun ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir, menetapkan tarikh itu selepas kes disebut semula dihadapannya hari ini. Di dalam prosiding ini, tertuduh La Ode Andi Rasila, 35, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. 
Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa seramai 25 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Mahkamah juga menetapkan 7 Mei ini untuk pengurusan kes.
Pada 19 November tahun lalu, tertuduh La Ode Andi Rasila, 35 didakwa membunuh Norazita, 37, di Bangunan AmBank, Nombor 5 & 7, Jalan USJ Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, Selangor antara jam 6 hingga 6.30 petang, 23 Oktober lalu. 

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. 

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, melakukan rompakan dan pada masa sama melepaskan tembakan daripada senjata api jenis pump gun dengan niat menyebabkan kematian Norazita di tempat, masa dan tarikh yang sama. Tertuduh diwakili peguam S Selvi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sokong Tindakan Penguatkuasaan Undang-Undang, Pemilik Tanah Bertanggungjawab Untuk Patuhi Kewajipan Bayar Cukai Tanah

KUANTAN : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang menyokong tindakan penguatkuasaan undang-undang berhubung tunggakan cukai tanah leb...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.