script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penduduk Cemas, Air Sungai Kechau Tui Lipis Tiba-Tiba Bertukar Menjadi Warna Kehijauan !

 

KUALA LIPIS - Keadaan air Sungai Kechau Tui di sini yang bertukar menjadi hijau dengan tiba-tiba sejak semalam mengejutkan penduduk setempat.

Seorang penduduk Kampung Kechau Tui, Azman Ismail,55, berkata kejadian pertama kali berlaku itu melibatkan sungai sepanjang kira-kira tiga kilometer mula disedari penduduk awal pagi semalam.

“Kami terkejut apabila melihat air sungai berkenaan berwarna hijau dan mengalir terus ke Sungai Jelai.

“Mungkin bahan kimia kerana kalau sisa perlombongan ia biasanya berwarna keruh dan paling teruk pun berwarna hitam,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penduduk kampung telah melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa untuk pemantauan lanjut dan setakat ini belum ada ikan yang ditemukan mati di dalam sungai berkenaan.

Bagaimanapun katanya penduduk berasa bimbang kejadian tersebut akan memberi kesan khususnya kepada penternak ikan sangkar dan kolam di sepanjang Sungai Jelai.

Sementara itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Mohd Sani Mat Daud berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian dan telah melakukan pemantauan di kawasan kejadian.

“Pada masa ini siasatan giat dilakukan termasuklah bagi mengenalpasti punca kejadian,”ujarnya. #sumber

Share:

Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Akan Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan

KUANTAN - Sri Pahang FC baru-baru ini mengumumkan satu berita apabila bukan tiga atau empat pemain bakal meninggalkan pasukan tetapi 14 pemain! Perkara tersebut mengejutkan penyokong kelab itu, membawa kepada komen berbaur kecaman.

Menerusi perkongsian di halaman rasmi Facebook skuad Tok Gajah itu, sekeping gambar dimuat naik memaparkan para pemain yang tidak lagi bersama pasukan. Berserta gambar itu ialah penerangan terhadap situasi yang sedang berlaku di kem pasukan itu.

Faisal Rosli yang merupakan pemain paling lama dalam pasukan dan satu-satunya anggota skuad juara Piala Malaysia 2014 yang kekal setia akan membawa haluan berbeza setelah 9 tahun menabur bakti.

Penjaga gol veteran, Helmi Eliza yang telah bersama Sri Pahang FC sejak 2016 turut mengikut jejak langkah Faisal. Kelibat kapten pasukan tahun ini iaitu Muslim Ahmad tidak akan kelihatan lagi selepas lima tahun mengemudi benteng pertahanan.

Seterusnya, Fazly Mazlan yang merupakan pemain pinjaman kembali ke pangkuan Johor Darul Takzim setelah kontraknya tamat manakala pemain muda Zazrir Naim pula telah menerima tawaran menyertai Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Empat pemain yang jarang membuat penampilan juga memilih untuk mencari angin baru. Mereka ialah Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Hazri Rozali dan Faizal Rani. Paling tak disangka pastinya keputusan pengurusan Sri Pahang FC yang melepaskan kelima-lima pemain import.

Herold Goulon merupakan pemain import paling lama berkhidmat sejak 3 tahun yang lalu menjadi nadi penting sebagai pertahanan. Manuel Hidalgo, Aung Kaung Mann, Abubakar Yakubu dan Kenjok Wal Athiu yang dibawa masuk pada pertengahan musim lalu juga dilepaskan walaupun membantu pasukan keluar dari zon penyingkiran.

Rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusan Sri Pahang FC. Malah, mereka ingin jurulatih semasa, Dollah Salleh, yang meninggalkan pasukan bukan para pemain yang bagus. Sama-sama kita saksikan bagaimana perancangan skuad Tok Gajah mengharungi musim baharu. #sumber


Share:

Sidang DUN Tangguh, MB Kecewa Ada ADUN Pahang Yang Sokong Peneroka Tanah Haram

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, meluahkan rasa kecewa dengan segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang seolah-olah menyebelahi peneroka tanah haram.

Beliau berkata, walaupun perlu menjadi suara kepada rakyat, namun bak kata orang lama 'kalau hendak menurut biarlah berakal dan kalau hendak mengikut biarlah pintar' selain menjadi tanggungjawab pemimpin mengajak rakyat menghormati undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan negeri tetap mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak sesekali bertolak ansur dengan peneroka tanah haram, walau apa juga alasan mereka berikan.

"Pemilikan tanah oleh mana-mana individu harus diselesaikan mengikut lunas undang-undang. Dalam hal ini, saya menyeru semua wakil rakyat agar dapat memberikan penerangan dan pencerahan kepada mereka yang terlibat dengan penerokaan tanah haram.

"Sama ada dari segi perundangan dan etika kerana itu tanggungjawab kita sebagai pemimpin," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2022) 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, Pelan Transformasi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bagi memperbaiki perkhidmatan bekalan air di negeri ini, menyasar keperluan anggaran kos sebanyak RM4 bilion dan akan dilakukan secara berperingkat.

Kos itu, menurut beliau merangkumi keperluan untuk menjadi sumber air mentah, meningkatkan kapasiti loji rawatan air, menaik taraf sistem simpanan dan penggantian paip jenis simen asbestos di samping memastikan kadar air tanpa hasil (NRW) yang mampan.

Setakat ini, PAIP dan kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan peruntukan RM2.1 bilion yang telah diluluskan bagi tujuan tersebut.

Bagi menyeimbangkan pembangunan di Pahang Barat yang agak ketinggalan daripada daerah lain, Wan Rosdy berkata Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus ditubuhkan awal tahun ini, telah menjalankan kajian dan mencadangkan lima kluster utama bagi meningkatkan ekonomi di daerah terlibat.

Kluster tersebut ialah pelancongan, pertanian, perkayuan, mineral dan perkhidmatan yang mana Wan Rosdy optimis cadangan intervensi keberhasilan segera, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang akan dilaksanakan dapat mengecilkan jurang pembangunan antara Pahang Timur dan Pahang Barat.

Mengulas mengenai Pahang Corporation Sdn Bhd (Pahang Corp) yang dibangkitkan Lee Chean Chung (PH-Semambu), Wan Rosdy berkata syarikat yang diperbadankan pada 21 Mac 2019 itu masih aktif dan adalah syarikat induk milik penuh kerajaan negeri yang berperanan sebagai syarikat cabang pelaburan bagi menceburi perniagaan baharu dan sektor strategik berpotensi pulangan kompetitif.

