script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kehadiran Gamel Seakan Beri Petanda Beliau Bakal Di Lantik Ketua Jurulatih Sri Pahang FC

 

KUANTAN - Kehadiran Christophe Gamel pada majlis menandatangani perjanjian penajaan kelengkapan sukan musim 2022/2023 di Sri Pahang FC Lounge, di sini, malam semalam, seakan memberi petanda bekas ketua jurulatih kebangsaan Fiji itu bakal mengendalikan Sri Pahang musim depan.

Ini kerana Gamel yang juga ketua jurulatih Sri Pahang FC bawah 21 tahun musim ini begitu ceria bersama barisan pengurusan kelab berkenaan.

Pada masa sama, baru-baru ini, sumber memaklumkan bahawa Gamel yang berasal dari Perancis adalah calon tunggal untuk membimbing skuad Tok Gajah.

Namun, setakat ini, tiada kata putus atau pengumumaman daripada SPFC berhubung pelantikan ketua jurulatih baharu Sri Pahang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang ketika ditemui pada majlis penajaan enggan mengulas kehadiran Gamel.

“Fokus utama malam ini (tadi) adalah majlis penajaan kelengkapan sukan kepada pasukan Sri Pahang bagi musim 2022/2023,” katanya.

Pada awal musim, Sri Pahang dilatih jurulatih import, Thomas Dooley sebelum jawatan itu diambil alih oleh bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh.

Berdasarkan pencapaian musim ini, Sri Pahang menamatkan kedudukan ke-10 dalam saingan Liga Super manakala Piala Malaysia sekadar beraksi di peringkat kumpulan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.