script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tiga Lagi Pengikut Tuhan Harun Berjaya Di Tahan Di Sabah


PETALING JAYA -  Tiga pengikut Tuhan Harun ditahan di sebuah apartment di Papar, Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pegawai penguatkuasa agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek yang mati ditembak di Kuantan.
Ketiga-tiga suspek yang menyembunyikan diri selepas kes pembunuhan pada 10 November tahun lalu, ditahan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat di Melinsung Summer Bay Resort Apartment, 40km dari Kota Kinabalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata dua suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam insiden itu.
"Kedua-dua suspek berusia 36 dan 27 tahun masing-masing berasal dari Johor Baru dan Kluang dipercayai terlibat dalam kes itu.
"Siasatan mendapati lelaki berusia 36 tahun itu merupakan pemandu yang berjaya melarikan diri selepas insiden itu," katanya ketika dihubungi.
Hadi berkata, suspek ketiga berusia 33 tahun dari Bachok, Kelantan tidak terlibat dalam pembunuhan itu tetapi dikenali sebagai orang kuat Tuhan Harun yang dihantar ke Sabah untuk mendapatkan dana bagi kumpulan itu.
"Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Kuantan dalam masa terdekat," katanya. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu tentang sebuah posting yang hot & juga info yang amat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

    Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.