"Antara aktiviti perniagaan utama kumpulan Pahang Corp ialah pengurusan sumber aset kerajaan, perkhidmatan pengurusan korporat, pengurusan sumber air dan tenaga, pengurusan infrastruktur utiliti dan pembangunan ekonomi digital dan internet kebendaan (IoT)," katanya.

Lima anak syarikat Pahang Corp pula ialah Pahang Corporate Management Services Sdn Bhd, Pahang Water and Energy Resources Sdn Bhd, Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd, Koridor Utiliti Pahang Sdn Bhd dan Pahang Go Sdn Bhd dengan semua kecuali Pahang Go mencatatkan keuntungan dalam prestasi kewangan mereka.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bercadang memberi insentif kewangan kepada semua ADUN sebagai penghargaan kepada mereka, namun nilainya masih belum ditentukan dan tertakluk kepada persetujuan ahli dewan.

Persidangan bersambung pada tarikh yang akan ditentukan kelak.  #sumber

Share:

Hukumannya Di Tangguh: Najib Akan Putuskan 'Bertanding' PRU-15 Bila Tiba Masanya Kelak !

 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan mengenai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen apabila tiba masanya kelak.

Menurutnya, terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dibuat susulan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan berhubung kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) dihadapinya.

“Mengenai perkara itu (bertanding dalam pilihan raya) saya ingin katakan, kita akan membuat keputusan apabila tiba masanya.

“Ini kerana pertamanya pilihan raya umum kita tidak tahu bila.

“Ada pertimbangan politik yang perlu dibuat dan juga pertimbangan peribadi,” katanya dalam sidang media secara maya, hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan mengenai sama ada boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang sekira rayuannya di Mahkamah Persekutuan masih belum diputuskan.

Terdahulu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan hukuman Najib ditangguhkan bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ketiga-tiga hakim berkenaan sebelum itu sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dibuat Mahkamah Tinggi sekaligus menolak rayuan bekas Najib. #sumber

Share:

Liga M: Dollah Salleh 'Bertukar' Jadi Pengurus, Cristoper Gamel Ambil Alih Latih Sri Pahang?

 

KUANTAN - Ketua jurulatih Sri Pahang FC bawah 21 tahun musim ini, Christophe Gamel dikatakan bakal mengambil alih tugas Dollah Salleh bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Gamel yang juga bekas penolong ketua jurulatih Sri Pahang pada awal musim ini adalah calon tunggal setakat ini untuk mengendalikan skuad Tok Gajah.

Menurut sumber, pemilihan Gamel itu bersandarkan pengalaman termasuk pernah mengendalikan skuad kebangsaan Fiji.

“Setakat ini, hanya Gamel yang menjadi calon tunggal untuk melatih Sri Pahang musim 2022. Bagaimanapun, keputusan muktamad akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” kata sumber itu.

Pada masa sama, sumber itu berkata, khidmat Dollah masih lagi diperlukan kelab berkenaan yang dikatakan melatik bekas pemain kebangsaan itu sebagai pengurus pasukan.

“Dengan keputusan itu nanti diharapkan akan membantu Sri Pahang mencatat keputusan terbaik bagi musim depan,” katanya.

Musim ini, Sri Pahang menamatkan kedudukan ke-10 dalam saingan Liga Super manakala Piala Malaysia sekadar beraksi di peringkat kumpulan.

Di awal musim, kelab itu mengambil jurulatih import, Thomas Dooley sebelum diganti Dollah. Namun, dengan keputusan yang dicapai musim ini, Sri Pahang membuat keputusan untuk melantik jurulatih baharu.

Setakat ini, skuad Tok Gajah membuat rombakan besar-besaran bagi menghadapi saingan Liga M musim depan apabila melepaskan 14 pemainnya musim ini termasuk kapten pasukan, Muslim Ahmad dan lima tenaga import.

Selain Muslim, lima pemain import itu adalah Herold Goulon, Abubakar Yakubu, Kenny Athiu, Manuel Hidalgo dan Aung Kaung Mann. #sumber

Share:

KPKT Maklum Sebanyak 763 Buah Lagi Rumah PR1MA Akan Di Bina Di Kuantan Tahun Depan !

PETALING JAYA -736 buah rumah teres dua tingkat mampu milik akan dibina dalam Fasa 2 Residensi D’Marina, di Kuantan, Pahang, tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, projek itu akan dibahagikan kepada enam peringkat dengan pembinaan bermula dari Julai 2022 hingga Disember 2026.

“Setiap unit rumah di bawah Fasa 2 berkeluasan 1,500 kaki persegi dan berharga antara RM272,700 hingga RM299,970. Unit kediaman di bawah fasa ini akan dibuka untuk jualan pada Januari 2022,” kata beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek itu antara Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Datuk Mohd Nazri Md Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinergi Dayang Sdn Bhd (Sinergi Dayang), Azlan Shah Mohd Yusoh.

Projek itu merupakan usaha sama antara kementerian itu menerusi PR1MA dengan Sinergi Dayang, sebuah anak syarikat WZ Satu Bhd.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, kementerian itu menyasarkan untuk membina lebih daripada 500,000 rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Ini sejajar dengan peningkatan permintaan rumah mampu milik berkualiti, terutamanya di lokasi strategik yang mengalami pembangunan pesat,” katanya.

Fasa 2 Residensi D’Marina merupakan kesinambungan Fasa 1 projek itu yang sedang dibangunkan oleh Sinergi Dayang, terdiri daripada 523 unit rumah teres setingkat dan dua tingkat, dijadualkan siap Januari 2023. #sumber


Share:

Peruntukkan RM19.894 Bilion Bagi Laksana 271 Projek Sambungan Di Pahang Bawah RMK12 !

KUANTAN - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM19.894 bilion bagi pelaksanaan 271 projek sambungan pembangunan di Pahang di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua projek itu gagal disiapkan di bawah RMK11.

Beliau memberitahu, projek sambungan itu melibatkan Bentong (16), Bera (20), Cameron Highlands (11), Jerantut (26), Kuantan (48) dan Lipis (21).

"Sebanyak 10 projek di Maran, 46 di Pekan, 23 di Rompin dan Temerloh sebanyak 21 projek. Lain-lain daerah pula 13 projek yang nilai keseluruhan sebanyak RM19.894 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chiong Yoke Kong (DAP- Tanah Rata) pada sesi soal jawab Mesyuarat kedua Penggal ke empat Dewan Negeri Pahang (DUN) Ke-14 di Wisma Sri Pahang pada Rabu.

Dalam persidangan itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang tidak mempunyai peluang untuk memantau projek pembangunan kerana ia di bawah seliaan kementerian dan kerajaan Persekutuan.

"Kita ada menjalankan mesyuarat dengan kerajaan Persekutuan sebanyak tiga hingga empat kali setahun yang dipengerusikan secara bersama.

