script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dr.Dzulkefly: Isu Langat 2, MB Perlu Jelaskan Terma MoU


KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Menteri Besar dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya semalam.
Menurut Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad,  oleh kerana MoU berhubung penstrukturan semula industri air Selangor itu berlaku agak mengejut, adalah menjadi kewajipan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghuraikan beberapa persoalan yang timbul daripada langkah tersebut.
MoU yang ditandatangani Abdul Khalid dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili itu turut disaksi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertujuan memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dr Dzulkefly menambah, penyelesaian terhadap isu air di Selangor yang berlarutan sejak 2009 memang ditunggu rakyat namun kerajaan negeri khususnya Menteri Besar perlu menjelaskan beberapa persoalan yang timbul.
"Pertama, kenapa hanya MoU dan tidak terus pengambilalihan (outright takeover)?
"Isu ini penting kerana MoU tidak bersifat mengikat atau 'binding'. Ini bermakna mungkin sahaja (persefahaman yang dicapai) tidak menjadi lagi lepas pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana MoU bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat," ujarnya.
Beliau turut mencadangkan agar terma-terma MoU itu dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Penjelasan juga, tambahnya perlu menyentuh hal-hal dan terma bersangkutan Projek Langat 2 yang secara tiba-tiba menjadi 'viable'  dan termasuk dalam pakej MoU itu.
"Berapakah harga air yang dibayar oleh kerajaan negeri dari sumber air terawat dari Langat 2? Apakah semua ini akan meningkatkan kos tarif air di negeri Selangor," tegas beliau. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.