script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MUIP Peruntukkan Dana RM801,000 Sudah Di Agih Kepada "Institusi Pendidikan" Di Pahang !

KUANTAN – Bantuan berjumlah RM810,000 sudah diagihkan kepada Institusi Pendidikan di Pahang melalui penyaluran dana daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP)

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM248,000 diagihkan kepada maahad tahfiz dan madrasah berdaftar tahun ini.

Menurutnya agihan bantuan pada pusat pendidikan Islam berlaku peningkatan ketara berbanding RM194,000 tahun sebelumnya.

“Selain itu, sejumlah RM174,000 diagihkan kepada Sekolah Menengah Agama Negeri, Kelas Al-Quran Kanak-kanak (KAKK), pula menerima peruntukan RM151,000.

“Seterusnya sebanyak RM131,000 pula diagihkan kepada Institusi Pendidikan Bukan Milik Kerajaan (IPTA/IPTS) dan RM96,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau menjelaskan penyerahan bantuan terbabit telah diagihkan kepada 31 institusi pada Khamis lalu.

Tambah Asmadi, ia melibatkan tujuh sekolah dalam kategori Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), lima sekolah maahad tahfiz dan masing -masing empat sekolah menengah, serta sekolah rendah.

“Seterusnya lapan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) serta dua institut pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap bantuan yang disalurkan kepada institusi pendidikan di Pahang dapat melancarkan lagi aktiviti pendidikan agama seiring dengan keperluan semasa.

“Gunalah sumbangan dengan sebaiknya dan untuk keselesaan warga pendidik dan pelajarnya.

“Kita juga berterima kasih kepada pembayar zakat Pahang kerana dengan kutipan zakat yang diterima memberi peluang kepada MUIP mengagihkan kepada asnaf yang layak termasuk untuk institusi pendidikan Islam,” katanya. #sumber

Share:

Pengarah Jabatan Hutan Dakwa Tiada Salah Laku 'Projek Ladang Durian' Di Gunung Inas !

 

ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Kedah mengesahkan tiada sebarang salah laku dikesan dalam projek ladang durian di Gunung Inas, Baling berikutan projek itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum 2019.

Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata, hasil rekod pihaknya mendapati, syarikat yang memajukan ladang raja buah itu tidak melakukan sebarang kesalahan setelah kerajaan meluluskannya.

Muhamad menjawab pertanyaan banyak pihak mengenai status projek berkenaan susulan kejadian banjir dan kepala air yang melanda Baling baru-baru ini.

Bagaimanapun, Muhamad menjelaskan, siasatan sedang dilakukan bagi memastikan sama ada syarikat terbabit mematuhi jenis tanaman mengikut kelulusan diberikan di bawah laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) atau bertindak menukar tanaman berkenaan.

“Namun, projek terbabit mempunyai laporan EIA dan diluluskan kerajaan negeri sebelum dilaksanakan. Tapi saya akan semak dulu, data itu tidak ada di tangan saya sekarang, saya akan periksa dahulu.

“Ia tiada salah laku kerana semua (kelulusan projek) adalah keputusan kerajaan negeri, kena ada kelulusan kerajaan negeri, kalau kerajaan negeri benarkan, tak adalah salah laku,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Sebelum ini penduduk mendakwa, projek ladang durian yang dilaksana di puncak Gunung Inas menjadi punca berlakunya bencana kepala air dan banjir lumpur pada 4 Jun lalu, sehingga menjejaskan kehidupan lebih 800 penduduk dan mengorbankan tiga nyawa.

Dalam perkembangan sama, Muhammad berkata, buat masa ini syarikat terbabit diarah menghentikan sebarang kerja penanaman melalui dua surat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) yang dikeluarkan pada Disember 2020 dan Mac 2021.

Jelasnya, tindakan itu dibuat selepas pihaknya dimaklumkan bahawa Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, mengarahkan semua kerja berkaitan projek itu dihentikan sepenuhnya pada Julai 2020.

Beliau berkata, JPNK juga dalam proses berbincang bersama kerajaan negeri bagi menentukan jenis tanaman yang perlu ditanam di kawasan puncak Gunung Inas yang didapati masih terbuka.

Sementara itu, beliau memaklumkan, laporan lengkap berkaitan kejadian bencana dan siasatan penuh yang dilakukan Jabatan Perhutanan Kedah berkaitan keadaan Gunung Inas akan diserahkan kepada Menteri Besar pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah esok (Isnin). #sumber

Share:

PAS Tolak Cadangan Khemah Besar, Istiqamah 'Penyatuan Ummah' Membina Semula Negara !

 

KOTA BHARU - PAS menolak cadangan 'khemah besar' dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sebaliknya memfokuskan agenda penyatuan ummah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menegaskan yang prinsip parti itu dalam seruan penyatuan ummah adalah jelas.

"PAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dahulu umat Islam, dalam masa sama berdiri dalam satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrem dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"PAS tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam, baik UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bersama-sama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata PAS menyedari situasi semasa umat Islam yang semakin dihimpit dengan pelbagai cabaran dari segenap aspek kebelakangan ini.

Oleh sebab, katanya, PAS dengan segenap kemampuan yang ada sudah menggerakkan usaha memperkenalkan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) sebagai salah satu usaha menterjemahkan solusi politik Islam dalam mendepani cabaran ini.

"Terkini, PAS meneruskan agenda ini menerusi seruan penyatuan ummah rentas ideologi dan parti politik.

"Rakyat Malaysia pasti tidak lupa dengan sejarah hitam 22 bulan negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang sudah menzahirkan realiti golongan yang cuba menggugat status quo negara Malaysia serta prinsip asas tunjang negara.

"Prinsip PAS sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS adalah jelas. Islam yang paling utama," katanya.

Beliau berkata, bagi menghadapi rejim PH ketika 2018-2019 lalu, PAS sudah menggerakkan usaha muafakat ummah dengan parti Melayu seperti UMNO dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai ikhtiar menguatkan akar politik Melayu Islam yang semakin goyah.

Namun pada masa sama katanya, PAS menggerakkan usaha undi percaya kepada Perdana Menteri di saat kedudukan beliau diganggu gugat.

"Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah demi Islam dan prinsip kestabilan kerajaan yang dipegang PAS," katanya. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Puas Hati Usaha JPNP Pulih, Pelihara Kawasan Bekas Lombong Tasik Chini

 

PEKAN - Kerajaan negeri berpuas hati dengan usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memulih dan memelihara kawasan bekas lombong di Tasik Chini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kini hampir 80 peratus kawasan bekas lombong di Tasik Chini ditanam dengan pokok penutup bumi selain beberapa spesies pokok balak.

Katanya, kerja menanam pokok penutup bumi yang dimulakan Ogos lalu kini menampakkan hasil apabila kawasan itu sudah mula hijau.

"Usaha menanam pokok penutup bumi dan balak kini terus dilakukan secara berterusan oleh JPNP. Kepakaran yang ada pada JPNP dapat memulihkan kawasan bekas lombong di Tasik Chini.

"Saya berpuas hati dengan usaha bersungguh-sungguh dilakukan JPNP, dalam tempoh masa ditetapkan mereka telah berjaya menjalankan tanggungjawab diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek memulih dan pemeliharaan Tasik Chini serta penyampaian sijil penyertaan kepada Orang Asli yang menyertai Program 'Buy Back Guarantee' Tapak Semaian Tasik Chini, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JPNP, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin.