"Jadi, kita akan cuba memberi cadangan supaya kerajaan Pahang juga boleh sama-sama memantau projek ini supaya dapat disiapkan seperti dijadualkan," ujarnya. #sumber


Share:

Hanya Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran Besar Di Sungai Lembing Mendapat Tapak Gantian

KUANTAN - Hanya tujuh daripada 32 keluarga yang terlibat dalam kebakaran besar di Sungai Lembing di sini pada 31 Ogos 2019 mendapat tapak gantian untuk membina semula rumah, namun masing-masing masih belum membuat permohonan sewajarnya.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, ini kerana siasatan mendapati hanya tujuh keluarga terlibat yang benar-benar menetap di Sungai Lembing, manakala selebihnya telah menyewa di tempat lain.

"Kerajaan negeri mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan mencari kawasan sesuai untuk membina rumah kerana cadangan asal kawasan ganti berada di kawasan tidak sesuai iaitu bercerun dan pindaan pelan bagi memuktamadkan sempadan tapak gantian adalah dalam tindakan," katanya.

Abd Rahim berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu bagi menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang ingin tahu penjelasan mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap mangsa kebakaran itu.

Menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH-Semambu) berhubung kelewatan pembinaan semula rumah berkenaan, Abd Rahim berkata, ia disebabkan tujuh keluarga yang layak menerima tapak itu masih tidak mengemukakan permohonan supaya tindakan selanjutnya boleh dimulakan.

Pada perkembangan berkaitan, Abd Rahim berkata, kerajaan negeri telah menghulurkan bantuan sewajarnya kepada semua mangsa dengan peruntukan sebanyak RM31,500 daripada Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Pahang selain bantuan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan bukan kerajaan (NGO).#sumber

Share:

Hakim Mahkamah Rayuan: Hujah 'Derma Arab' Di Buat Oleh Najib Tidak Dapat Di Pertahankan

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan berpandangan dakwaan resit derma daripada keluarga diraja Arab Saudi adalah bukti yang tidak dapat dipertahankan dalam perbicaraan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Dalam penghakiman yang dibaca hari ini, panel hakim berkata ini kerana bukti menunjukkan RM42 juta berasal daripada SRC International dan berakhir di akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri itu.

“Keduanya, dakwaan derma Arab yang masuk dan keluar dari akaun perayu sekitar 2013 adalah sebelum RM42 juta dari SRC ke akaun bank perayu.

“Yang ketiga, dakwaan kemasukan (tranche) kedua daripada derma Arab pada 2014 berjumlah kira-kira RM49 juta sahaja, termasuk RM5 juta yang tiada kaitan dengan dakwaan derma Arab, yang telah habis digunakan kecuali kira-kira RM6 juta, adalah sebelum kemasukan RM42 juta ke dalam akaun perayu dari SRC.

“Bukti menunjukkan yang sejak akhir 2014 hingga awal 2015, kira-kira RM136 juta telah digunakan oleh perayu walau dia percaya hanya RM49 juta yang masuk, menurut (apa yang didakwa sebagai) surat Arab keempat.

“Maka, kami setuju dengan hujah pendakwa yang bijaksana yang keadaan berhubung surat Arab keempat jelas menunjukkan yang ia adalah palsu dan perayu tidak sejujurnya percaya yang RM49 juta datang daripada keluarga diraja Arab,” kata para hakim.

Dakwaan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan penjelasan utama Najib terhadap jumlah wang di akaunnya antara 2011 dan 2015.

Ketika perbicaraan, pihak pendakwaan berhujah yang Najib menerima RM42 juta daripada tiga syarikat - Gandingan Menteri Sdn Bhd, Ihsan Perdana Sdn Bhd, and Putra Perdana Construction Snd Bhd - yang mendapat wang daripada SRC International.

SRC International ditubuhkan pada 2011 dan sepatutnya terlibat dalam pelaburan berkaitan kepentingan strategik, seperti tenaga dan sumber asli.

Pada masa itu, Najib menjadi penasihat emeritus menerusi kedudukannya sebagai perdana menteri. SRC International kemudian meyakinkan mesyuarat Kabinet, yang dipengerusikan Najib, untuk menjamin pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Setakat ini, SRC International tidak menunjukkan sebarang pulangan.

Panel hakim Mahkamah Rayuan juga menyangkal hujah pembelaan Najib yang dia tidak tahu RM42 juta tersebut adalah milik SRC International dan dia telah ditipu oleh Jho Low dan beberapa pihak lain.

“Namun, seperti yang disentuh oleh hakim perbicaraan yang bijaksana, bukti menunjukkan perayu ada pengetahuan yang memadai berkenaan status akaun banknya pada masa itu, atau daripada pengetahuan dan niat tidak jujur yang boleh disimpulkan, seperti yang disebut tadi, jelas menindakkan hujah ini,” kata mereka.

Hakim berkata hakim Mahkamah Tinggi, Tuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah mengendalikan perbicaraan dengan wajar, dalam membuat pertimbangan terhadap bukti tersebut.

“Selepas berbuat demikian, hakim perbicaraan yang bijaksana mendapati, dan bagi kami dengan agak tepat, yang tiga pertuduhan pecah amanah jenayah telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

“Maka, kami tidak mendapati ada sebarang kesilapan yang boleh dirayu berkaitan hakim perbicaraan yang bijaksana yang memerlukan campur tangan (intervention) mahkamah rayuan,” kata mereka lagi.

Panel hakim adalah Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada Julai tahun lalu, Nazlan menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib bagi kesemua tujuh pertuduhan berkaitan aliran RM42 juta daripada SRC International ke akaun peribadinya.

Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada bekas perdana menteri itu.

Susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, Najib berkata dia akan membuat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan. #sumber

Share:

MB, ADUN Tras 'Perang Mulut' Isu Penebangan 'Musang King' Di Hutan Simpan Batu Talam !

KUANTAN - Isu penebangan 15,000 pokok durian musang king yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Batu Talam, Raub mencetuskan perbalahan di antara Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui sewaktu sesi perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, pada Rabu.

Yu Hui dalam perbahasannya membangkitkan isu kemusnahan pokok durian musang king pada Julai lalu telah menyebabkan punca pendapatan pekebun hilang dalam sekelip mata.

Menurutnya, tindakan itu disifatkan tidak berperikemanusiaan kerana semua pekebun terbeban akibat pandemik Covid-19.

"Pokok-pokok ini (musang king) telah diterokai selama 20 tahun. Kenapa tidak ambil tindakan pada peringkat awal. Pekebun-pekebun memohon geran atau lesen untuk menanam (musang king) tetapi sentiasa ditolak oleh pihak authoriti," katanya.

