script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cikgu Nor Izzat Mahu Terus Mengajar Di Sek Men Damak


KUALA LUMPUR - Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, akan terus mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Damak Jerantut sehingga rayuan pertukarannya ke sekolah baru mendapat maklum balas daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPN).

Beliau yang dihubungi  hari ini telah menyerahkan surat rayuan pertukarannya  ke sekolah baru kepada pejabat sekolahnya.

"Di dalam surat itu saya ada memohon pihak kementerian mempertimbangkan untuk tidak ditukarkan ke sekolah di Triang dengan alasan saya sebagai guru opsyen Pendidikan Seni di sekolah Damak," katanya.

Lagipun katanya, urusan pertukaran ini hanya boleh dibuat kepada guru-guru yang disahkan jawatannya memandangkan jawatannya belum disahkan lagi sepatutnya ia tidak berlaku pertukaran.

"Saya tanya peguam tempoh berapa lama rayuan ini,  ia memakan masa lama dan akan melalui proses tiga kali lagi rayuan.

"Jadi saya tidak diwajibkan ke sekolah yang baru iaitu sekolah Triang dan akan meneruskan mengajar di sekolah lama," katanya.

Cikgu Izzat mendapat surat pertukaran sekolah berkuat kuasa serta merta pada 17 Febuari lalu, ekoran telah mengkritik sistem Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Izzat turut mempertikaikan sebab-sebab pertukaran yang diberikan oleh JPN “atas kepentingan perkhidmatan” tetapi tidak ada alasan yang spesifik.

Di sekolahnya, hanya beliau seorang sahaja guru yang mengajar Seni Visual.

"Kalau kata alasan kepentingan perkhidmatan, sekolah yang saya ajar sekarang ini perlukan saya kerana tidak ada guru lain yang boleh mengajar di sini," katanya.

Muhyiddin pada Isnin menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran Nor Izzat dan rakannya. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh juga turut menafikan hal itu.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.