script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Baru 'Seminggu' Berkahwin, Suami Maut Selepas Terjatuh Langgar 'Lubang' Jalan !

 


TEMERLOH - Usia perkahwinan baru seminggu dengan inai masih merah di jari, namun Azimah Zahari, 31, kehilangan suaminya selepas terbabit kemalangan di Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Lubuk Kawah di sini, semalam.

Dalam kemalangan itu, suaminya Hairul Hafizi Mursid, 34, meninggal dunia selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya akibat terlanggar lubang pada kira-kira jam 10 malam.

Mangsa yang juga penolong penyelia pasar raya, di sini, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh kira-kira 10 minit selepas dimasukkan ke hospital.

Kejadian yang menimpa mangsa itu tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang sedih dengan tragedi berkenaan.

Azimah berkata, mereka melangsungkan perkahwinan pada 4 Februari lalu.

"Kemalangan itu berlaku ketika saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah di FELDA Jengka 17 selepas tamat waktu bekerja.

"Selalunya kami pulang bersama, tetapi semalam, suami menunggang sendirian kerana mahu memperbaiki motosikalnya, manakala saya yang memandu kereta mengikutinya dari belakang," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kemalangan berlaku di laluan berselekoh dan berbukit dengan jarak kereta dipandunya dengan motosikal dinaiki suaminya agak jauh.

"Saya melepasi tempat suami terjatuh, tetapi berpusing semula selepas saya kenal dengan warna motosikal itu," katanya.

Azimah berkata, suaminya yang terjatuh kerana terlanggar lubang ketika itu mengerang kesakitan sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans dan disahkan meninggal dunia 10 minit selepas itu.

Susulan itu, beliau menggesa pihak berwajib menyelenggara jalan rosak dengan segera bagi mengelak kejadian sama menimpa orang lain.

"Jalan berlubang itu memang menjadi laluan kami setiap hari. Sebelum ini, memang ada kemalangan berlaku yang menyebabkan mangsa parah akibat patah tangan dan kaki," katanya.

Sementara itu, tinjauan dilakukan di lokasi kejadian hari ini mendapati laluan berlubang itu sudah diturap. #sumber

Share:

Banjir Lumpur Di Bukit Tinggi, Janda Baik

 

BENTONG - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan ADUN Ketari Thomas Su bergegas ke kawasan mereka hari ini berikutan laporan banjir di Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Dalam catatan Facebook hari ini, Syefura berkata polis Bukit Tinggi telah memaklumkan bahawa air semakin surut tetapi penduduk masih dinasihatkan agar berhati-hati.

(https://fb.watch/iELS-c8UHn/) 

“Untuk makluman awal berlaku banjir lumpur dan jalan terputus hubungan di FT68 Sec 43.4, laluan lama bentong KL, selepas laluan naik ke Janda Baik.

"Laluan akan ditutup untuk semua kenderaan," katanya.

Ketika laporan ini ditulis, Syefura dan Su sedang memantau keadaan di lapangan, berdasarkan strim langsung di Facebook mereka. #sumber

Share:

Pemimpin PN Maran Persoal Projek PAKR Masih Lagi Belum Disiapkan Sejak 1999 !


MARAN - Usaha Kerajaan Pahang menyediakan lebih banyak kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat negeri ini harus diberi pujian.

Namun, ada antara projek untuk rakyat dibiarkan terbengkalai terlalu lama hingga menimbulkan persoalan mengenai status projek berkenaan.

Antara dikenal pasti ‘bermasalah’ ialah projek perumahan awam kos rendah (PAKR) Taman Jaya Diri, Chenor di sini.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak, tempoh lebih 20 tahun bagi menyiapkan sesuatu projek perumahan untuk rakyat adalah terlalu lama dan mencurigakan.

“Projek PAKR Chenor (Taman Jaya Diri) mula terbengkalai pada tahun 2012 dan sampai sekarang, kita belum nampak sebarang usaha dilakukan kerajaan Pahang bagi menyiapkan projek ini.

“Saya difahamkan pemaju asal projek ini juga sudah bertukar dan diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PNKP) untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Terdapat 186 unit untuk kawasan PAKR Chenor dan semuanya dalam keadaan menyedihkan, terbiar dan dikelilingi semak,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Mujibur memaklumkan semua Adun daripada Perikatan Nasional (PN) sudah melawat dan melihat sendiri keadaan sebenar di tapak projek itu pada Rabu lalu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Dato' Sri Johari Harun dalam kenyataan Facebook berkata, projek PAKR Chenor sudah diserahkan kepada PKNP untuk disiapkan dan kerja awalan sudah dimulakan pada Disember lalu.