Yu Hui turut mendakwa tindakan kerajaan Pahang seolah-olah menganiaya pekebun durian kerana kebun itu satu-satunya pendapatan mereka.

Bagaimanapun perbahasan beliau dicelah oleh Wan Rosdy yang menegaskan bahawa aktiviti penanaman pokok durian tersebut dilakukan secara haram di kawasan hutan simpan.

Wan Rosdy berkata, berdasarkan perundangan sebarang aktiviti penanaman pokok di dalam kawasan hutan simpan adalah tidak dibenarkan.

"Sampai bila hendak tunggu buah durian tiada kerana pokok durian berbuah berfasa-fasa. Pekebun musang king berkenaan sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) secara tidak langsung membenarkan mereka menanam pokok tersebut selama 22 tahun tanpa membayar cukai. #sumber

Share:

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Merekodkan Sebanyak 68 Kes Pelbagai Kesalahan Hutan

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merekodkan sebanyak 68 kes pelbagai kesalahan melibatkan hutan bermula Januari hingga 15 November tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu sebanyak 51 kes melibatkan pencerobohan hutan, sembilan kes bagi kesalahan transit dan empat kes perlombongan haram dalam hutan simpan.

Menurutnya, seterusnya masing-masing dua kes membabitkan kesalahan kawasan lesen tanah kerajaan dan berkaitan industri berasaskan kayu.

"Kesalahan itu membabitkan kompaun dan ganti rugi yang dianggarkan lebih RM1.7juta.

"Kompaun dan ganti rugi ini telah dikutip oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sepanjang tempoh 11 bulan tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) pada sesi soal jawab Mesyuarat kedua Penggal ke empat Dewan Negeri Pahang (DUN) Ke-14 di Wisma Sri Pahang pada Rabu.

Samsiah sebelum itu ingin mengetahui mengenai tindakan yang diambil penguatkuasaan kerajaan Pahang dan nilai denda yang telah dikenakan terhadap aktiviti pencerobohan hutan, keluasan hutan simpan serta Hutan Simpan Kekal (HSK) di Pahang,

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, luas keseluruhan kawasan HSK di Pahang berjumlah 1,597 juta hektar dan kawasan berhutan pula berjumlah 2,039 juta hektar.

Katanya, keluasan yang direkodkan ini berdasarkan pertambahan dan pengurangan HSK dan juga kawasan berhutan tanah kerajaan yang direkodkan di dalam warta kerajaan.

"Terdapat empat pecahan kawasan berhutan iaitu HSK sebanyak 44 peratus dan taman negara pula tujuh peratus, manakala Rizab Hidupan Liar serta Tanah Kerajaan Berhutan masing-masing tiga peratus," katanya.

Menjawab pertanyaan tambahan Andansura Rabu (Pas- Beserah) mengenai jumlah keluasan hutan di Pahang, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang menyasarkan 60 peratus kawasan berhutan di negeri ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Beliau berkata, disebabkan itu pihak kerajaan setiap tahun mewartakan kawasan berhutan bagi meningkatkan jumlah keluasan hutan yang tidak boleh diterokai. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Bersetuju Meluaskan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini Di Pekan !

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk meluaskan kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini (TCRB) di Pekan daripada 6,922.96 hektar kepada 9,147,18 hektar bagi pemuliharaan kawasan berkenaan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, sebahagian kawasan baharu TCRB itu juga akan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK), sekali gus dapat mengelak kegiatan penerokaan hutan di kawasan terbabit.

Menurutnya, kerajaan negeri kini sedang memulihkan kawasan TCRB dengan pelbagai tanaman tutup bumi termasuk pokok di kawasan berhampiran tasik terbabit.

"Kerja pemulihan tanah juga dijalankan bagi mengelakkan sebarang efluen masuk ke dalam tasik.

"Bagi tujuan itu (pemulihan Tasik Chini), kita telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Pemulihan Tasik Chini bagi menyelaras semua tindakan pemulihan di kawasan," katanya pada Mesyuarat kedua Penggal keempat Dewan Negeri Pahang (DUN) Ke-14 di Wisma Sri Pahang dekat sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Sharim Md Zain (BN-Chini) mengenai usaha kerajaan negeri dalam pemuliharaan semula kawasan resort Tasik Chini sebagai kawasan pelancongan.

Sementara itu, Mohd Sharkar menjelaskan, beberapa projek pemuliharaan dijalankan bersama agensi kerajaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang serta Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) di kawasan sekitar TCRB.

Beliau berkata, projek itu membabitkan aktiviti penanaman semula hutan, pembinaan nurseri dan pelepasan ikan bagi penambahan sumber perikanan air tawar, pemulihan tebing Sungai Chini serta pemuliharaan teratai. #sumber


Share:

Mahkamah Rayuan: Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan SRC Intermational

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menyatakan, penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam kesalahan sebagaimana pertuduhan dapat dilihat bermula dengan penubuhan Syarikat SRC International Sdn Bhd itu sendiri.

Ketika membaca keputusan penghakiman dalam bahasa Inggeris, hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ia sehinggalah kepada isu kerajaan menjadi penjamin kepada syarikat bermasalah SRC kemudian kelulusan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Beliau berkata, Najib selaku perayu, terlibat dalam kelulusan pinjaman RM42 juta itu kemudiannya dimasukkan ke akaun bank perayu.

Ketika bersidang bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, beliau berkata, keputusan dan tindakan perayu berkenaan SRC telah dilakukan dalam satu tempoh masa untuk kepentingan peribadinya sendiri.

“Motivasi untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat kabinet dan meluluskan jaminan kerajaan adalah untuk mewujudkan akses kepada dana SRC.

“Justeru, kami dapati sebutan dua keputusan kabinet dalam pertuduhan tunggal di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyalahi peraturan,” katanya ketika prosiding dijalankan menerusi aplikasi Zoom. #sumber

Share:

Lebih 600 Pokok Durian Klon Musang King Di Tanam Di Hutan Simpan Teras Di Musnahkan !

KUANTAN – Lebih 600 pokok durian klon Musang King bernilai RM30,000 yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Teras Raub dekat sini ditebang oleh Pejabat Hutan Daerah (PHD) dalam satu operasi semalam.

Pegawai PHD Raub, Shahril Mohamad berkata, Operasi Teras dilakukan di kawasan  seluas empat hektar yang diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai menerokainya secara haram lebih dua tahun lalu.