Mengenai program 'Buy Back Guarantee' yang diusahakan JPNP, Wan Rosdy berkata, projek berkenaan dapat membantu masyarakat Orang Asli tempatan menambah pendapatan dengan penyediaan benih pokok balak yang kemudian dijual untuk ditanam semula di kawasan Tasik Chini. #sumber

Share:

Jengka 25 Jadi Juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKRF), Bawa Pulang RM1 Juta

BERA - Felda Jengka 25 dinobatkan juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKRF) pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 Peringkat Kebangsaan pada Khamis.

Ketua Peneroka Jengka 25, Zainol Abidin Abd Rahman berkata, kemenangan anugerah ini disifatkan sebagai johan berganda apabila jumlah wang kemenangan bernilai RM500,000 telah dinaikkan sekali ganda seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis tersebut.

Menurutnya, hadiah ini sangat bermakna buat warga Jengka 25 dan ia berkat kerjasama erat semua penduduk yang telah bekerja keras menjayakan pelbagai aktiviti selama ini.

"Saya teruja apabila Perdana Menteri mengumumkan kenaikan wang kemenangan bagi johan AKRF tahun ini menjadi RM1 juta tetapi yang mengejutkan apabila kami Felda yang pertama menerima RM1 juta itu.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu sehingga berjaya mencapai kejayaan ini," katanya.

Zainol Abidin berkata, dengan duit kemenangan itu, pelbagai usaha boleh dilaksanakan bagi menaik taraf kepelbagaian usaha mereka untuk menjadikan Felda Jengka 25 sebagai salah satu produk pelancongan di negeri Pahang.

"Kita juga akan mengadakan kenduri kesyukuran untuk wilayah Jengka nanti," katanya.

Pemenang kedua AKRF dimenangi Felda Maokil 1, Johor yang membawa pulang RM300,000, manakala tempat ketiga ialah Felda Raja Alias Dua, Negeri Sembilan yang menerima RM200,000.

Sementara itu, bagi Anugerah Tokoh Peneroka pula menjadi milik Samsudin Othman dari Wilayah Johor Bahru; Tokoh Penerokawati dirangkul Zaleha Abd Shukor@Saakor dari Wilayah Mempaga, manakala Anugerah Tokoh Belia dimenangi Muhammad Zul Syafiq Abdul Wahab dari Wilayah Jengka.

Turut menerima penghargaan, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah antara lima penerima bagi Anugerah Tokoh Generasi 2021. #sumber

Share:

Christophe Gamel Bakal Tinggalkan Sri Pahang FC, Fandi Ahmad Di Sebut Bakal Jadi Pengganti

KUANTAN - Jodoh jurulatih berasal dari Perancis, Christophe Gamel bersama Sri Pahang FC tidak berpanjangan apabila dia dilepaskan daripada tugasnya selaku pembingan skuad Tok Gajah.

Sumber dalaman pasukan memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

"Atas persetujuan bersama, Gamel tidak meneruskan baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dan tugasannya selaku ketua jurulatih sudah berakhir. Bagaimanapun, setakat ini, pengesahan rasmi akan diumumkan kelab dalam tempoh terdekat," kata sumber itu.

Difahamkan, keputusan itu susulan prestasi hambar yang dipersembahkan Sri Pahang hingga terperosok di kedudukan kedua tercorot Liga Super.

Pada masa sama, keputusan tiga perlawanan terakhir menyaksikan skuad Tok Gajah tewas berturut-turut iaitu kepada Terengganu FC (TFC) 1-2, Negeri Sembilan (0-3) dan Sabah (1-2) turut mempengaruhi keputusan itu.

Susulan keputusan itu, sumber berkata, pengurus pasukan, Dollah Salleh akan memangku tugas ketua jurulatih buat sementara. Ia sebagai persediaan skuad Tok Gajah berdepan Penang FC pada aksi suku akhir Piala FA, 23 Julai ini.

Susulan perkembangan itu, Sri Pahang FC sedang berusaha mendapatkan khidmat ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Gamel. Difahamkan, kelab itu sedang berurusan dengan seorang jurulatih dari negara jiran, Singapura.

Namun, sumber itu memaklumkan segalanya masih dalam perancangan. Fokus utama kelab itu ketika ini adalah untuk memastikan Sri Pahang kembali pada prestasi terbaik, sekali gus memperbaiki kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super.

Difahamkan, antara nama yang dikaitkan menggantikan Gamel ialah Fandi Ahmad. #sumber

Share:

Dua Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Tun Razak Gambang !

 

PEKAN - Dua maut dalam kemalangan babitkan sebuah lori treler dengan dua buah kenderaan lain iaitu kereta dan van di Lebuhraya Tun Razak, berhampiran Kampung Pulau Manis dekat sini petang semalam. 

Dalam kejadian, kereta jenis Proton Wira Aerobak yang dinaiki lima  orang mangsa sedang dalam perjalanan dari Felda chini ke Kuantan telah bertembung dengan lori  treler 10 tan dan van  yang sedang dalam perjalanan dari Kuantan Ke Segamat. 

Pasukan Bomba dan Penyelamat Chini dan Taman Tas telah bergegas ke lokasi kejadian untuk misi menyelamat sekitar jam 3.18 petang. 

Dilaporkan, terdapat dua orang mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Sementara itu pemandu lori dan van pula cedera parah dan menerima rawatan di hospital yang sama. #sumber


Share:

Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka 'Batal' Kelulusan PAS Pahang Anjur Himpunan Hijau 3.0 (H20K), Program Pindah Ke Pantai Sepat

 

KUANTAN - Hasrat PAS Pahang mahu mengadakan Himpunan Hijau 3.0 (H20K) dengan meriah di Stadium Tun Abdul Razak di Bandar Tun Razak Jengka pada hujung bulan ini nampaknya tidak kesampaian.

Hal itu kerana pihak pengurusan stadium terbabit membatalkan kelulusan yang diberikan sebelum ini.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar, hari ini.

Bagaimanapun kata Rosli buat masa ini PAS Pahang tidak mahu memberikan komentar lanjut.

"Maaf, PAS Pahang sedang menunggu surat rasmi yang menyatakan kami tidak dibenarkan menggunakan stadium tersebut.

“Setakat ini maklumat mengenainya hanya dihantar melalui e-mel, harap sabar dulu ya,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.

Pembatalan kebenaran bagi mengadakan himpunan itu mengundang persoalan dalam kalangan ahli dan penyokong PAS memandangkan pucuk pimpinan parti negeri terbabit masih cuba mempertahankan Muafakat Nasional.

Sementara itu, sumber rapat dengan pimpinan PAS Pahang memberitahu, tindakan membatalkan kebenaran diberikan pada awal bulan ini adalah sesuatu yang pelik dan mengejutkan.

“Pihak kami (penganjur) sudah mengemukakan permohonan sejak awal lagi dan kami dimaklumkan surat kebenaran untuk H20K sudah dihantar kepada pejabat ADUN PAS Jengka pada 1 Julai lalu.

"Bagaimanapun, pada 6 Julai, mereka (pihak pengurusan stadium) menghantar satu lagi surat menyatakan kebenaran untuk menggunakan stadium dibatalkan.

"Alasan yang diberikan ialah kerana tarikh tersebut bertembung dengan jadual kerja penyelenggaraan di situ," katanya.