“Saya sendiri mengadakan perjumpaan dengan wakil PKNP bagi membincangkan perkara itu pada 26 Januari lalu dan mereka memaklumkan kontraktor yang dilantik sudah memulakan kerja pembersihan tapak hujung tahun lalu.

“Proses kelulusan ‘Kebenaran Merancang’ dijangka selesai selewat-lewatnya April ini sebelum kerja membabitkan struktur bangunan boleh dimulakan pada bulan Jun 2023,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Kuala Sentul, Dato' Jasri Jamaludin ketika dihubungi memberitahu jawapan Johari berkaitan projek PAKR Chenor kurang tepat.

“Jika benar kerja pembersihan tapak sudah dilakukan, kami tidak nampak sebarang kesan (kerja pembersihan) ketika membuat tinjauan di situ pada Rabu lalu.

“Sebahagian unit rumah di situ juga mengalami kerosakan struktur, retak dan perlu dibina semula bagi mengelakkan risiko kepada pemiliknya nanti,” katanya.

Jasri bagaimanapun merakamkan ucapan terima kasih kepada Johari kerana proaktif memberikan jawapan sebaik sahaja isu itu dibangkitkan.

Katanya, semua Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Perikatan Nasional Pahang akan terus memantau perkembangan projek berkenaan bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus. #sumber

Share:

Banjir Di Pahang 'Beransur Pulih', Jumlah Mangsa Menurun Hanya 33 Orang Di PPS

 

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang terus menunjukkan penurunan kepada 33 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah sehingga jam 12 tengah hari pada Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, angka itu menurun berbanding 41 orang daripada 13 keluarga yang dicatatkan jam 8 pagi tadi melibatkan daerah Maran dan Raub.

"Di Raub, PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai menempatkan 21 mangsa daripada lapan keluarga.

"Sementara di Maran terdapat 12 mangsa daripada tiga keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian," kata kenyataan itu.
Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin masih merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.

Selain itu, tiga sungai merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran; Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan. #sumber

Share:

Pemilik Kenderaan Boleh "Tanggal" Cukai Jalan Di Cermin Kenderaan Mulai Hari Ini

 

PUTRAJAYA - Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Katanya, warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman.

Ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan, tambahnya.

Beliau berkata, selaras pengumuman pagi ini, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan bagi kategori pemilik bawah fasa pertama itu.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal (warganegara), mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum kiasan pelaksanaannya ke fasa seterusnya," katanya pada sidang media hari ini.

Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini, kata Menteri Pengangkutan,.

Loke pada 3 Januari lalu dalam kenyataan di Facebook mengenai pelekat cukai jalan yang dikatakan sering tertanggal menyatakan akan mengambil tindakan berhubung perkara itu.

"Saya tahu ramai orang mengadu mengenai pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti dan perkara itu memang dalam perhatian kami serta satu perubahan besar akan dilaksanakan dalam tahun ini," kata Loke dalam kenyataan itu.

Loke dilaporkan berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberi fokus kepada pendigitalan sistem bagi menyelesaikan isu orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lama di kaunter ketika berurusan.

"Antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu, selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya," katanya.

Beliau berkata, antara agenda utama kementerian adalah mempermudahkan urusan rakyat.

"Saya tidak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat JPJ dan menyusahkan mereka," katanya.

Sejak tahun lalu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana didakwa tidak berkualiti kerana cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan. Ia juga menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Isu beratur panjang di pejabat JPJ juga tidak berkesudahan sejak sekian lama meskipun era digitalisasi pejabat kerajaan sudah lama berlangsung dan menyebabkan kewujudan 'ejen-ejen' yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan sistem terbabit.

Anthony Loke bercakap ketika sidang media berkenaan pengumuman Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kementerian Pengangkutan hari ini.

Dalam pada itu, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan dijangka menjimatkan kira-kira RM96 juta setahun dengan pendigitalan LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian. Penjimatan itu akan digunakan untuk proses pendigitalan dalam JPJ.

Penjimatan itu boleh dibuat melalui pelekat yang dicetak dan lesen yang dikurangkan.