“Pada 26 November lalu, PHD Raub berjaya mengesan kawasan berkenaan selepas melakukan rondaan serta semakan menggunakan Sistem e-Geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi selama lima jam bermula 9 pagi itu membabitkan 25 kakitangan dengan pengawasan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Jelas Shahril, hasil siasatan mendapati kegiatan penerokaan kawasan berkenaan dilakukan oleh seorang lelaki yang menggunakan khidmat beberapa pekerja warga asing.

Katanya, ratusan pokok durian Musang King berusia setahun hingga dua tahun dimusnahkan dengan menebangnya menggunakan parang dan mesin gergaji berantai.

Dari tempoh Januari 2021 sehingga kini, PHD Raub telah melakukan lima operasi membanteras penerokaan hutan simpan secara haram membabitkan kawasan seluas kira-kira 142.7 hektar. #sumber

Share:

Mahathir: Kes SRC International: Penangguhan Hukuman Terhadap Najib Satu "Rekod Dunia" !

 

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jelas membuktikan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati apabila mahkamah membenarkan hukuman terhadap Najib ditangguhkan sementara menantikan keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Malah, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, menyifatkan keputusan penangguhan hukuman berkenaan adalah satu 'rekod dunia'.

‘’Oleh kerana ianya tidak bercanggah dengan undang-undang, Najib tidak akan menjalani hukuman kerana Najib membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Ini hak Hakim. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat, orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat penangguhan hukuman seperti ini,” katanya menerusi hantaran di blognya pada Rabu.

Ujarnya lagi, keadaan itu akan membuatkan proses pendakwaan berlarutan selama beberapa tahun bahkan berkemungkinan besar Najib akan turut bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Di masa itu ia (Najib) bebas seperti orang yang tidak bersalah. Kalau semasa menanti ia (Najib) dibenar terus jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia (Najib) juga dapat bertanding dalam PRU 15.

“Jika ia (Najib) menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia (Najib) boleh jadi Perdana Menteri juga,” soalnya.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadapnya yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas. #sumber

Share:

Kes SRC International: Mahkamah Rayuan Hari Ini Mengekalkan Sabitan Ke Atas Najib !

 


KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan salah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Keputusan sebulat suara itu dibacakan oleh Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan.

Tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Mengambil Tiga Langkah Proaktif Elak Krisis Bekalan Air Di Negeri Ini

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang mengambil tiga langkah proaktif bagi mengelak berlaku krisis bekalan air di negeri ini.

Antara langkah diambil melibatkan jaminan sumber air mentah, menaik taraf loji rawatan air dan penggantian paip-paip lama serta pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, masalah kualiti air mentah yang menunjukkan kemerosotan di beberapa LRA di negeri ini menyebabkan operasi loji rawatan air terlibat terpaksa dihentikan.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah kekeruhan sumber air mentah yang tinggi dan penyusutan sumber air di musim kemarau, cadangan projek pembinaan 'off river storage (ORS) wier' dan empangan telah dicadang dan diangkat dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

"Pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) juga telah membina beberapa projek tangki prapemendapan dan akan terus membina kaedah ini di kawasan-kawasan lain yang dianggap sesuai.

"Pembiayaan projek itu di bawah peruntukan geran kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berhubung langkah kerajaan bagi mengelak krisis air di negeri ini pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14, Penggal Keempat di Wisma Sri Pahang di sini pada Selasa.

Wan Rosdy berkata, antara projek yang diluluskan dan sedang dalam pembinaan termasuk kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekeruhan sumber air yang tinggi di LRA Sungai Bilut, LRA Semantan dan di LRA Sungai Klau.

Pada masa sama, turut dilaksanakan kerja-kerja menyiapkan ORS di Chini dan Lipis.

Sementara itu katanya, kerja-kerja menaik taraf LRA sedia ada dan penggantian paip-paip lama jenis asbestos turut dilaksanakan.

"Antara masalah yang dihadapi termasuk rizab loji-loji rawatan air yang semakin kurang dan paip-paip air lama sering pecah.

"Program menaik taraf LRA dan penggantian paip-paip lama dirancang untuk memastikan rizab loji rawatan air sedia ada meningkat dan bekalan air yang lebih stabil dapat dibekalkan kepada pengguna,

"Langkah ini dapat dilakukan dengan penstrukturan semula bekalan air negeri Pahang," katanya.

Wan Rosdy berkata, pihak Paip bercadang untuk menggunakan dana dalaman RM80 juta bagi melaksanakan projek-projek tersebut.

"Selain peruntukan dalaman, Paip juga berjaya mendapat pembiayaan RM76 juta daripada Pengurusan Aset Air Berhad untuk projek-projek yang sesuai," katanya.

Beliau berkata, cadangan pembinaan LRA baharu pula bagi memastikan pengeluaran air bersih dapat memenuhi permintaan air semasa dan pembangunan baru yang masa akan datang.

"Antaranya pembinaan LRA baharu di Bukit Puling yang mampu menampung bekalan air daerah Kuantan sehingga tahun 2040.

"Paip juga juga bercadang memperuntukkan dana dalaman RM23 juta tahun hadapan untuk mengganti sistem pam di rumah pam Sungai Kobat bagi menjana kapasiti air sebanyak 20 peratus ke LRA Semambu," katanya. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Wujud Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat (JKPSTR)

KUANTAN - Pahang mewujudkan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Skim Tanah Rakyat (JKPSTR) yang bertindak sebagai jawatankuasa khusus mempertimbangkan pemberimilikan tanah secara berperancangan di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penubuhan JKPSTR itu dipersetujui pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), 4 Ogos lalu.

Menurutnya, langkah itu susulan daripada pelaksanaan keputusan mewujudkan Skim Tanah Rakyat (STR) di Pahang sejak pelaksanaan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) sebelum ini.

"Jawatankuasa khas itu dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu wilayah timur (daerah Kuantan, Pekan dan Rompin), wilayah tengah (Maran, Temerloh, Bera dan Jerantut) dan wilayah barat (Bentong, Raub, Lipis dan Cameron Highlands)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datin Samsiah Arshad berhubung jumlah RTK yang diluluskan di negeri ini pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini pada Isnin.

Wan Rosdy berkata, sebanyak 228 RTK telah diluluskan bagi tujuan pertanian dan bangunan (kediaman) di negeri ini dalam tempoh 2011 hingga Julai tahun ini.

"Bagi membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah sama ada bagi tujuan membina kediaman atau aktiviti pertanian kerajaan negeri turut meluluskan 24 STR dalam tempoh Ogos hingga November tahun ini.

"STR merupakan suatu bentuk pembangunan tanah menggunakan konsep dan pendekatan RTK untuk membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah sama ada bagi tujuan membina kediaman atau aktiviti pertanian.