Menurut sumber terbabit, sukar mahu diterima akal pihak pengurusan stadium tidak tahu jadual penyelenggaraan lebih awal sehingga sebelum ini mereka memberi kebenaran kepada PAS.

"Kenapa pada peringkat awal mereka beri kebenaran, tapi selepas itu membatalkan kelulusan tersebut?” katanya.

Berdasarkan surat yang dilihat, pihak pengurusan stadium dalam surat bertarikh 1 Julai memaklumkan PAS boleh menggunakan kemudahan tersebut dengan bayaran RM10,000.

Menggunakan kepala surat Felda, pihak pengurusan menghantar notis berkenaan kepada Setiausaha Program Himpunan Hijau 20K.

Bayaran RM10,000 itu merangkumi penggunaan lot parking, ruang makan VIP, 'scoreboard' dan sistem audio serta ruang tempat duduk penonton.

Surat itu juga memaklumkan pihak penganjur perlu mendapatkan permit atau kelulusan daripada Majlis Daerah Maran jika ingin menyediakan ruang gerai jualan di luar kawasan stadium itu.

Melalui surat bertarikh 6 Julai lalu pula, pengurus Stadium Tun Abdul Razak Jengka memaklumkan kelulusan diberikan sebelum ini dibatalkan kerana terdapat kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian stadium bakal dilakukan pada tarikh sama.

Ekoran perkembangan itu Rosli memberitahu PAS Pahang akan meneruskan program H20K di lokasi lain.

Kata ADUN Tanjung Lumpur itu, program H20K itu akan dilangsungkan di Pantai Sepat, dekat Kuantan, pada tarikh sama.

Program H20K dijangka turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan utama yang lain. #sumber

Share:

Aktivis Alam Sekitar Mohon Pindah Kes Saman Kerajaan Pahang Ke Mahkamah Tinggi KL !

KUALA LUMPUR - Pengasas Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil memohon untuk memindahkan kes saman fitnah Kerajaan Negeri Pahang terhadapnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguamnya Rajesvaran Nagarajan berkata permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Tinggi Temerloh sedang berlangsung, mengikut Perintah 57 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

"Fakta material berlaku semasa anak guam saya berada di Kuala Lumpur - oleh itu mengapa pertikaian ini harus didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya.

Berhubung saman utama, semua kertas kausa telah difailkan dan pihak-pihak sedang menunggu arahan praperbicaraan daripada mahkamah, tambahnya.

“Permohonan untuk memindahkan prosiding dari Mahkamah Tinggi Temerloh telah difailkan.

"Semua afidavit telah dikemukakan dan pihak-pihak sedang menunggu arahan selanjutnya daripada mahkamah yang mulia berkenaan dengan penghujahan dan tarikh perbicaraan," kata Rajesvaran.

Menurut peguam itu, saman utama ditetapkan untuk diteruskan selepas permohonan pemindahan didengar dan diputuskan, dengan sesi pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 19 Julai melalui e-semakan.

Ketika ditanya, dia berkata anak guamnya belum memfailkan tuntutan balas terhadap kerajaan negeri.

Pada 18 Jun lalu, kerajaan Pahang menyaman Shariffa (atas) atas tuduhan memfitnah berhubung tiga kenyataan mengenai aktiviti pembalakan di negeri itu.

Kenyataan di FB, wawancara akhbar

Sebelum ini, kerajaan Pahang mengeluarkan surat tuntutan supaya presiden kumpulan alam sekitar itu membayar pampasan RM1 juta dan memohon maaf atas komennya yang dimuat naik di Facebooknya dan wawancara dengan akhbar harian tempatan.

Di bawah undang-undang, tindakan sivil boleh dikenakan di mahkamah jika penerima surat undang-undang itu didakwa gagal mematuhi tuntutannya.

Menurut salinan kertas kausa yang dilihat oleh Malaysiakini, saman sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 7 April.

Kerajaan Pahang mendakwa Sabrina membuat kenyataan berunsur fitnah di Facebooknya pada 29 dan 30 Dis tahun lepas, serta ketika wawancara dengan Sinar Harian pada 12 Jan 2022. #sumber

Share:

Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai "Duta Besar" Malaysia Ke Indonesia?

 

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, menurut sumber kerajaan.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Menurutnya lagi, kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan itu “masih di landasan betul” dan surat watikah hanya ditangguhkan.

Ketika dihubungi, Tajuddin enggan mengulas dan meminta media merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya perdana menteri ke, saya mana tahu,” katanya. .

Media sedang menghubungi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan timbalannya, Daruk Kamaruddin Jaffar.

Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ibarat mempertikaikan kuasa Agong, kerana pelantikan beliau sudah diperkenan.

Tajuddin sebelum ini menyifatkan sebahagian kritikan berhubung pelantikannya sebagai “tidak adil”.

“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua, sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu, sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi, saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’.”

Beberapa pihak dalam UMNO turut mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ke Indonesia kerana tindakannya menyerang Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka yang disifatkan sebagai “memalukan”.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Tajuddin menggesa Zahid berundur daripada jawatan presiden UMNO.

Petisyen juga dilancarkan di Change.org untuk menggesa pelantikan Tajuddin sebagai duta besar ke Indonesia dibatalkan, yang mengumpulkan lebih 35,000 tandatangan setakat hari ini.

Pada Mei 2021, Ahli Parlimen kontroversi itu digugurkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan berhubung perlanggaran dua tren LRT. #sumber

Share:

Pekerja Ladang Di Pijak Gajah Liar Di Ladang Semantan Pada Selasa Lalu Meninggal Dunia

 

TEMERLOH - Pekerja ladang kelapa sawit di Ladang Semantan, dekat Mentakab yang patah pergelangan kaki kiri selepas dipijak gajah liar dalam kejadian 5 Julai lalu, meninggal dunia semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata mangsa yang berusia 55 tahun yang turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh pada jam 1.20 pagi semalam.

"Mangsa dibawa ke hospital pada Selasa lalu dengan kecederaan akibat serangan gajah liar itu. Perhilitan sedang menunggu laporan penuh daripada HoSHAS berhubung punca kematiannya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penyelia ladang yang enggan namanya didedahkan berkata, kes pencerobohan gajah agak biasa berlaku di kawasan yang bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul tetapi tiada sebarang serangan terhadap manusia dilaporkan.

"Kebiasaannya gajah liar akan masuk mencari makanan dan merosakkan pokok kelapa sawit sebelum beredar. Tiada hubungan manusia dan gajah dilaporkan, dan serangan ini adalah kejadian pertama dalam beberapa dekad.

"Pihak pengurusan ladang sebelum ini sudah menggali parit dalam untuk menghalang gajah daripada menceroboh ladang dan sebaik kerja siap, kami akan memasang pagar elektrik di sekeliling perimeter," katanya sambil menambah mangsa sudah lapan tahun bekerja di ladang itu selama kira-kira lapan tahun. #sumber

Share:

Jangan Terpedaya Individu Mengaku Keturunan 'Mat Kilau', Niat Untuk Mengambil Kesempatan


JERANTUT – Filem Mat Kilau mengisahkan Kebangkitan Pahlawan Melayu merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof dengan skrip oleh Syamsul dan Shahruddin Dali turut dibintangi oleh Datuk Adi Putra sebagai pelakon utama yang diilhamkan dari tokoh pahlawan Mat Kilau.

Namun, sejak film ini menjadi bualan umum di seluruh negara termasuk di Brunei Darussalam yang turut didebatkan oleh para youtuber Indonesia yang memuji perkisahan kepahlawanan Melayu bagi tatapan generasi muda.

Seorang cicit Pahlawan Melayu Mat Kilau itu, Ismail Mat Kahar, 60, turut berbangga dengan filem yang sedang ditayangkan  itu yang mengisahkan tentang kepahlawanan moyangnya bagi membangkitkan semangat jatidiri dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Dalam bangga, saya turut berasa risau mengenai ada individu yang mula mengakui waris pahlawan itu sejak penerbitan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.

“Ini maklumkan sendiri oleh Ketua Kampung Masjid/Kedondong, Mohd. Rozi Rozuki terdapat ramai individu dari Johor, Perak, Selangor malahan di Pahang sendiri menghubunginya sambil menyatakan mereka juga adalah susur galuh Mat Kilau.

Katanya, inilah yang membimbangkannya kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan dan  mencemarkan catatan sejarah perjuangan Mat Kilau sekiranya kemungkinan pengakuan palsu berlaku.

“Apabila ketua kampung, Mohd. Rozi mahu individu itu menyusun susur galuh yang diperkatakan ada kaitan dengan Mat Kilau, malangnya mereka gagal bercerita berkaitan dengan susur galih itu.

“Saya takut ada pihak yang mengambil kesempatan boleh mencemarkan catatan sejarah perjuangan Mat Kilau sekiranya kemungkinan berlaku,” katanya ditemui di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar dekat sini hari ini.

Ismail yang uzur akibat penyakit  tekanan darah rendah dan kencing manis berkata, kebimbangan juga nanti melibatkan ada pihak yang cuba mengutip derma kononnya untuk amal kebajikan waris Mat Kilau atau sebarang tujuan lain yang tidak berkaitan langsung dengan pahlawan tersohor itu.

“Saya berdoa dan sambil berharap hal ini tidak akan berlaku dan sudahpun memberitahu waris terdekat di sini supaya berhati-hati sekiranya ada pihak yang datang mengakui waris Mat Kilau.

“Saya antara cicit Mat Kilau, tetapi saya insan biasa dan langsung tidak mahu ‘glamour’ namun cukuplah menghargai usaha pengarah dan penerbit filem tersebut kerana mengangkat Mat Kilau di persada masyarakat yang kini mula lupa dengan nilai sejarah perjuangan tokoh di tanahair ini,” katanya. #sumber

Share:

Mahkamah: Kerajaan Pahang 'Gagal' Dapatkan Perintah Melarang Shariffa Sabrina Bersuara !

 

RAUB - Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan perintah awal larangan bersuara bagi menghalang bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil membuat sebarang kenyataan berhubung kes dihadapinya di media atau media sosial.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membuat keputusan itu selepas mendapati pemohon iaitu Pendakwa Raya dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang telah gagal memenuhi syarat perlu dipatuhi dalam membuat permohonan tersebut yang difailkan selepas Shariffa Sabrina didakwa di mahkamah sama atas dakwaan menceroboh tanah kerajaan tanpa kebenaran.

Ahmad Faizadh pada penghakimannya berkata, hakim yang mendengar perbicaraan itu mempunyai kewajipan mempertimbangkan keterangan di dalam mahkamah sahaja dan perlu mengabaikan perkara tidak berkaitan selain keputusan dibuat masih boleh dirayu ke peringkat atasan jika seorang hakim melakukan kekhilafan.

"Ketiadaan membenarkan perintah awal larangan bersuara tidak akan mengakibatkan penafian hak mendapatkan perbicaraan yang adil. Sebaliknya, ini memberi peluang kepada pemohon untuk menceritakan kisahnya dan sekali gus mewujudkan naratif seimbang dalam perkara ini.

"Selain itu, pemohon masih mempunyai jalan keluar menurut undang-undang fitnah, malah pemohon juga boleh memulakan prosiding pengkomitan untuk penghinaan mahkamah jika terdapat mana-mana pihak melanggar peraturan sub judice," katanya.

Mahkamah menetapkan 19 September, sebagai sebutan semula kes bagi mengetahui perkembangan representasi selepas peguam Mohd Harris Mohan yang mewakili Shariffa Sabrina memaklumkan mereka berhasrat menghantar representasi berhubung semua pertuduhan yang dihadapi anak guamnya.


Sebelum ini, Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Izzat Ikhwan Abu Bakar memfailkan notis usul itu pada 13 April lepas, bagi memohon Shariffa Sabrina selaku Orang Kena Saman (OKS) dalam kes tersebut dilarang membuat sebarang kenyataan di media dan media sosial termasuk Facebook peribadinya.

Bagaimanapun, Mohd Harris dalam hujahan bertulisnya menafikan hantaran dilakukan OKS boleh menggugat perbicaraan yang adil selain menghujahkan pendakwaan boleh melaporkan laman media sosial OKS kepada pihak Facebook atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan, jika terdapat sebarang kenyataan dianggap boleh mengganggu perbicaraaan.

Pada 15 Mac lepas, Shariffa Sabrina, 60, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang didakwa dilakukan pada 2 petang, 10 dan 11 Jun 2021 dengan menduduki tanah di Lot 26148, GM4135 di Mukim Bentong; Lot 1053, PM0053 Mukim Ulu Dong dan Lot 10061, GM1572 Mukim Tras, kedua-duanya di Raub tanpa kebenaran sah.

Tanah terlibat buat masa ini didakwa dijadikan resort dan tempat perniagaan, iaitu Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Tanah Aina Fahad Glamping Resort dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort. #sumber

Share:

Kompaun Terhadap Individu Tak Pakai Pelitup Muka Jika Kes COVID-19 Naik Mendadak - KJ

 

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk mengenakan kompaun kepada orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di kawasan tertutup jika kes jangkitan COVID-19 meningkat dengan mendadak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata KKM tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasakan semula peraturan itu mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, sejak 17 April lalu KKM sudah tidak lagi mengeluarkan notis kompaun selaras fasa peralihan ke endemik.

"Saya lihat dari segi pematuhan kepada pemakaian pelitup muka, terutama di kawasan tertutup sudah mula agak longgar.

"Banyak keadaan di mana orang ramai mula tidak memakainya di kawasan tertutup. Jika kes terus meningkat dengan kadar mendadak, KKM tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasakan semula Akta 343 terutama bagi mereka yang enggan memakai pelitup muka di kawasan tertutup," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Khairy menjelaskan, ketika ini, hanya KKM yang boleh mengeluarkan notis kompaun berhubung ketidakpatuhan pemakaian pelitup muka selepas banyak agensi digugurkan daripada penguatkuasaan Akta 342 bagi melaksanakan tugas hakiki mereka.

"Sekarang, sumber kuat kuasa terbatas kerana hanya KKM (boleh mengeluarkan notis). Saya harap tidak perlu untuk kita sampai ke tahap itu," katanya. #sumber

Share:

Aktivis Terkejut Isu Panas Pengkhiantan Tanah Terhadap Orang Melayu Menjadi Tular Semula !


KUANTAN - "Saya terkejut kenyataan berkaitan isu skandal 'faraid tanah' dikalangan orang dalam jabatan yang didedahkan pada pertengahan tahun lalu kini menjadi tular semula,"  demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) berkata, ramai pihak yang jadi mangsa menghubungi beliau dan menyokong penuh kenyataan tersebut. Terdahulu, kenyataan beliau di portal ini telah tular  semula dan dikongsikan di dalam berbagai group media sosial terutamanya WhatsApp sejak beberapa hari yang lalu. 