"Penjimatan itu akan digunakan secara dalaman iaitu dengan menaiktaraf aplikasi dan pendigitalan.

"Kita mendapat sokongan penuh dari Kementerian Kewangan sebab tidak perlu peruntukan tambahan," katanya.

Orang ramai juga katanya, boleh menjimatkan masa yang perlu diluangkan untuk memperbaharui lesen masing-masing atau membayar caj kepada pihak ketiga bagi penghantaran pelekat secara fizikal. #sumber

Share:

Penolong Pegawai Perubatan Di Temerloh Direman Kes Rasuah Pengurusan Jenazah

 

TEMERLOH – Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital dekat sini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan berjumlah RM17,859 berkaitan pengurusan jenazah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh pada Rabu.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan SPRM cawangan Temerloh semalam dalam siasatan rasuah bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah yang berlaku di hospital berkenaan antara tahun 2021 hingga 2022.

Suspek yang bertugas di Unit Perubatan Forensik dipercayai menerima wang suapan terbabit daripada ejen-ejen pengurusan sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. #sumber

Share:

Shahaniza Shamsuddin, 'Calon MKT' Yang Wajar Di Angkat Demi Masa Depan Parti !

KUANTAN - Keputusan Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti kali ini dilihat langkah awal kebangkitan semula beliau pasca Pilihan Raya Umum Ke-15.

Umum mengetahui beliau telah tewas kepada mantan Ketua UMNO bahagian itu, pada PRU lalu. Malah ramai melihat riwayat politik beliau pasti akan suram dan merudum selepas tiada jawatan dalam Kerajaan Pahang.  Sebelum ini Shahaniza adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sejak zaman Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob lagi.

Namun, ternyata andaian itu silap bila beliau terus 'move on' dengan penampilan yang lebih 'menarik' di media sosial. Malah kelibatnya seolah-olah 'tiada apa-apa' yang berlaku. Kekalahan PRU-15 dilihat langkah gemilang untuk beliau terus mengorak langkah setapak lagi dengan menawarkan diri bertanding jawatan MKT parti. 

Pada zaman Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menjadi Menteri Besar, ketika Pahang menjadi negeri pembangkang selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang diperingkat pusat kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14, Shahaniza dilihat antara exco kanan yang banyak membantu pentabbiran Wan Rosdy. 

Peranan beliau nyata amat berkesan dalam mempertahankan kerajaan negeri. Tambahan pula beliau juga adalah salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang ketika itu. 

Ternyata kekalahan beliau pada PRU-15 bukanlah pengakhiran perjuangannya. Biar pun bukan lagi wakil rakyat, beliau tetap aktif membela dan menjaga kebajikan rakyat dikawasannya. 

Shahaniza juga antara tokoh wanita dalam UMNO Pahang yang dilihat paling menonjol selepas Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Maznah Mazlan dan Dato' Rosni Zahari sebelum ini. Hanya Rosni yang masih kekal dalam kepimpinan wanita UMNO hingga ke hari ini.

Pada usia muda sebegini, karier politik Shahaniza tidak boleh dibiarkan begitu saja. Perjalanan politik beliau bermula sebagai Ketua Puteri UMNO Pahang pada 2001 hingga 2004).

Beliau menjadi penaja pergerakan itu selepas dicadangkan oleh Dato' Sri Maznah Mazlan yang merupaka Ketua Wanita UMNO Pahang ketika itu.

Keputusan itu juga disokong oleh mantan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak. 

Pada 2004 hingga 2008 Shahaniza kemudian dilantik menjadi Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia. 

Beliau pernah bertanding sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia pada 2009, namun tewas hanya majoriti enam undi kepada Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Pada 2008 beliau mula menjadi calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Kuala Sentul, Parlimen Maran dan menjadi Exco Kerajaan Pahang selama tiga penggal.

Beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Maran pada 2018, sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian ketika zaman Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar. Walau pun beliau tidak menjadi Ketua Puteri Negeri, namun dipilih sebagai ahli jawatankuasa perhubungan UMNO negeri (tambahan) ketika itu. Pada 2010, beliau sebagai exco ketika itu membantu Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin menubuhkan Pahangku Media pada 2010.

Kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran kali ini sedikit panas kerana mungkin akan dicabar. Tetapi apa yang nyata, beliau ada kelebihan, kerana lebih dekat dihati rakyat dan ahli akar umbi parti. Ditambah lagi dengan ketiadaan Dato' Sri Hj Ismail Muttalib yang telah pun dipecat daripada UMNO. 

Maka, peluang cerah dan lebih terbuka untuk Shahaniza mempertahankan jawatannya di peringkat bahagian. Justeru, sokongan padu perwakilan parti di seluruh negara mungkin akan membolehkan beliau turut menang untuk jawatan MKT.

Tambahan pula, antara calon lain dari Pahang yang dijangka bertanding ialah Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin (Temerloh), Dato' Sri Ismail Mohamed (Kuala Krau) dan Datuk Abd Rahman Mohamad (Lipis). Malah ada ura-ura beberapa nama pemimpin lain turut akan menawarkan diri dalam masa terdekat ini. 

Sementara itu seorang lagi calon yang telah pun mengumumkan hasrat untuk bertanding kerusi MKT ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim.

Jika dilihat kepada senarai nama calon MKT daripada Pahang, sememangnya Shahaniza mempunyai potensi besar untuk berada dalam senarai 25 orang MKT yang terpilih. Tambahan pula dia mungkin berada dalam 'team' Dato' Sri Azalina Othman Said, yang dilaporkan turut akan tawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO kali ini. 

Justeru, perwakilan UMNO di seluruh negara digesa memberi kepercayaan dan mengundi beliau pada pemilihan kali ini. Sudah tiba masa MKT dipilih kalangan mereka yang mempunyai agenda perubahan kepada parti dan bukan sekadar mengikut tradisi. 

Moga Shahaniza beroleh kemenangan dan berjaya membawa harapan baharu agar UMNO kembali dekat dihati rakyat terutamanya golongan muda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang pastinya.  #PahangDaily

Share:

Anak JJ 'Gagal' Dapat Kebenaran Rayuan Berhubung Isu Saham Lebih RM1 Bilion !

 

PUTRAJAYA - Anak bekas menteri Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015, gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan mereka berhubung kemasukan saham Rantai Wawasan Sdn Bhd bernilai RM1.044 bilion dalam senarai harta pusaka bapa mereka.

Ikhwan Hafiz Jamaludin, 35, dan Nur Anis Jamaludin, 37, memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepada nenek mereka, Aminah Abdullah, untuk memasukkan tiga juta saham Rantai Wawasan dalam senarai harta pusaka bapa mereka.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak permohonan kebenaran merayu itu berserta kos RM30,000 dalam keputusan 2-1.

Abdul Rahman dan Rhodariah memutuskan keputusan majoriti manakala Nallini sebaliknya.

Dalam keputusan majoriti mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Abdul Rahman berkata kebenaran merayu ditolak kerana dua persoalan undang-undang yang pemohon mahu mahkamah putuskan adalah berkaitan dengan penemuan fakta oleh dua mahkamah sebelum ini.

Beliau berkata permohonan kebenaran mereka gagal memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Nallini dalam penghakimannya yang bertentangan mengatakan kebenaran harus diberikan kerana tiada penemuan fakta serentak oleh mahkamah sebelum ini.

Pada 3 Jan 2019, Aminah, 88, menyaman cucunya, mendakwa saham tiga syarikat iaitu saham Rantai Wawasan, enam juta saham Alpine Motion bernilai RM233 juta dan dua saham Ivory Insights bernilai RM80 juta, perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian harta pusaka anaknya.

Pada 13 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Aminah untuk pengisytiharan bahawa tiga juta saham Rantai Wawasan Sdn Bhd dimasukkan dalam senarai harta pusaka Jamaluddin.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan Aminah untuk pengisytiharan saham dua lagi syarikat.

Mahkamah Rayuan, pada 19 Ogos tahun lalu, menolak rayuan kedua-dua anak Allahyarham itu dan Aminah serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Ikhwan Hafiz dan Nur Anis kemudiannya memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah mengenai saham Rantai Wawasan.

Aminah, bagaimanapun, tidak memfailkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan mahkamah berkaitan saham Alpine Motion dan Ivory Insights.

Peguam Saheran Suhendran, Frank Wong dan Rodney Gan mewakili Ikhwan Hafiz dan Nur Anis manakala peguam Zainur Zakaria, Pawancheek Marican dan Suzilawati Ismail mewakili Aminah.

Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai JJ, merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terbunuh dalam nahas helikopter ketika dalam perjalanan dari Pekan, Pahang, ke ibu negara pada 4 April 2015. #sumber


Share:

Batal Guna Premis Awam, 'ADUN' Dakwa Kerajaan Pahang Ulangi Dendam Politik!

 

MARAN - Kerajaan Pahang  terus bertindak tidak matang dan menunjukkan dendam politik apabila menolak permohonan ADUN pembangkang bagi bagi penggunaan premis awam.

Terbaharu, Majlis Walimah Perdana 5.0 anjuran ADUN Jengka, Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz yang dimohon penggunaan Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak, Jengka pada 18 Februari nanti turut ditolak Majlis Daerah Maran.

Permohonan beliau yang telah diajukan pada 15 Disember tahun lalu itu, menerima surat jawapan bertarikh 31 Januari di mana memaklumkan pihak Majlis Daerah Maran membuat keputusan menolak permohonan tersebut.

Namun, dalam surat ditandatangani Setiausaha Majlis Daerah Maran, Sr Mazaitun Hani Zainon itu tidak menyatakan sebarang sebab munasabah terhadap keputusan menolak permohonan yang diajukan Ustaz Shahril Azman itu.

“Saya berasa amat dukacita dengan apa yang berlaku, kerana pasangan pengantin yang akan melangsungkan Majlis Walimah tersebut telah dinafikan hak mereka untuk menggunakan kemudahan premis awam.

“Saya kecewa dengan Kerajaan Pahang yang telah bertindak tanpa mengambil kira kepentingan awam melebihi dendam politik yang tidak matang.

“Kita membantu pasangan untuk berkahwin dengan perbelanjaan yang minima dan ini kerja kebajikan yang patut disokong, bukannya menyusahkan rakyat,” bidas beliau.

Kerajaan Pahang pasca PRU15 sebelum ini juga telah bertindak membatalkan tempahan Dewan Tun Razak Temerloh bagi majlis Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh anjuran PAS Kawasan Temerloh.

Notis pembatalan saat akhir kurang 24 jam sebelum majlis pada 14 Disember tahun lalu itu telah memaksa PAS Temerloh memindahkan kelangsungan aturcara tersebut ke lokasi lain iaitu ke pekarangan Surau Al-Khairiah, Seberang Temerloh.

Nasib seumpama turut dialami PAS Kawasan Maran apabila dibatalkan tempahan Dewan Jubli Perak dan Dewan Arena Chenor yang bakal diadakan majlis khatan dan tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia.

Majlis sepatutnya berlangsung pada 18 Disember 2022 itu bagaimanapun tetap diteruskan dengan berpindah lokasi ke pekarangan kediaman Ahli Parlimen Maran pada tarikh sama. #sumber

Share:

Enam Maut Nahas Van Persiaran Terbabit "Kemalangan" Di Jalan Genting Highlands

BENTONG - Enam maut dan lapan cedera selepas van persiaran yang dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands - Kuala Lumpur dekat sini, tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan diterima pada jam 1.15 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 individu menaiki van berkenaan terdiri daripada 12 wanita dan dua lelaki.

Van terbabit dipercayai terbabas mengakibatkan enam daripada penumpang maut di lokasi.

"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamatan.

"Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut," katanya.

Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki.

Mereka yang menaiki van dikatakan kumpulan pelancong dari Pulau Pinang dan selesai mengunjungi Genting Highlands.

Lapan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur. #sumber

Share:

Tindakan 'Pantas' Shahaniza, Khairuddin Legakan Mangsa Tragedi Tanah Runtuh !

 

MARAN - "Calon kalah turun padang bantu rakyat, mana pergi calon yang menang PRU-15?", inilah persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai dalam insiden tanah runtuh di Felda Jengka 1 baru-baru ini.

Pada kejadian itu, sebuah rumah peneroka hampir menjadi mangsa tanah runtuh akibat cuaca hujan berterusan yang berlaku.

Felda Jengka 1 terletak dalam kawasan DUN Kuala Sentul dalam Parlimen Maran. Kawasan ini dimenangi oleh calon dari Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum lalu iaitu Dato' Sri Hj Ismail Muttalib (parlimen) dan Dato' Jasri Jamaluddin (DUN).

