KUALA LIPIS - Golongan muda diminta memahami sejarah bahawa UMNO merupakan satu-satunya parti yang masih menjadi tonggak pemerintahan negara sejak memperoleh kemerdekaan.
Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berkata perjuangan parti itu benar-benar menjaga rakyat negara ini khususnya kebajikan orang Melayu.
Menurut beliau, nilai keikhlasan dan integriti menerusi kepimpinan yang dizahirkan oleh negarawan sebelum ini antara untuk mengupayakan UMNO mentadbir negara berbilang kaum berbanding tempat lain yang mengalami kesukaran serta kerap timbul perpecahan.
"Karisma perjuangan inilah perlu difahami oleh golongan muda kerana kepimpinan UMNO merupakan yang terbaik dalam membangunkan negara, menjaga hak orang Melayu di samping kebajikan kaum lain.
"Apabila golongan muda Melayu menghayati kepimpinan serta perjuangan UMNO di semua peringkat, maka kita perlu sayangkan parti keramat ini yang mendominasi perjuangan menjaga kepentingan orang Melayu dan menjana pembangunan untuk manfaat bersama dengan kaum lain," katanya selepas menerima borang keahlian UMNO daripada ahli baharu di Kampung Beletik, dekat sini kelmarin.
Dalam majlis itu, Wan Rosdy menerima borang dan yuran keahlian baharu UMNO daripada 60 belia yang diserahkan oleh Ketua Cawangan UMNO Kampung Beletik, Abdul Razak Majid.
Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Cameron Highlands, Zainal Abidin Mohd. Ali Hanafiah; Ketua Wanita UMNO Cameron Highlands, Aminah Wahid dan Ketua Kampung Beletik, Nazahar Mat Yusoff. #sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan