PEKAN - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pemberiannya memasuki kali ketiga tahun ini merupakan kaedah yang membolehkan subsidi kerajaan terus kepada rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengkaji cara memastikan semua rakyat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.
"Kalau setakat subsidi tepung tidak apa, tetapi kalau subsidi petrol, diesel bukan semua rakyat menikmati sama jumlahnya.
"Jadi, untuk itu, kerajaan memperkenalkan BR1M yang jumlahnya bertambah pada tahun ini berbanding RM500 semasa mula diperkenalkan yang merupakan satu cara bagaimana subsidi kerajaan diberikan terus kepada rakyat memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian BR1M peringkat Parlimen Pekan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, di sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 1,000 orang menerima BR1M dengan 250 penerima dari setiap DUN membabitkan Chini, Peramu Jaya, Bebar dan Pulau Manis.
Adnan berkata, beliau berharap dengan pemberian BR1M itu rakyat bersyukur dan tidak terpengaruh dengan dakwaan pelbagai pihak kononnya kerajaan di bawah pimpinan Najib tidak membela nasib rakyat. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan