script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Karpal: PRK Kajang, Zaid Tak Relevan Bakal Hilang Deposit


KUALA LUMPUR - “Zaid Ibrahim tidak relevan. Kita tidak perlu buang terlalu banyak masa, walaupun untuk berbincang mengenainya,” kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berhubung niat bekas menteri Umno itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Beliau berkata demikian pada sesi wawancara Roketkini di pejabat guamannya, di sini, semalam.

Malah, katanya lagi, Zaid berkemungkinan besar akan kehilangan wang deposit jika meneruskan niatnya bertanding.

Pada 16 Februari lalu, Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRK itu, dengan alasan untuk mematahkan apa yang dipanggil sebagai ‘langkah Kajang’.

Mengulas lanjut, Karpal berkata lagi, beliau tidak melihat ada sebarang sebab untuk bekas Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bertanding di sana.

“Tentunya, kecuali untuk kacau Anwar Ibrahim,” kata ahli politik veteran itu lagi.

“Namun ia tidak akan berjaya. Beliau tubuhkan parti KITA dan keluar. Dia bukan ancaman kepada sesiapa, termasuk kepada dirinya sendiri,” katanya sinis.

Ahli Dewan Undangan (Adun) PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu. Keesokannya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk bertanding bagi kerusi itu.

Dalam pada itu, beliau menyeru jentera DAP berusaha ‘habis-habisan’ untuk membantu PKR mencapai kemenangan besar pada PRK itu.

“Anwar pasti menang. Persoalannya adalah jumlah majoriti yang bakal dimenangi. Kita perlu berusaha habis-habisan untuk pastikan calon BN hilang deposit.

Jentera DAP perlu bekerja keras untuk itu,” katanya lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tragedi Maut Akibat Pokok Tumbang Di Janda Baik, Wan Rosdy Anggap Pemergian Mohd Radzi Kehilangan Besar Buat UMNO Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Rad...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.