script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Polis Kesan Tiga Lagi Kes Buli Pelajar Sekolah, Libatkan Tiga Sekolah Berasrama Di Pahang !

KUANTAN - Tidak lama selepas kes buli di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tersebar, pihak polis turut menerima laporan kes buli yang melibatkan tiga sekolah berasrama di Pahang.

Memetik laporan Kosmo, kesemua laporan membabitkan ketiga-tiga sekolah berasrama di negeri itu dibuat dalam masa empat hari, bermula 6 Disember lalu. Salah satu kes melibatkan sebuah sekolah berasrama di Rompin.

“Soal siasat mendapati mangsa menyembunyikan kejadian dan hanya membuat laporan polis setelah balik bercuti dan juga apabila disedari oleh keluarga mereka,” kata Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Yusri, kesemua pelajar yang melakukan perbuatan tersebut di sekolah berasrama di Rompin telah dikenalpasti atas bantuan pihak sekolah. Siasatan kini sedang giat dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Tambahnya memetik laporan Kosmo, laporan pertama dibuat 6 Disember lalu, membabitkan seorang pelajar tingkatan dua yang mengalami bengkak dan lebam di bahagian badan. Mangsa mengaku dipukul senior kerana menyalahgunakan telefon bimbit.

Laporan kedua diterima pada 10 Disember, melibatkan seorang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah berasrama di Maran. Pelajar berkenaan menyatakan bahawa dia dipukul beberapa pelajar senior sehingga lebam pada bahagian perut atas alasan memotong barisan di dewan makan asrama.

Sementara satu lagi laporan kes buli dibuat oleh pelajar tingkatan dua pada hari yang sama, dipercayai dipukul dengan tangan oleh beberapa orang pelajar senior berpunca kerana dituduh menghisap vape di asrama. Pelajar dari sebuah sekolah. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.