script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Keluarga Mangsa Lemas Sg.Muar Wajar Di Beri Pampasan


KUALA LUMPUR - Syarikat yang diberi kebenaran mengorek pasir di Sungai Muar berdekatan Buloh Kasap, Segamat perlu membayar pampasan kepada keluarga lapan pelajar yang mati lemas di lokasi projek atas sebab kecuaian.
Sehubungan itu, PAS Kawasan Segamat bersedia menawarkan khidmat guaman kepada keluarga mangsa lemas bagi memfailkan saman bertujuan menuntut gantirugi atas kecuaian syarikat terbabit.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Firdaus Masod berkata, peristiwa malang di Sungai Muar Buloh Kasap Segamat ini membuktikan kawasan pengorekan pasir berdekatan kawasan penempatan penduduk sangat tidak sesuai.
PAS kawasan Segamat, ujarnya mendesak kerajaan negeri supaya menghentikan semua projek pengorekan pasir dalam radius 5km daripada kawasan penempatan penduduk sehingga satu siasatan mendalam berkenaan aspek keselamatan dibuat.

“Kami juga mahu langkah-langkah keselamatan dibuat dan dikuatkuasakan sebelum kawasan pengorekan pasir diluluskan,” ujar beliau.
Firdaus bagi pihak PAS Segamat turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
Mengulas lanjut, beliau berkata isu pengorekan sungai di kawasan penempatan penduduk pernah dibawa ke Majlis Daerah Kluang dua tahun lalu berikutan kematian seorang kanak-kanak di Sungai Sayong, Layang-Layang.

Malah PAS Johor, jelas beliau pernah mendesak agar langkah-langkah keselamatan diambil bagi mempastikan kawasan projek pengorekan pasir tidak membahayakan penduduk.
Tragedi Sungai Sayong Layang-Layang telah mengorbankan tiga nyawa kanak-kanak dan hari ini Sungai Muar di pekan Buloh Kasap Segamat telah mengorban lapan orang lagi. Kita sangat khuatir pada masa akan datang kawasan pengorekan pasir yang terlalu berdekatan dengan kawasan penempatan akan mengorbankan lebih banyak nyawa lagi,” tegas Firdaus.

Beliau turut tidak berpuashati dengan jaminan keselamatan di kawasan projek pengorekan pasir sungai dan mempersoalkan keberkesanan proses pemantauan Pejabat Tanah dan Daerah Segamat yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen.
Oleh itu, Firdaus menyarankan agar syarat keselamatan di tapak projek diperketatkan seperti membina papan tanda amaran dan dinding penghalang kepada orang awam dari memasuki kawasan projek.
“Begitu juga dengan struktur tebing sungai yang tidak dibaiki selepas kerja-kerja pengorekan yang menyebabkan tebing menjadi lemah dan membahayakan orang awam,” ujarnya.

Pejabat Tanah dan Daerah Segamat perlu bertanggungjawab penuh atas kejadian malang ini dan pihak syarikat didesak membayar gantirugi setimpal kepada semua keluarga mangsa, tegas Firdaus. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tolak Politik Kacau Bilau, Pemuda AMANAH Pahang Ikrar Pertahan Kerajaan Perpaduan Negeri Pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy

KUANTAN : Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Pahang menegaskan pendirian untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan negeri pimpin...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.