KUANTAN - Mantan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Pahang, Datuk Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil dilaporkan telah meninggal dunia, di Hospital Sultan Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh pagi tadi.
Solat jenazah dilaksanakan di hospital terbabit sekitar jam 1.30 petang tadi. Selepas solat jenazah arwah telah dibawa ke Jerantut dan di semadikan di Tanah Perkuburan Mat Kilau.
Pada Pilihan raya umum ke-14 lalu Allahyarham bertanding kerusi Parlimen Jerantut. Walau bagaimana pun beliau tewas kepada penyandang, Datuk Ahmad Nazlan Idris dari Barisan Nasional dan calon PAS, Yohanis Ahmad.
Krew pernerbitan Pahang Daily Online mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh hendaknya. Al-Fatihan. Amin#PDO






Tiada ulasan:
Catat Ulasan