"Rata-rata mendakwa isu ini sudah lama berlaku, bukan sahaja di Pahang malahan di seluruh negara. Orang dalam yang majoriti berbangsa Melayu membolot dan faraid tanah sesama sendiri, kerana mereka tahu bab-bab tanah dan di mana tanah kosong atau tersepit. Itu belum lagi yang lapis fail permohonan orang lain.

"Saya sedih mengenang nasib orang Melayu, bangsa sendiri yang dipermainkan oleh pihak berkenanan. Malah, saya mendapat banyak maklumat mereka ini menjual berekar-ekar tanah sewaktu masih bertugas, apatah lagi bila sudah pencen. Mereka kaya raya dengan hasil penjualan tanah. Mereka agih-agihkan tanah sesama kakitangan jabatan berkenaan, tanpa memperdulikan nasib rakyat marhaen yang tidam bertanah.

"Ada yang puluhan tahun membuka dan mendiami tanah sekangkang kera, mohon geran macam-macam helah. Sekejap dalam proses, sekejap dalam pertimbangan hingga pemohon mati, disambung anak-anaknya. Tiba-tiba tanah dapat kepada pihak lain. 

"Menitis air mata rakyat dengan kerja jahat orang dalam yang mengejar kemewahan semata-mata. Duit lebih diutamakan, sebab itu daripada luluskan tanah kepada bangsa sendiri, lebih baik kautim dengan pihak lain yang mampu membayar tanah tersebut dengan wang ringgit," dakwa Shukri.

Justeru katanya, dengan fenomena filem 'Mat Kilau' yang sedang meletop sekarang ini beliau menggesa pihak yang khianat ini sueah-sudahlah jadi 'talibarut', sama macam yang berlaku pada zaman penjajah.

"Pahlawan Mat Kilau ada meninggalkan pesan jangan sampai bangsaku tiada negara. Hari ini ia berlaku, ramai bangsa Melayu sendiri tidak bertanah akibat perbuatan licik orang dalam yang bernafsu besar untuk mengejar cita-cita menjadi kaya dengan mudah. Ingatlah, perbuatan kamu telah melanggar amanat pahlawan terdahulu.. Kamu lebih rela jual tanah kepada pihak lain, asalkan ada duit membayarnya.


"Jika berurusan di pejabat terbabit, mereka lebih selesa melayan pihak lain daripada bangsa sendiri. Saya banyak terima aduan dan berjanji akan mengangkat isu ini demi mempertahankan hak rakyat marhaen yang sudah sekian lama diperdayakan," katanya lagi.

Sementara itu, selaku Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyar (Angkara), Shukri berkata langkah seterusnya beliau akan menggerakkan suara rakyat dan mengadakan himpunan besar-besaran agar pihak atasan terutamanya kerajaan yang memerintah mengambil perhatian isu ini

"Saya menyeru mana-nnaa rakyat yang menjadi mangsa orang dalam ini agar dapat tampil bertemu saya beserta dengan segala dokumen yang berkenaan. Kita mahu lihat segala bukti dan sejauh manakah mereka dipermainkan selama ini. Saya berjanji akan mengangkat isu ini hingga ke istana jika tiada jalan penyelesaian.

"Saya tidak mahu bangsa sendiri terus ditipu dan dipermain-mainkan oleh orang dalam yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika anda ada bukti dan tahu mana-mana tanah yang dibolot oleh orang dalam ini maka jangan segan-segan maklumkan kepada saya. Kita mahu isu ini mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Sudah tiba masanya keadilan itu ditegakkan dalam isu ini.

Difahamkan, ramai mangsa yang amat berterima kasih kepada beliau kerana mengangkat isu ini. Selama ini mereka hanya pendamkan sahaja dan menerima segala pengkhianatan ini tanpa boleh berbuat apa-apa, tapi kini bila ia dibangkitkan oleh beliau maka semua pihak mula buka mata terhadap isu ini. 

Dapatkan info berkaitan isu rakyat bolelah like, follow dan share laman facebook beliau https://www.facebook.com/cmkshukrieramly

Share:

Christophe Gamel Fahami Kekecewaan, Minta Para Penyokong Jangan Putus Harapan !

KUANTAN - Pengendali pasukan, Christophe Gamel memahami perasaan penyokong yang kecewa dengan prestasi semasa pasukan susulan kekalahan ketiga berturut-turut dialami dalam saingan Liga Super. 

Sri Pahang tewas kepada Terengganu FC 1-2 pada Ahad lalu, yang juga kekalahan ketujuh secara keseluruhan bagi musim ini lantas menyaksikan pasukan kini menghuni tangga kedua tercorot dengan hanya lapan mata selepas berakhir 11 perlawanan pusingan pertama. 

Namun Gamel tidak mahu penyokong putus harapan dengan skuad ini, kerana menurutnya perjalanan liga masih panjang dan belum terlewat untuk Sri Pahang bangkit dan memperbaiki kedudukan dalam carta liga. 

"Saya faham kekecewaan penyokong, tapi percayalah kami semua pun kecewa dengan apa yang dilalui. Semua pihak bermula dari pengurusan, barisan pemain dan kejurulatihan sedang berusaha melakukan yang terbaik, tiada siapa yang mahu pasukan mereka jatuh.

"Sejujurnya saya lihat banyak peningkatan dalam permainan, saya tidak boleh meminta lebih daripada mereka kerana saya dapat lihat semangat dan keghairahan mereka di atas padang. 

“Tetapi kita perlu untuk mengurangkan kesilapan, itu isu utama. Kita ketinggalan awal kerana satu kesilapan kecil, banyak kali saya tegaskan perkara ini. Pasukan lawan mengambil kesempatan dari kesilapan kita lakukan, kita juga tidak sempurnakan peluang, dan ini adalah perkara paling penting untuk kita baiki.

“Yang penting, masih belum terlambat untuk bangkit kerana perjalanan liga masih panjang, saya tahu, dan saya yakin dengan pemain-pemain boleh melakukan yang lebih baik dalam baki perlawanan sekiranya berusaha dengan lebih keras. 

“Kita mempunyai satu skuad baik adunan pemain berpengalaman dan pemain muda yang semakin bertambah baik. Jangan putus harapan, kita belajar dari kesilapan dan perlu tampil lebih baik,” ujar Gamel.

Dalam masa sama, Gamel juga berpendapat Terengganu tidak sepatutnya diberikan penalti pada minit ke-77 malah menyatakan tiada kesalahan yang dilakukan oleh penjaga gol, Mamadou Samassa ketika menyelamatkan sepakan pertama Faisal Halim sehingga ia perlu diambil semula. 

Sepakan yang diambil kali kedua oleh Faisal itu menewaskan Samassa dan menghadiahkan gol kemenangan buat Terengganu. 

"Saya tidak berapa gemar untuk menyebut tentang pengadilan, tapi kerap kali perkara sebegini terjadi, berkenaan penalti yang diberikan kepada TFC, bagi saya ianya tidak sepatutnya penalti dan Samassa juga tidak melakukan kesalahan. 

"Sejujurnya saya lihat pengadil gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, saya agak sedih kerana perlawanan yang bagus dirosakkan pengadilan yang tidak bagus. 

