script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sri Pahang Dapat Tajaan Hakka Clo PLT RM1.3 Juta, Masih 'Rahsia' Mengenai Pemain Baharu !

KUANTAN - Sri Pahang FC kekal berahsia mengenai pemain baharu yang akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan itu bagi musim baru Liga Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif pasukan itu, Datuk Ahmad Suffian Awang berkata beliau sedar dengan keterujaan penyokong menanti pengumuman pemain baru terutama apabila banyak nama dikaitkan, namun di pihak Sri Pahang mereka hanya akan mengumumkan apabila segalanya sudah sah dimuktamadkan.

Antara nama yang dikaitkan dengan mereka adalah Azwan Aripin, Fandi Othman dan David Rowley manakala Manuel Hidalgo dan Muslim Ahmad pula dikatakan membuat u-turn untuk kekal.

Malah terbaru, tersebar di laman sosial bahawa mereka akan membawa masuk pemain dari Perancis iaitu Johan Martial iaitu abang kepada pemain Manchester United, Anthony Martial.

“Buat masa ini sabar dulu, saya tahu semua tidak sabar untuk mengetahui siapa pemain-pemain baru, tetapi kita tidak mahu dedahkan lagi kerana mahu segala urusan berjalan lancar. Kita tidak mahu ia nanti menganggu proses rundingan dan mungkin juga menyebabkan pemain disailang pasukan lain.

“Jadi biarlah kita selesaikan dulu urusan kontrak sebagainya dan kemudian, saya sendiri akan panggil rakan-rakan media, mengumumkan secara serentak. Kita buat surprise,” ujar Datuk Ahmad Suffian.

Beliau ditemui selepas Majlis Perjanjian Penajaan antara Sri Pahang FC dan pembekal peralatan sukan bumiputera berjenama tempatan, Hakka Clo PLT bertempat di Sri Pahang Lounge.

Pada majlis itu, Sri Pahang FC telah diwakili oleh Datuk Ahmad Suffian manakala Hakka Clo Plt diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Noor Soallihin Mohamed.

Turut hadir menyaksikan peristiwa bersejarah ini adalah Pengerusi SPFC, YM Raja Dato’ Shaharudin Shah Raja Jalil Shah.

Menerusi perjanjian penajaan yang dimeterai ini, Hakka Clo Plt akan menaja kelengkapan sukan untuk pasukan Sri Pahang FC bagi saingan Liga Malaysia musim 2022 dan 2023 dengan jumlah tajaan keseluruhan bernilai RM1,131,533. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.