"Kita juga mengambil maklum cadangan supaya keluasan tanah yang boleh diluluskan kepada pemohon dapat ditambah daripada tiga ekar kepada lima ekar (1.21 hektar kepada 2.02 hektar).

"Bagaimanapun, setelah cadangan itu diperhalusi, penetapan keluasan tanah yang boleh dipertimbangkan untuk diluluskan adalah wajar dikekalkan antara satu hingga tiga ekar sahaja (0.4 hingga 1.21 hektar)," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil kira beberapa faktor terutamanya dari aspek kekangan keluasan tanah kerajaan sedia ada yang boleh dibangunkan yang mana kini telah menjadi semakin terhad.

Tambah beliau, keluasan tanah untuk diluluskan perlu dikekalkan bagi memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki tanah sama ada bagi tujuan kediaman atau pertanian.

"Sekiranya ramai rakyat berjaya dibantu dengan permohonan pemberimilikan tanah melalui pelaksanaan skim tanah berperancangan seperti STR itu, sudah tentunya ramai yang akan menerima faedahnya sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang pada Isnin membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan 'Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera' dengan anggaran lebihan RM5.79 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui Belanjawan 2022 itu, RM1.031 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian bayaran tetap, perbelanjaan lain dan aset.

Menurutnya, anggaran perbelanjaan mengurus untuk tahun 2022 meningkat sebanyak RM235.57 juta atau 29.61 peratus berbanding tahun 2021.

"Bagi perbelanjaan pembangunan, peruntukan disediakan RM323.26 juta melibatkan projek infrastruktur RM171.98 juta dengan pembiayaan cara langsung manakala RM151.28 juta daripada pinjaman bagi membiayai projek bekalan air.

"Kerajaan Negeri menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan sebanyak RM1.036 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM236 juta atau 29.4 peratus berbanding anggaran tahun 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.

Wan Rosdy turut memaklumkan, kutipan hasil tahun 2022 dijangka diperoleh daripada hasil tanah sebanyak RM643.71 juta diikuti hasil perhutanan (RM 150.10 juta), hasil air (RM19.41 juta), geran Kerajaan Pusat (RM101.05 juta) dan lain-lain hasil (RM122.09 juta).

Menurutnya, kutipan hasil negeri dijangka mengalami peningkatan melalui pelaksanaan yang lebih bersepadu bagi kutipan cukai, premium dan hasil tanah.

"Bagaimanapun, jumlah hasil sebenar bergantung kepada prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan pada tahun 2022," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama dalam pentadbiran dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara holistik.

"Keutamaan kepada rakyat supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan dalam situasi pandemik Covid-19.

"Belanjawan Tahun 2022 memberi fokus kepada lima strategi utama iaitu memenuhi keperluan dan melengkapkan kemudahan asas rakyat, mensejahterakan kehidupan dan pembangunan sosial ekonomi, pelan pemulihan pasca Covid-19 dan pemantapan pentadbiran," katanya.

Wan Rosdy berkata, antara yang diberi perhatian dalam Belanjawan Negeri 2022 termasuk isu perumahan dan kemudahan rakyat, pembangunan institusi agama Islam, kebajikan orang kurang upaya (OKU), meningkatkan taraf kesihatan rakyat, pendidikan dan pembangunan infrastruktur. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Akan Berikan Insentif RM1,200 Seorang Kepada 8,000 Penjawat Awam

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang akan memberi insentif RM1,200 seorang kepada 8,000 penjawat awam membabitkan semua gred di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta itu akan dikreditkan pada Januari tahun depan.

Menurutnya, pemberian itu sebagai menghargai komitmen penjawat awam dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai.

"Kerajaan negeri tidak pernah melupakan jasa dan komitmen golongan itu dalam memastikan agenda pembangunan negeri dan masyarakat dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Isnin. #sumber


Share:

PAS Tolak Muafakat Nasional (MN) Jika UMNO 'Enggan Terima' BERSATU Sertai Gagasan Itu !


LARUT - PAS menolak Muafakat Nasional (MN) jika UMNO enggan menerima BERSATU dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai gagasan itu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan piagam MN, kedua-dua parti itu sedia menerima parti lain termasuk BERSATU dan NGO.

"Apabila sampai ke peringkat pelaksanaan, kepemimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan PAS saja dalam MN, ini bermakna ia sudah lari daripada perjanjian.

"UMNO tak boleh mengarahkan PAS kerana kami parti tersendiri. Kalau nak suruh PAS dengan UMNO saja (dalam MN) itu tak boleh.

"Sebab kita dah berjanji dengan parti lain, bahkan tetapkan tarikh nak berjumpa dengan BERSATU dan parti lain termasuk nak terima BERSATU masuk MN," katanya selepas Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor semalam.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin.

Sementara itu, ditanya mengenai ucapannya di majlis itu yang PAS akan melawan sesiapa saja jika ada pihak degil walaupun mempunyai kekuatan, beliau menegaskan ia tidak merujuk kepada mana-mana parti.

"Siapa pihak yang degil itu, kita akan lihat nanti, tapi satu contoh sudah berlaku di Melaka (PRN) apabila UMNO degil, kita lawanlah," katanya. #sumber

Share:

Remaja Bercuti Bersama Keluarganya Maut Di Sergah Dek 'Hantu' Rumah Hantu Di Bentong !

 

BENTONG – Seorang remaja maut akibat serangan jantung selepas masuk ke sebuah rumah hantu di pusat peranginan di sini Rabu lalu.

Difahamkan dalam kejadian berkenaan mangsa yang berusia 16 tahun datang ke pusat pe­ranginan berkenaan untuk bercuti bersama keluarga.

Difahamkan mangsa yang memasuki sebuah rumah hantu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri selepas terkejut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke kediamannya di Melaka.

Ujarnya, berdasarkan bedah siasat mendapati mangsa menghadapi masalah jantung berlubang.

Sebelum in, tular satu rakaman video memaparkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengalami serangan jantung dan meninggal dunia semasa berada di dalam rumah hantu di Bentong itu.

Arwah dikatakan pergi ke pusat peranginan itu bersama keluarga rakan baiknya untuk bercuti.

Mangsa bagaimanapun terkejut melihat ‘hantu’ sebelum ter­kena serangan jantung.

Video berdurasi dua minit 54 saat yang dikongsikan @mrwanchai di laman Facebook menunjukkan situasi rakan meminta mangsa menarik nafas, namun remaja itu kelihatan semakin lemah.

Keluarga dan perakam video itu kelihatan membawa mangsa ke kawasan terbuka.