Namun, penduduk tertanya-tanya di mana kelibat kedua-dua pemimpin terbabit dikala musibah melanda?. Anehnya, ramai pihak yang masih mengharapkan bantuan dan perhatian daripada pihak yang ditolak rakyat pada PRU-15 baru-baru ini.

Apa yang pasti atas daya usaha dan komitmen dua calon BN yang kalah iaitu Dato' Sri Hjh Shahniza Shamsuddin (calon Parlimen Maran) Khairuddin Ali (calon DUN Kuala Sentul), maka mangsa akhirnya mendapat bantuan segera daripada pihak kerajaan. Tindakan pantas kedua-dua pemimpin terbabit melegakan mangsa yang terlibat dalam kejadian ini. 

Difahamkan susulan kejadian tersebut, Khairuddin telah turun padang ke bersama pegawai dari pejabat Daerah Maran, JKR Maran, Felda dan urusetia pengurusan Bencana Daerah turun ke lokasi kejadian tersebut.  Sementara itu menerusi kenyataan di facebook Shahaniza pula, beliau telah memanjang perkara tersebut dengan pantas kepada pihak bertanggungjawab selepas menerima laporan tentang kejadian. 

Menurut kenyataan di facebook Khairuddin, hasil daripada perbincangan yang dilakukan bersama, beberapa cadangan telah dipersetujui iaitu untuk pelan jangka pendek, memohon pihak pengurusan bencana daerah mengeluarkan peruntukan membeli kanvas untuk menutup kawasan terdedah bagi mengurangkan risiko tanah runtuh berulang.

Sementara itu bagi pelan jangka panjang pula, pemohonan peruntukan akan dibuat oleh pihak pengurusan Felda untuk membina gabion dan tembok serta sistem saliran yang sistematik.

Bagi menggelakkan risiko kejadian tidak diingini berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini, tuan rumah pula telah dinasihatkan untuk berpindah buat sementara waktu.

Tindakan pantas Khairuddin dan  Shahaniza menangani isu ini mendapat perhatian daripada penduduk setempat. Ternyata mereka masih mengharapkan kelibat dua pemimpin terbabit dalam menjaga kebajikan mereka, selepas melihat wakil rakyat yang menang tidak punyai kuasa dan suara untuk memperjuangkan nasib mereka akibat tidak selairan dengan kerajaan semasa di negeri dan pusat.

Apa pun, syabas diucapkan kepada Shahaniza dan Khairuddin atas tindakan pantas, cakna dan prihatin nasib rakyat di kawasan mereka, biar pun tewas pada pilihan raya umum lalu. Tradisi membela rakyat diteruskan demi kesejahteraan dan kemakmuran. #PahangDaily

Share:

Timbalan Speaker "DUN Pahang" Sahkan Beliau Di Saman Akibat Kesalahan Trafik

 

KUANTAN - Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen mengesahkan beliau telah disaman atas kesalahan trafik melibatkan gambar kenderaan peribadinya melanggar peraturan lalu lintas, yang tular di media sosial pada Ahad lepas.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut berkata beliau telah memberi keterangan kepada polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam, berhubung kejadian itu.

"Saya telah memberikan kerjasama kepada mereka dan satu saman telah dikeluarkan. Saya akan menjelaskan saman ini seperti mana rakyat Malaysia yang lain dalam masa terdekat," katanya menerusi kenyataan.

Lee juga mengucapkan terima kasih kepada polis kerana telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan ringkas juga memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan saman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. #sumber

Share:

Air Sungai Tembeling Melimpah Masuk Di Kampung Bantal, Ulu Tembeling Jerantut!

 

JERANTUT - Setelah beberapa kawasan penempatan di Kuantan mula dinaiki air hari ini, kini daerah ini pula sudah menunjukkan tanda awal bencana yang sama apabila Kampung Bantal, Ulu Tembeling kira-kira 130 kilometer di sini dilanda banjir.

Siren Jabatan Pengairan Saliran (JPS) di Kampung Bantal sudah pun berbunyi menunjukkan amaran pertama banjir pukul 6.25 petang hari ini, kemudian dituruti siren amaran bahaya pukul 7.03 malam ini.

Penduduk Kampung Bantal, Hamizon Loai, 51, berkata, penduduk sudah pun menjangka air Sungai Tembeling melimpah semula berikutan hujan lebat berlaku sejak tiga hari lalu di kawasan ulu Sungai Tembeling dan Sungai Sepia.