“Ini adalah pertama kali pasukan yang saya bimbing menjadi mangsa pengadilan buruk sebanyak tiga kali dalam semusim. Nasib sama berlaku ketika bertemu Kedah yang mana dua gol kita tidak dikira dan begitu juga ketika menentang PJ City yang mana FAM sendiri akui pengadil buat silap.

“Saya hormat pada semua pengadil, namun saya fikir mereka yang tidak berkualiti perlu dihantar semula ke kursus secara lebih mendalam," kata Gamel lagi. #sumber

Share:

Kalau Mahu Terus Di Hormati, UMNO Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui PRU

KUANTAN - Desakan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) segera diadakan terus mendapat sokongan akar umbi UMNO.

Kali ini, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, tampil berkata, parti Melayu itu memerlukan mandat baru yang lebih stabil jika ingin terus dihormati.

Katanya, walaupun wakil UMNO memegang jawatan Perdana Menteri, namun kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan 'diwarisi' daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020.

"Kita jadi kerajaan bukan melalui mandat rakyat, jadi kalau kita mahu dihormati, kena dapatkan mandat baharu.

"Bagaimana nak dapat mandat baru? mestilah melalui pilihan raya dan kalau itulah caranya, UMNO tidak ada pilihan, selain kita berdepan dengan pembangkang atau sesiapa sahaja dalam pilihan raya umum," katanya ketika ditemui di pejabatnya, lapor Malaysiakini

Ketika ditanya sama ada UMNO sudah bersedia jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat, Ahmad Tajuddin memaklumkan, bersedia atau tidak itu bukan soal paling penting.

"Di peringkat akar umbi memang sudah lama (bersedia) bekerja, sekarang ini kita cuma nak tengok sejauh mana 'rentak' pembangkang.

"Jika dulu mereka (pembangkang) selalu meminta supaya kembalikan mandat kepada rakyat, tapi sejak akhir-akhir ini, pembangkang 'pusing cerita' kononnya kita (UMNO) yang bersungguh-sungguh mahukan PRU-15.

"Pandangan sayalah, mana ada parti yang mahu menangguhkan (PRU15) jika mereka yakin boleh menang, jadi saya fikir mereka (pembangkang) juga tidak yakin boleh menang," katanya.

Ditanya mengenai isu dihadapi pimpinan tertinggi UMNO ketika ini, dia menjelaskan suara akar umbi lebih berkuasa berbanding seorang dua pimpinan.

Katanya, kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan akar umbi secara langsung.

"Itu masalah (peribadi) mereka, kekuatan UMNO selama ini disebabkan sokongan ahli akar umbi, ahli peringkat cawangan, jentera jalinan rakyat (JR) Wanita UMNO, Puteri dan semua penyokong.

"Mereka (akar umbi) ini berjuang mempertahankan UMNO bukan disebabkan nak jadi Menteri, Timbalan Menteri atau duta, tapi sebab sayangkan parti.

"Kita sudah ada pengalaman 22 bulan bersama (diperintah) Pakatan Harapan (PH), ahli akar umbi kita dah lalui kesukaran itu, mereka masih setia bersama UMNO, masih mempertahankan parti dan tidak lari (melompat) ke mana-mana," katanya.

Ketika ini, Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Manakala pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.

Proses rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan itu akan didengar Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada 21 Jun lalu berhubung pemilihan calon 'muka baru' untuk PRU-15, Ahmad Tajuddin berkata, ia masih lagi belum muktamad.

"Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah lebih empat penggal menang tapi dia masih boleh berkhidmat, boleh memastikan kemenangan UMNO, tidak ada isu berbangkit, bolehlah dia teruskan (bertanding).


"Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah lebih empat penggal menang tapi dia masih boleh berkhidmat, boleh memastikan kemenangan UMNO, tidak ada isu berbangkit, bolehlah dia teruskan (bertanding).

"Tapi kalau ada masalah, tidak diterima baik oleh ahli peringkat akar umbi dan ada masalah lain (seperti kesihatan), elok bagi laluan kepada orang lain.

"Tidak semestinya kalau dia pegang jawatan di peringkat Bahagian, maka dia jadi calon, itu atas kebijaksanaan pimpinan UMNO Pahang tentukan siapa yang layak bertanding," katanya lagi.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dalam sidang media di Kuantan pada 21 Jun lalu memberi gambaran ADUN yang sudah berkhidmat empat penggal atau lebih, akan digantikan dengan calon baharu.

Dia dilaporkan berkata, walaupun keputusan itu belum dimuktamadkan, tapi ia adalah antara cadangan awal dan akan diputuskan sebaik saja parlimen dibubarkan. #sumber

Share:

Ibu Tujuh Anak Berdepan "25 Tuduhan" Menipu Pakej Jual Beli Emas Gold Ventures Di Kuantan

 

KUANTAN - Ibu kepada tujuh anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas 25 tuduhan menipu membabitkan tawaran pakej pembelian emas 916 ke atas empat mangsa tahun lalu dan awal tahun ini.

Tertuduh Wan Noraini Wan Abdullah 43 bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kesemua pertuduhan yang disebut secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah dan Ainis Abu Hassan Shaari.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azreen Wan Zaid dan Aini Adilah Muhammad Faizal, tertuduh didakwa memperdaya empat wanita melalui 20 tawaran pembelian emas 916 (Pakej E) yang menawarkan pulangan 80 gram nilai emas sehingga mendorong mangsa membuat bayaran RM11,500 hingga RM12,100 bagi setiap pakej.

Bagaimanapun, tertuduh hanya menyerah antara 19.17 hingga 40.36 gram nilai emas kepada mangsa iaitu kurang dari nilai yang dijanjikan.

Tertuduh turut didakwa menipu membabitkan lima pakej pembelian emas 916 (Pakej A) yang menawarkan pulangan 8 gram nilai emas namun nilai yang diberikan kepada mangsa juga kurang dari nilai yang dijanjikan.

Dia didakwa melalukan kesalahan itu di pejabat Gold Ventures Sungai Isap Maju 1, Jalan Gambang di sini antara September 2021 hingga Januari tahun ini.

Bagi semua tuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Mahkamah menetapkan jaminan RM72,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala 21 Julai dan 8 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes tersebut untuk penyerahan dokumen dan lantikan peguam. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Tambah Peruntukan Segera Kepada "Mangsa Banjir" Hampir RM20 Juta !


KUANTAN - Kerajaan Pahang menambah baik persiapan menghadapi bencana banjir hampir RM20 juta sebagai persediaan bantuan segera mangsa banjir di negeri ini. 

Ia merangkumi merangkumi persiapan pangkalan hadapan (RM4.8 juta), Tabung Malapetaka Daerah (RM1 juta), Perolehan Darurat (RM8.5 juta) dan Perolehan Bencana (RM3.5 juta).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail pada satu kenyataan semalam. 

Selain itu, penyediaan 50,000 makanan 𝑅𝑒𝑎𝑑𝑦 𝑇𝑜 𝐸𝑎𝑡 sebagai bekalan makanan awal kepada mangsa-mangsa banjir yang berjumlah RM600,000 diperuntukkan untuk memastikan kebajikan 'keperluan perut' mangsa banjir terpelihara.