Sementara itu, jurucakap Unit Khas Van Jenazah Melaka berkata, pihaknya telah dihubungi bapa mangsa bagi meminta bantuan membawa jenazah ke Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka kelmarin. #sumber

Share:

Bekas Menteri Kabinet, TS Sabbaruddin Chik Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Malam Tadi

 

PETALING JAYA - Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik (gambar) meninggal dunia akibat Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin,80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

“Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

“Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini berada di Sarawak,” kata pegawainya itu.

Pengurusan jenazah dan pengebumian Allahyarham Sabbaruddin dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

Allahyarham Sabbaruddin dilihat mempunyai hubungan yang akrab dengan Ismail Sabri.

Ismail Sabri menganggap Allahyarham Sabbaruddin sebagai sifu politiknya. Menerusi satu coretan di Facebook tidak lama dahulu, Ismail Sabri berkata tokoh politik veteran itu merupakan mentor politik yang telah mendidik beliau dalam arena politik. #sumber

Share:

PAS Pahang Tetap Teruskan Agenda Perkukuh MN Pertahankan PN, Tak Berlaku Tiga Penjuru

 

KUANTAN - Muafakat Nasional (MN) di negeri Pahang masih di dalam keadaan yang harmoni dan PAS Pusat juga masih kekal dengan kerangka agenda ‘Perkukuhkan MN dan Pertahankan PN’.

PAS Pahang masih tetap dengan objektif penyatuan iaitu tidak berlakunya pertembungan tiga penjuru di PRU-15 akan datang.

Demikian kenyataan terbaharu Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar yang disiarkan dalam akhbar Harakahdaily semalam.

Katanya, Usaha PAS untuk penyatuan ummah dan mencapai objektif PRU-15 terus berjalan sehingga kini, tiada sebarang keputusan rasmi bahawa PAS telah memutuskan hubungan sama ada dengan MN atau PN, begitu juga tiada keputusan rasmi berkaitan pembahagian kerusi pilihan raya dengan kedua-dua pihak.

"PAS Pahang akan terus bersabar membawa agenda penyatuan dengan tiga prinsip yang telah dijelaskan oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu Muktamar PAS Kali ke-67,' kata beliau.

Menurut ADUN Tanjung Lumpur itu lagi, tiga prinsip yang diyatakan ialah Keadilan kepada seluruh manusia termasuk terhadap musuh. Keduanya, Perpaduan ummah sebagai satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Dan ketiga; Islam memimpin, jadi semua perintah Allah S.W.T hendaklah dilaksanakan dengan sempurna, di samping menunaikan kewajipan dakwah kepada seluruh manusia yang tidak berpisah dengan politik.

Beliau turut menambah PAS Pahang tetap berpendirian dan akan meneruskan usaha iaitu sebarang keputusan dari PAS Pahang adalah tertakluk keputusan dari PAS Pusat. Terus membawa agenda penyatuan berasaskan tiga prinsip di atas.

Belau juga berharap dan berdoa agar agenda penyatuan ummah berjaya mencapai objektif dan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang sama ada bidang ekonomi, kelestarian, jati diri rakyat Pahang dan lain-lain.

"PAS Pahang sentiasa berterima kasih di atas peruntukan yang dihulurkan bermula dari jatuhnya PH dan tertubuhnya MN atau PN, sama ada dari Kerajaan Pusat ketika YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin dan juga YAB Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia, begitu juga dari Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang bagi kemudahan rakyat Negeri Pahang, khususnya kepada rakyat di kawasan-kawasan wakil rakyat PAS, ini adalah berkah dari penyatuan ummah," tambah kenyataannya lagi.

PAS Pahang juga katanya berusaha gigih untuk realisasikan sistem Islam sebagai sistem pentadbiran negara dan negeri yang akan memberikan keadilan kepada semua pihak termasuk yang bukan-Islam.

"Secara rasminya masih bersama UMNO di dalam MN dan akan terus memelihara hubungan baik ini dan berterima kasih kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan UMNO Pahang atas kerjasama yang baik di Pahang dan sentiasa berharap agar rundingan demi rundingan dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif penyatuan ummah, PRU15 dan kebaikan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang," tambahnya.

PAS Pahang juga  telah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU ke-15 dalam masa terdekat.

Kenyataan beliau turut memetik firman Allah S.W.T:

وَاِنْ طَاۤىِٕفَتٰنِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ اقْتَتَلُوْا فَاَصْلِحُوْا بَيْنَهُمَاۚ فَاِنْۢ بَغَتْ اِحْدٰىهُمَا عَلَى الْاُخْرٰى فَقَاتِلُوا الَّتِيْ تَبْغِيْ حَتّٰى تَفِيْۤءَ اِلٰٓى اَمْرِ اللّٰهِ ۖفَاِنْ فَاۤءَتْ فَاَصْلِحُوْا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَاَقْسِطُوْا ۗاِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِيْنَ

“Dan apabila ada dua golongan orang-orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Hujurat: 9) #sumber

Share:

Isma Halil Hantar Hantar Nota Buat Peminat, Dari Sebalik Tirai Besi Penjara Sungai Buloh !

 

KUALA LUMPUR - Penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah meminta peminat terus menyokong dan bersabar berikutan kehilangannya menggalas tugas untuk ke udara menghiburkan pendengar.

Menerusi nota ringkas dikirim kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, Isma yang difahamkan kini berada di Penjara Sungai Buloh turut meminta maaf terhadap apa yang sudah berlaku.

"Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh ini. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.

"Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya," katanya.

Nota ringkas ini diberikan Isma Halil kepada Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengannya, kelmarin.

Terdahulu, Isma ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Ahmad Zaharil pula berkata, Isma baharu dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabit kesalahan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

"Berikutan itu, saya mohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.

"Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta ditetapkan pada 15 Disember ini untuk laporan Jabatan Kimia.

"Jika laporan itu sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja)," katanya

Berita berkenaan Isma Halil terkait penyalahgunaan barangan terlarang mula diperkatakan pada September lalu berikutan tersebar dakwaan mengenai seorang penyampai radio ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja.

Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang sudah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik.  #sumber

Share:

Ain Husniza Dan Bapanya Akan Saman Balas Terhadap Guru Dan Kementerian Pendidikan !

KUALA LUMPUR - Pelajar, Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab, yang disaman guru yang terbabit dalam isu gurauan keterlaluan berkaitan perbuatan merogol, akan memfailkan tuntutan balas.

Peguam mereka, Datuk Sankara Nair, berkata Menteri Pendidikan, Pengarah Pendidikan Selangor dan pengetua sekolah terbabit akan turut dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan berkenaan kerana kecuaian melindungi kebajikan serta hak pelajar berkenaan.

