script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) Anjurkan Kursus Landskap


JERANTUT - Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) membuka peluang baharu dalam bidang keusahawanan kepada penduduk apabila menawarkan kursus jangka pendek mengenai landskap di kolej itu di Taman Wawasan di sini.

Sebanyak 45 peserta yang terdiri daripada belia, suri rumah, pesara kerajaan dan pengusaha landskap mengikuti kursus selama sehari itu yang berlangsung baru-baru ini.
Mereka diberi pendedahan mengenai jenis tanaman landskap, reka bentuk seni hiasan, pengurusan termasuk kos penyelenggaraan lojistik serta peluang menambah pendapatan dalam bidang berkenaan.

Selain ceramah, peserta dibawa melawat projek landskap Taman I-City bandar Jerantut dan pusat pembenihan pokok bunga dan tanaman landskap Majlis Daerah Jerantut (MDJ).
KKJ juga mengundang seorang fasilitator iaitu Pegawai Landskap MDJ, Mohd. Ridhwan Baharum untuk mendedahkan aspek pengurusan landskap kepada para peserta terbabit.
Yang hadir sama, Pengarah KKJ, Mohd. Fauzi Mansor dan Ketua Pembelajaran Sepanjang Hayat KKJ, Azhani Hasibah Ab. Karim.

Menurut Mohd. Fauzi, kursus berkenaan dapat memberi pendedahan mengenai landskap iaitu antara elemen yang penting untuk diadaptasi bagi keselesaan pancaindera manusia serta ketenangan minda dalam kehidupan.

"Sejajar dengan aspirasi kolej untuk melatih ramai usahawan, kursus ini relevan kerana dapat menyebarkan maklumat terkini mengenai industri landskap dan boleh memberi pulangan lumayan kepada mereka yang berminat, katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Azhani Hasibah berkata, menjadi peranan KKJ untuk memberi peluang kepada penduduk mengasah kemahiran dan pengetahuan bidang tertentu yang boleh dikomersialkan berasaskan sumber tempatan.

"Kursus landskap juga dapat memberi pengetahuan dan mendidik peserta mengenai nilai keindahan dan kebersihan kawasan kediaman, premis perniagaan, kampung, bandar dan pusat pelancongan," ujarnya.

Seorang peserta dari Wilayah Jengka, Kamilia Ahmad, 32, berkata, penyertaannya dalam kursus berkenaan adalah bagi mengasah kemahiran bidang seni hiasan landskap.

"Bidang ini amat penting bagi memudahkan saya melaksanakan perubahan landskap di kawasan kediaman khususnya di Felda yang menitikberatkan keindahan persekitaran termasuk menyertai pertandingan kebersihan kampung," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.