“Empat hari lalu, air Sungai Tembeling sudah melimpah masuk ke kawasan dataran perniagaan, laluan pejalan kaki, kedai kopi dan wakaf menunggu bot penambang pada sebelah malam dan surut semula pada sebelah pagi keesokannya.

“Kini, air Sungai Tembeling mula melimpah semula ke dataran ini pada pukul 7 malam tadi dan ada tanda gelombang kedua banjir berlaku di sini berikutan hujan lebat masih berterusan,” katanya di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini hari ini.

Rakannya, Wan Mohd. Zakuan Wan Norahan, 36, berkata, penduduk di situ tidak panik dengan senario itu dan setelah mendengar siren JPS kebanyakan mereka sudah bersiap sedia berdepan bencana itu.

“Pertembungan aliran Sungai Tembeling dan Sungai Sepia antara punca air naik mendadak dan selalunya kawasan dataran perniagaan, pejalan kaki dan wakaf kerap dilimpahi air.

“Kebanyakan kedai kopi dan rumah di pesisir sungai ini dipasang tong pelampung dan penduduk tidak berasa bimbang dengan keselamatan harta benda, tetapi tetap waspada dengan senario ini,” katanya.

Penduduk Kampung Bantal Seberang, Jasmizan Rashid, 44, pula berkata, sebarang aktiviti sungai seperti menangkap ikan dan pengangkutan bot penambang juga berhenti buat sementara berikutan arus Sungai Tembeling deras.

“Pemilik premis kedai kopi dan runcit sudah pun bersedia menyimpan barang jualan masing-masing sekiranya air sungai semakin naik dan memenuhi kawasan dataran kampung ini,” katanya.

Ujarnya, kenaikan paras air Sungai Tembeling juga memberi kesan, iaitu banjir berlaku di penempatan penduduk pesisir Sungai Tembeling, iaitu Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi, Kuala Tahan dan beberapa tempat lain di kawasan hilir sungai. #sumber

Share:

Banjir Melanda Daerah 'Kuantan', 1,285 Mangsa Kini Di Pindahkan Ke Tujuh PPS

 

KUANTAN - Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini membabitkan jumlah mangsa banjir seramai 1,285 mangsa sehingga pukul 4.00 petang semalam.

Menurut sekretariat Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, hujan lebat berterusan sejak malam tadi dipercayai antara punca beberapa kawasan di sini dinaiki air.

APM dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 102 ketua isi rumah (KIR) yang membabitkan kira-kira 395 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Dato Manan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di sini.

Dalam pada itu, kata kenyataan tersebut, Dewan Wisma Belia Indera Mahkota menempatkan seramai 100 KIR membabitkan 351 mangsa.

“Turut dibuka PPS Dewan Orang Ramai Sri Damai (12 KIR dengan 54 mangsa), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (11 KIR dengan 30 mangsa), Dewan Orang Ramai Sri Mahkota (47 KIR dengan 205 mangsa), Dewan Orang Ramai Taman Tas iaitu 55 KIR dengan 220 mangsa dan PPS Kafa Jaya Gading (lima KIR, 30 mangsa,” kata APM dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, tiga sungai di daerah ini mencatatkan paras bahaya dan amaran iaitu Sungai Lembing dengan ketinggian 35.06 meter, Sungai Kuantan di Bukit Kenau (21.83 meter) serta Sungai Belat di Seri Damai (5.95 meter).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Ayub Ashri memaklumkan, pekan Sungai Lembing mula dinaiki air banjir kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

“Pasukan polis dan APM sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. #sumber

Share:

JPS Keluarkan Amaran Banjir Di Daerah Kuantan, Rompin Jika Hujan Berterusan

 

KUANTAN - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di daerah Kuantan dan Rompin, yang diramal boleh berlaku hari ini jika hujan yang signifikan terus berlaku di Pahang.

Bagi Kuantan, lokasi dijangka banjir melibatkan lembangan Sungai Kuantan iaitu Kampung Batu 6, Kampung Sungai Caru, Kampung Panching, Kampung Pasir Kemudi dan kawasan sekitar.

Di Rompin pula, kawasan diramal banjir ialah Kampung Perwira Jaya, Felda Selancar dan kawasan sekitarnya yang melibatkan lembangan Sungai Rompin.