"Kerajaan Negeri amat memahami susah payah dan pahit getir yang dilalui setiap mangsa banjir. Justeru itulah, pihak kerajaan sehabisnya mengusahakan persediaan daripada segala aspek sebelum, semasa dan selepas bencana banjir akan mampu meminimumkan impak buruk kepada rakyat yang terjejas," kata Wan Rosdy yang dipetik daripada laman rasmi facebook beliau. #PahangDaily


Share:

Isteri Ketua Kampung Maut Di Cekik Dalam Kejadian Samun Di Felda Mengkuang Bera !

 

BERA – Isteri kepada Ketua Kampung Felda Mengkuang di sini maut dipercayai dicekik dalam satu kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa Siti Zuliana Said, 52, ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa mengalami kecederaan dan pengsan akibat dipukul.

Suspek dikatakan melarikan diri ke arah Jempol Negeri Sembilan dengan menaiki kereta jenis Honda City milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, N. Kumaran berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan usaha mengesan suspek giat dilakukan pada masa ini.

“Kami percaya suspek melarikan diri menggunakan kenderaan milik suami mangsa iaitu kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD9799.

“Polis melakukan usaha mengesan suspek dan mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan kepada blai polis berhampiran,” ujarnya. #sumber

Share:

Seramai 250 Pelajar "Anak Pahang" Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dapat Bantuan Prihatin

 

KOTA KINABALU - Seramai 250 pelajar berasal dari Pahang yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Bantughj0*can Prihatin Pahang 2022 sumbangan kerajaan negeri itu, di sini, semalam.

Sumbangan one-off RM200 seorang yang disampaikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu adalah yang pertama disampaikan kepada pelajar di luar negeri itu.

Beliau berkata, bantuan itu turut diserahkan kepada pelajar Pahang di semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) lain di seluruh negara menerusi kunjungannya ke institusi terbabit selepas ini.

Katanya, secara keseluruhan kerajaan Pahang memperuntukkan RM8.54 juta yang memberi manfaat kepada 42,701 pelajar universiti berasal dari negeri itu yang sedang mengikuti pengajian di semua IPTA dan IPTS seluruh negara pada tahun ini.

"Besarlah harapan saya semoga pemberian sumbangan ini dapat meringankan dan membantu menampung kos perbelanjaan mahasiswa dan mahasiswi di kampus.

"Walaupun jumlah RM200 ini tidaklah sebesar mana, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan cakna dalam memikirkan kebajikan anak watannya serta akan sentiasa membantu selagi terdaya, insya Allah," katanya pada majlis penyampaian.B antuan Prihatin Pahang kepada pelajar Pahang yang sedang mengikuti pengajian di UMS, di sini, semalam.

Wan Rosdy menyerahkan sendiri wang bantuan RM200 itu kepada pelajar terbabit di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor UMS dan turut disaksikan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan bantuan kepada mahasiswa kelahiran Pahang di Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang 2022 di UMS, hari ini.

Wan Rosdi berkata, kerajaan Pahang amat mengambil berat dan komited terhadap perkembangan pendidikan anak watan Pahang sejajar hasrat untuk melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri dan sahsiah tinggi, sekali gus mampu menyumbang kembali kepada kemajuan serta pembangunan negeri itu.

"Justeru, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang cukup besar bagi memperkukuh dan memperkasakan bidang pendidikan di Pahang.

"Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang misalnya membelanjakan sehingga RM1.4 bilion sejak 1983 bagi membiayai biasiswa, pinjaman pendidikan, program pendidikan, kemasyarakatan, keagamaan dan sukan yang memberi manfaat kepada 1.7 juta anak Pahang.

"Melalui peruntukan yang cukup besar ini, kerajaan negeri berjaya membantu ramai pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.

Selain itu, katanya kerajaan negeri turut menyalurkan Biasiswa Yayasan Pahang untuk pelajar sekolah rendah bernilai RM300 setahun serta Biasiswa Yayasan Pahang untuk pelajar sekolah menengah bernilai RM600 setahun khusus untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Bagi pelajar pengajian tinggi, beliau berkata, kerajaan negeri menyalurkan geran one-off RM500 kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke kolej, politeknik, universiti dan IPT; serta RM1,000 kepada yang melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Beliau berkata, secara keseluruhan, melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022 kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM30 juta yang memberi manfaat kepada hampir 300,000 penerima dengan RM14.29 juta adalah untuk bidang pendidikan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang UMS, Noratikah Sukri, 24, berkata bantuan berkenaan sangat membantu pelajar negeri itu yang sedang belajar di Sabah.

"Wang bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu menampung keperluan kami di kampus. Kami juga bersyukur kos di UMS tidak terlalu tinggi dan masih boleh diterima," katanya.

Bagi pelajar tahun tiga Program Perhubungan Antarabangsa UMS yang berasal dari Pahang, Pravin Ramakrishnan, 23, beliau menyifatkan bantuan one-off sangat berguna sebagai persiapan peperiksaan.

Pelajar Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS, Anis Najwa Najihah Ismail, 23, pula berkata, kehadiran Wan Rosdy bersama barisan kepemimpinan kerajaan Pahang menyerahkan sendiri bantuan kepada mereka sangat menyentuh perasaan.

"Sebelum ini bantuan disalurkan melalui akaun, tetapi kali ini dibuat secara bersemuka. Ini memperlihatkan pengorbanan pemimpin kita di Pahang yang sampai ke Sabah untuk memastikan kita menerima wang bantuan daripada kerajaan negeri.

"Ia sudah tentu membawa nilai moral yang baik, walaupun jauh dari kampung kita masih mendapat perhatian daripada kampung dan negeri kita," katanya. #sumber

Share:

Bangunkan Semula 'Rumah Asal' Peninggalan Mat Kilau Sebagai Tarikan Baru Pelancongan

KUANTAN - Kerajaan Pahang dan syarikat Produksi Studio Kembara disyorkan supaya membangunkan semula rumah peninggalan tokoh pahlawan Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut dan Batu Lima Jalan Gambang, di sini.

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, pembinaan semula kediaman Mat Kilau di dua lokasi itu dilihat sebagai usaha untuk menjadikan produk pelancongan yang mempunyai nilai sejarah kepada negara ini.

Beliau berpendapat sudah tiba masanya Kerajaan Pahang mahupun mana-mana pihak membangunkan semula peninggalan sejarah tokoh itu dan bukan sekadar berbangga melalui filem semata-mata.

"Saya lihat kedua-dua rumah milik Mat Kilau sudah lama terbiar dan ditelan dek zaman. Di Kampung Kedondong, Pulau Tawar iaitu rumah kelahiran Mat Kilau hanya terdapat papan tanda dan tapak rumahnya sahaja.

"Rumah di Batu lima Jalan Gambang yang sedia ada memang sudah usang dimamah usia dan menunggu masa untuk terus mereput sedangkan di situlah Mat Kilau habiskan sisa-sisa hidupnya sebelum mengisytiharkan dirinya adalah pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di bumi Pahang suatu ketika dahulu.

"Jadi kedua-dua lokasi ini wajar dibina semula supaya ia menjadi daya tarikan baru untuk pelancongan di Pahang. Dengan terbinanya rumah terbabit, maka banyak lagi bahan sejarah silam boleh dipamerkan di situ," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau turut mencadangkan agar produksi filem Mat Kilau, menaja pembinaan tersebut kerana mereka sudah mengaut untung besar atas pembikinan filem menggunakan jenama Mat Kilau, biar pun sekadar fiksyen semata-mata.

