script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Shahaniza: Mudah Dapat Bantuan, Ibu Tunggal Perlu Daftar


MARAN 22 Feb. - Ibu Tunggal di negeri ini perlu mendaftarkan diri dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi membolehkan nama mereka dimasukkan ke dalam pangkalan data kementerian berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komuniti dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, maklumat itu penting supaya mereka menerima pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang diberikan oleh agensi kerajaan terbabit.

Menurutnya, jumlah ibu tunggal yang sudah mendaftar tidak melambangkan bilangan sebenar kerana dipercayai masih ramai lagi tidak berbuat demikian.
"Kita sentiasa prihatin membantu golongan memerlukan seperti ibu tunggal untuk menjana pendapatan sendiri bagi keperluan keluarga.

"Kerajaan menyediakan beberapa skim perniagaan kepada golongan itu seperti pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perjumpaan Kelab Ibu Tunggal Generasi kedua di Felda Jengka 6 di sini baru-baru ini.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, ibu tunggal terutama yang masih muda perlu proaktif melaksanakan aktiviti ekonomi dapat meningkatkan pendapatan keluarga.

Tambahnya, golongan itu daripada generasi kedua Felda sangat bertuah kerana agensi Felda sendiri menyediakan pelbagai kemudahan seperti latihan, pinjaman dan insentif untuk mereka.

"Apa yang penting adalah sikap positif mereka yang tidak lagi mengharapkan orang lain tetapi sentiasa memaju diri dan merebut peluang disediakan," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.