Katanya, beliau mendapat arahan daripada Saiful Nizam untuk membuat tuntutan itu selepas melihat keadaan anaknya menghadapi kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED), susulan kes itu yang dianggap sebagai satu gangguan seksual.

"Ain Husniza mengalami gangguan emosi lebih teruk selepas mendapat berita disaman guru itu pada Jumaat lalu.

"Kita buat tuntutan balas mengikut proses ditetapkan. Ia adalah amalan biasa mengikut undang-undang.

"Kita menamakan beberapa defendan dalam tuntutan itu yang dilihat gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam melindungi pelajar terbabit," katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan guru, Khairul Nizam Sanuddin, 43, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema & Yung pada 26 November lalu dengan menamakan Ain Husniza, 17, dan bapanya, Saiful Nizam, 42, sebagai defendan.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, tuntutan saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah, esok.

Menurut penyataan tuntutan difailkan, Khairul Nizam yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) menyentuh sub-topik 'Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual', pada 24 April lalu.

Sub topik itu terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Khairul Nizam yang mengajar selama 21 tahun di sekolah itu, menyatakan sepanjang proses pembelajaran itu, semua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada buku teks PJK Tingkatan 5.

Guru berkenaan menafikan membuat lawak lucah atau lawak berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJK itu serta tiada galakan kepada perlakuan rogol, malah ia adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman serta pengajaran.

Sebelum ini, media melaporkan guru itu yang didakwa bergurau keterlaluan, seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, tidak diambil tindakan lanjut oleh polis selepas selesai menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, dilaporkan berkata, pihaknya menerima notis Tiada Tindakan Lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu. #sumber

Share:

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) Kini Bertaraf Universiti

KUALA LUMPUR -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pada sesi itu, Noraini mempersembah Watikah Perakuan Naik Taraf Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) kepada Seri Paduka.

Turut berangkat dan menyaksikan penyerahan watikah, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang juga Tuanku Canselor universiti berkenaan.

Agong menerima menghadap Radzi, Awang dan Md Johari. - Foto ISTANA NEGARA

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mohd Zabri Yusoff; Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar dan Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Dalam pada itu, pada sesi berasingan, Seri Paduka turut berkenan menerima menghadap Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DBP Md Johari Hasan. #sumber

Share:

Mantan Pengerusi Bersatu Pahang, Wan Mohd Shahrir Di Laporkan Meninggal Dunia Hari Ini !

KUANTAN - Mantan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Pahang, Datuk Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil dilaporkan telah meninggal dunia, di Hospital Sultan Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh pagi tadi.

Solat jenazah dilaksanakan di hospital terbabit sekitar jam 1.30 petang tadi. Selepas solat jenazah arwah telah dibawa ke Jerantut dan di semadikan di Tanah Perkuburan Mat Kilau.

Pada Pilihan raya umum ke-14 lalu Allahyarham bertanding kerusi Parlimen Jerantut. Walau bagaimana pun beliau tewas kepada penyandang, Datuk Ahmad Nazlan Idris dari Barisan Nasional dan calon PAS, Yohanis Ahmad. 

Krew pernerbitan Pahang Daily Online mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan kalangan orang-orang beriman dan  beramal soleh hendaknya. Al-Fatihan. Amin#PDO

Share:

Ahli PKR Yang 'Timbulkan Kekecohan' Di Pusat Khidmat DAP Di Dakwa Ibarat Samseng UMNO

KUANTAN - Naib Ketua Pemuda DAP Pahang, Chris Shan mengibaratkan ahli PKR yang membuat bantahan di luar pusat khidmat DAP seperti "samseng UMNO".

Perumpamaan itu dibuatnya ketika merujuk tindakan sekumpulan ahli akar umbi PKR yang membuat bantahan di luar pusat khidmat ADUN Bilut Lee Chin Chen semalam berhubung gesaannya supaya presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap wakil-wakil PKR Pahang yang membawa keriuhan di Pejabat ADUN Kawasan Bilut pada petang semalam.

“Keriuhan ini kelihatan tiada beza dengan perangai samseng Umno.

“Jika PKR Pahang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Lee, maka mereka boleh menyangkal dan mengemukakan bukti untuk menunjukan tuduhan itu salah, dan bukannya membuat keriuhan secara besar-besaran seperti samseng,” katanya dalam satu kenyataan.

Lee mempersalahkan Anwar berhubung prestasi hambar PH pada pilihan raya Melaka dan mempersoalkan keputusannya menerima pembelot UMNO sebagai calon PH.

“Anwar merupakan mangsa budaya katak, tetapi kini PKR Pahang mempertahankan budaya katak demi melindunginya.

“Tingkah laku wakil-wakil itu telah menunjukkan PKR Pahang bersetuju dengan budaya katak,” katanya.

Shan berkata PKR sepatutnya mengkaji semula punca kekalahan mereka di Melaka dan bukannya menghabiskan masa untuk program keriuhan itu.

Dia menegaskan bahawa Pemuda DAP Pahang akan terus menyokong Lee dan keputusan untuk tidak menarik balik gesaannya. #sumber

Share:

Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !

KLUANG - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan atau mengiyakan ura-ura yang beliau sedang mengintai kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya.

"Yaka? Di mana? Simpang Renggam dia (Dr Maszlee Malik) tidak bagi tetapi seperti mana biasa, ini terlalu awal.

"Mereka baca (nampak) sebab saya datang ke sini di Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata tidak, tapi saya tak tahu," katanya ketika ditemui selepas Program Jelajah Presiden di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima borang keahlian PKR daripada Maszlee dan 500 ahli baharu ke dalam Cabang Simpang Renggam di Dewan JKKK Kampung Baru Machap.

Sebelum ini, timbul ura-ura Ketua Pembangkang itu mungkin bertanding di Batu Pahat, Tebrau atau Segamat yang kini disandang bekas wakil rakyat PKR yang melompat ke parti lain.

Mengulas penyertaan Maszlee ke dalam PKR, Anwar berkata, kemasukan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memberi suntikan baharu yang sangat bermakna kepada parti.

"Beliau mewakili barisan golongan muda yang boleh memperkuatkan lagi kedudukan parti," katanya.

Ditanya adakah ia memberi bayangan awal Maszlee akan mempertahankan kerusi Simpang Renggam di bawah tiket PKR, Anwar berkata, perbincangan ke arah itu akan dilakukan selepas ini.

"Soal kerusi belum lagi kita bincang tapi tentulah kenyataan beliau diambil kira prestasinya sebagai antara Ahli Parlimen yang banyak turun ke bawah dan prestasi ketika menjadi menteri yang saya percaya akan diberi pertimbangan," katanya. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.