Katanya, filem Mat Kilau boleh terus kekal ditayangkan dalam galeri rumah Mat Kilau selamanya untuk tontonan pelancongan yang tidak sempat menyaksikannya sekarang.

"Saya yakin ia boleh dijadikan bahan sejarah berharga bagi menaikkan semangat perjuangan agama, bangsa dan negara kepada generasi muda.

"Malah, Kerajaan Pahang perlu menyedari perkara ini kerana sudah puluhan tahun terbiar, apa salahnya ia didirikan semula bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan sejarah di bumi Pahang. Apa guna kita sekadar menonton semata-mata tapi hakikatnya warisan Mat Kilau terus terbiar dan tidak dipelihara seperti warisan sejarah yang lain di negara kita," ujarnya.

Sementara itu, Mohd Shukri menjelaskan buat masa ini hanya terdapat Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar dan ia hanya dibuka pada hari bekerja sahaja.

Tegasnya, sedangkan pelancong biasa datang pada hari cuti hujung minggu atau pun cuti umum.

"Begitu juga lokasi di Batu Lima, Kuantan yang ada hanya galeri sementara yang dibina oleh Cucu Mat Kilau, Mohd Alhamdi Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Padang Garuda. Itu pun kerana beliau menjadi Guru Besar di sekolah terbabit sekarang.

"Namun, sudah pasti ia hanya boleh dikunjungi pada hari persekolahan sahaja kerana pada hari Sabtu dan Ahad sekolah bercuti," ujarnya.

Mohd Shukri berpandangan pembinaan replika rumah Mat Kilau pastinya akan dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini.

Mohd Shukri mahu rumah Mat Kilau di Kampung Kendondong dibina semula bagi tujuan yang sama.
"Harus diingatkan di Melaka, perigi Hang Tuah pun boleh dijadikan tarikan pelancongan dan sumber ekonomi penduduk apabila orang ramai berkunjung dan membeli buah tangan serta cenderamata di situ.

"Kalau kita ingat Pahlawan Hang Tuah kisahnya wujud sejak beribu tahun dahulu, tak tahu kesahihannya atau sekadar legenda semata-mata. Tapi Mat Kilau masih hidup pada zaman moden iaitu selepas negara kita sudah capai kemerdekaan.

"Sepatutnya peninggalan sejarah pahlawan itu diangkat dan dimajukan, bukan sekadar cerita semata-mata. Banyak lagi bahan sejarah Mat Kilau di Pulau Tawar dan Batu lima yang boleh dijadikan bahan sejarah sebenarnya," katanya yang mahu sejarah dipertahankan agar terus dikenang oleh anak cucu dan generasi akan datang. #sumber

Share:

Seramai 50 Orang Ahli Armada Parti BERSATU Temerloh Keluar Parti, Bertindak Sertai UMNO

 

TEMERLOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Temerloh hari ini menerima tamparan apabila seramai 50 orang yang terdiri daripada ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tampil beramai-ramai untuk menyertai UMNO.

Lebih menarik, mereka yang diketuai oleh bekas Ketua Armada Temerloh, Muhammad Faharuddin Hashim merupakan antara pengasas awal sayap Armada Bersatu yang mengetuai hampir 300 orang ahli di bahagian Temerloh.

Menurut Muhammad Faharuddin, mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan atasan parti tersebut yang didakwa tidak cakna dengan kebajikan ahli Armada di peringkat bawah.

“Sejak saya merintis penubuhan dan dilantik menjadi Ketua Armada Temerloh, pemimpin pihak atasan tidak peduli langsung nasib ahli di sini apatah lagi rakyat sejak parti Bersatu ditubuhkan dan bergerak sehingga ini.

“Ramai anak muda khususnya nasib ahli Armada di sini tidak diendah ketika mereka kehilangan pekerjaan ketika ancaman pandemik Covid-19 serta tanpa diberi peluang atau dibantu kebajikan oleh pemimpin (Bersatu) peringkat atasan sehingga kini,”katanya dalam sidang akhbar di sini malam semalam.

Muhammad Faharuddin mengetuai kumpulan seramai 50 orang bekas ahli Armada Temerloh mengisytiharkan keluar Bersatu untuk menyertai UMNO serta menyerahkan borang pendaftaran keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO Temerloh, Hazril Rizal Yusof.

Menurutnya sejak bergerak dalam Armada, nasib dia bersama ahli bahagian itu tidak dipedulikan pemimpin Bersatu walaupun pernah mengajukan masalah tertentu berkaitan kebajikan ahli ke peringkat atasan parti itu.

Muhammad Faharuddin yang juga Ketua Penerangan Armada Pahang menjelaskan, dia sudah lama berhasrat menyertai UMNO bahagian itu dan bertekad bersama 50 ahli Armada termasuk Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan dua lagi ahli jawatankuasa menyerahkan borang keahlian UMNO.

“UMNO mempunyai ‘track record’ yang sempurna dari segi perjuangan sejak awal ditubuhkan khususnya membela kebajikan rakyat, manakala pemimpin UMNO dan Barisan Nasional peringkat negeri dan negara juga cukup cakna dengan kebajikan rakyat semua peringkat.

“Saya bersama rakan bekas Armada rela hati menyertai UMNO tanpa menuntut apa-apa syarat hanya semata-mata untuk bersama (UMNO) bagi mendokong perjuangan pemimpin hari ini untuk kepentingan rakyat dan negara pada masa akan datang,”ujarnya. #sumber

Share:

Christopehe Gamel Kekal Tenang Jawatan Jadi Pertaruhan Jika Tewas Kepada Terengganu FC

 

KUANTAN - Christophe Gamel bersedia dengan sebarang kemungkinan mengenai statusnya selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC sekiranya skuad itu tewas kepada Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Ahad ini.

Jurulatih berasal dari Perancis itu berkata, ketika ini, beliau kekal fokus mengendalikan skuad Tok Gajah dalam usaha mencatat keputusan positif.

"Saya akan melakukan yang terbaik buat Sri Pahang dan bersedia menerima keputusan kelab.

"Apa yang harus saya lakukan ialah untuk memastikan Sri Pahang berada pada tahap terbaik berdepan TFC di tempat lawan.

"Ini kerana sebarang keputusan yang diambil adalah demi kebaikan Sri Pahang," kata jurulatih berusia 50 tahun itu.

Gamel diminta mengulas kedudukannya selaku ketua jurulatih bakal tergugat jika Sri Pahang tewas kepada TFC, Ahad ini.

Semalam, sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa jurulatih import itu tiada pilihan lain kecuali menang ke atas TFC.

"Pengurusan sudah melakukan segalanya termasuk menyenaraikan empat pemain baharu, termasuk tiga import dalam memperkasakan skuad itu.

"Mungkin sejarah musim lalu akan berulang tetapi kini terpulang kepada persediaan Gamel untuk memastikan Sri Pahang menang dan kedudukannya dalam pasukan selamat," kata sumber itu.

Tindakan itu susulan prestasi hambar dan dua kekalahan berturut-turut yang dialami Sri Pahang yang menyebabkan skuad itu kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super.

Selepas mengharungi 10 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ke-11 liga dengan hanya mengutip lapan mata.

Dua kekalahan berturut-turut yang dialami ketika tewas 1-2 kepada Sabah FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) 0-3 meletakkan Sri Pahang dalam kedudukan bahaya iaitu tersingkir ke Liga Perdana. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.