script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

NGO Gerak Independent Promosi Siti Kassim & Lima Yang Lain Sebagai 'Calon Bebas" PRU15 !

 


PETALING JAYA - Gerak Independent (GERAK), satu inisiatif bersama mempromosikan calon bebas untuk pilihan raya umum akan datang (PRU15), hari ini mengumumkan enam calonnya.

Enam calon berkenaan ialah peguam hak asasi manusia dan aktivis Siti Kassim, bekas Ahli Parlimen UMNO Sungai Benut Tawfik Ismail, bekas wartawan Charles CJ Chow, penduduk Wangsa Maju Raveentheran Suntheralingam, aktivis KJ John dan peguam yang berpangkalan di Sabah Roland Cheng.

Pada sidang media hari ini, GERAK berkata, ia akan meletakkan maksimum 10 calon pada PRU15.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman mengenai kawasan yang akan mereka tandingi.

GERAK, yang sebelum ini menyifatkan kumpulan itu sebagai kuasa ketiga berkata, ia terbuka untuk membentuk pakatan strategik dengan parti atau individu lain bagi memajukan usaha menjadikan negara ini lebih adil kepada semua.

Calon GERAK akan terikat dengan lima komitmen, iaitu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menamatkan politik yang memecahbelahkan, memulihkan kebebasan yang terjamin kepada rakyat, memulihkan kuasa institusi kembali kepada rakyat dan mewujudkan dasar afirmatif berasaskan keperluan atau program pembasmian kemiskinan.

Inisiatif bersama dilancarkan pada Ogos tahun lalu, diketuai Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU) bersama beberapa NGO lain.

Pengasas MAJU Siti Kassim, yang juga salah seorang calon bebas berkata, fokus mereka adalah untuk mengubah Malaysia melalui satu-satunya penyelesaian berdaya maju melalui Parlimen.

Tawfik yang turut bercakap pada sidang media itu, bagaimanapun belum mengesahkan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Simpang Renggam (dahulu Sungai Benut) pada PRU15.

Profil ringkas enam calon GERAK:

Tawfik Ismail

Bekas Ahli Parlimen Umno Sungai Benut itu berjanji untuk membawa “harapan dan aspirasi semua rakyat Malaysia” ke Parlimen.

Beliau berkata, antara cabaran terbesar mereka ialah integrasi nasional dan MA63. Beliau berhasrat mengembalikan hak rakyat Sabah dan Sarawak yang didiskriminasi.

Charles CJ Chow

Seorang penduduk dari Petaling Jaya yang berpengalaman luas dalam bidang undang-undang, sumber manusia dan komunikasi. Beliau juga bekas wartawan.

Beliau mahu bertanding sebagai calon bebas untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya untuk kepentingan parti politik.

Charles berharap rakyat dapat melihat melangkaui parti politik apabila membuang undi pada PRU15.

Raveentheran Suntheralingam

Seorang penduduk Wangsa Maju dan pernah berkhidmat dengan Institut Kejuruteraan dan Teknologi. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam khidmat masyarakat dan berhasrat untuk menyelesaikan isu kemiskinan bandar di kawasan seperti Wangsa Maju.

KJ John

Anak kelahiran Kedah, KJ John merupakan pesara penjawat awam. Beliau mempunyai pengalaman selama 33 tahun sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Beliau berhasrat meningkatkan perkhidmatan kerajaan dan majlis tempatan serta menghapuskan rasuah dari bawah. Beliau juga sedang berusaha mengembalikan semula pilihan raya majlis tempatan.

Roland Cheng

Seorang peguam berpangkalan di Sabah, Cheng ialah ahli pertubuhan kehormat Lincoln’s Inn dan felo Institut Penimbangtara Bertauliah dan seorang adjudikator AIAC.

Siti Kassim

Seorang peguam hak asasi manusia yang aktif. Siti menyokong pemisahan agama dan negara.

Beliau berkata, kuasa untuk mengurus Islam harus dikembalikan kepada sultan seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan persekutuan mesti memastikan semua rakyat Malaysia dijaga, tidak kira bangsa atau agama mereka.”

Siti juga terkenal dengan usahanya membantu Orang Asli memperjuangkan hak tanah mereka dalam beberapa kes mahkamah.

Orang ramai boleh melihat profil mereka di: https://gerakindependent.com/candidate

Selain pengumuman calon, GERAK turut melancarkan aplikasi mudah alih, Gerak App, yang bertujuan meningkatkan komunikasi antara orang ramai dan calon bebas.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi untuk berkomunikasi dan membiayai calon pilihan mereka.

Aplikasi itu tersedia secara percuma pada platform Android, iOS dan Huawei. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.