script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ariff Sabri: Cukai Tinggi Boleh Halang Pembalakan Haram


RAUB - Kerajaan negeri disarankan menubuhkan unit penapisan kayu balak mereka sendiri bagi menghalang pembalakan haram yang semakin berleluasa di negeri ini.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, inisiatif ini bertujuan menyekat kegiatan pembalakan haram dengan peningkatan hasil cukai.

Menurutnya, pokok yang ditebang dikumpulkan dalam kawasan dipersetujui di setiap daerah dan lokasi terpilih.

“Pengilang kemudian akan datang ke tempat himpunan kayu ini dan membeli kayu yang mereka kehendaki.

“Cukai yang dikenakan ke atas mereka membantu kerajaan negeri meningkatkan hasil sekali gus menyekat pembalakan haram,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkaitan dilihat membawa keluar balak setiap hari dari hutan ini sehingga mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat dan kawasan sekitar.

“Ia memberikan impak negatif kepada alam sekitar seperti kemusnahan tadahan air dan sungai sehingga mengakibatkan banjir.

“Ada juga dalam kalangan masyarakat khususnya Orang Asli yang kehilangan sumber pendapatan selain kemusnahan habitat haiwan liar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kerajaan membuat sekatan kemasukan penceroboh dan pencuri kayu balak terbabit.

“Sudah tiba masanya kerajaan negeri mengambil langkah drastik membuat sekatan serta merta bagi menghalang penceroboh

“Pencerobohan ini berlaku saban tahun sehingga menyebabkan negeri ini kerugian hasil negeri dan khazanah alam bernilai jutaan ringgit,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.