"Banjir dijangka bermula pada 12.30 tengah hari 6 Feb. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan," menurut JPS menerusi kenyataan hari ini.

JPS menyatakan amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

Orang ramai juga boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut berkaitan banjir.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai di Kuantan telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Lembing, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Belat di Sri Damai.

Laman media sosial Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan pula melaporkan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Simpang Sentoria di Gambang ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air setakat tengah hari ini. #sumber

Share:

Hujan Berterusan Sejak Semalam, Tiada Mangsa Di Pindahkan Di Sungai Lembing

 

KUANTAN - Hujan lebat sejak semalam, menyebabkan berlaku banjir kilat di sekitar Sungai Lembing dekat sini, termasuk beberapa laluan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dipindahkan di kawasan Sungai Lembing setakat jam 9 pagi, hari ini walaupun paras air sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lembing dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri, berkata air mula naik pada 4.30 pagi.

Katanya, keadaan itu menyebabkan paras air sungai mula naik sebelum melimpah ke kawasan rendah.

"Sehubungan itu, penduduk dinasihat supaya bersiap sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Ketika ini pasukan menyelamat termasuk polis marin bersiap siaga di Balai Polis Sungai Lembing bagi menghadapi sebarang operasi pemindahan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam menyebabkan beberapa kawasan rendah terutama di Sungai Lembing dinaiki air.

"Paras air di Sungai Lembing dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau telah mencecah paras bahaya setakat 8 pagi, hari ini.

"Sungai Lembing dan Sungai Kuantan masing-masing mencatatkan 36.47 meter (m) dan 21.59m, iaitu melepasi paras ditetapkan 36m dan 21.50m," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 5.50 pagi ini memaklumkan, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan manakala hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pahang iaitu di daerah Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong. #sumber

Share:

Bas Terbabas Dan Terbalik Di Lurah Bilut, Empat Pelajar MRSM Kuala Lipis Cedera !

 

BENTONG -  Pemandu bas dan empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kemalangan di kilometer 19, Jalan Lurah Bilut dekat sini.

Terdapat 31 mangsa terdiri pemandu, tiga guru dan 27 pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam semalam dan pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong seramai sembilan orang bergegas ke loksai kejadian bersama jentera RT dan EMRS.

Katanya, kemalangan itu membabitkan bas persiaran jenis Hino yang terbabas kerana melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan anggota Bomba bertindak dengan membuat pemantauan di sekitar lokasi kejadian.

"Terdapat 31 orang mangsa di dalam bas tersebut yang terdiri daripada pemandu, dua guru lelaki, (1) guru perempuan dan 15 pelajar lelaki serta 12 pelajar perempuan.

"Pemandu bas, seorang pelajar perempuan serta tiga pelajar lelaki mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh Pasukan Bomba Unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Bentong dengan menaiki ambulans pihak KKM.

Katanya, manakala mangsa yang terselamat dan tidak cedera dihantar ke MRSM Kuala Lipis dengan menggunakan bas yang lain. #sumber

Share:

Tujuh Penumpang Berdepan Detik Cemas Bas Di Naiki Terbabas, Terbalik Di Maran!

 

MARAN - Tujuh penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di jalan besar Jengka 2 menghala ke Bandar Pusat Jengka pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, kemalangan melibatkan bas dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman memberitahu, pemandu bas berusia 57 tahun mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pemandu bas terbabit dari arah Maran menghala bandar Jengka dengan membawa tujuh orang penumpang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu bas cuba memotong kereta yang berada di hadapan bas terbabit.

"Pada masa yang sama sebuah lori keluar dari jalan ladang di sebelah kanan jalan untuk masuk ke laluan utama jalan.

"Pemandu bas terkejut dan cuba masuk semula ke laluannya namun gagal lalu bergesel sisi kanan kereta dan kemudiannya terbabas dan terbalik di kanan jalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, akibat kemalangan tersebut, pemandu bas dan tujuh penumpang mengalami kecederaan.

"Mereka semua dibawa ke Hospital Jengka bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta berusia 38 tahun selamat.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku atas kecuaian pemandu bas gagal memotong kereta itu lalu bergesel dan terbalik ke sebelah kanan jalan," ujar beliau.

Dalam pada itu, Norzamri memberitahu, kenderaan terlibat akan menjalani pemeriksaan Puspakom selain mengesan saksi-saksi bebas untuk membantu siasatan.

Ujar beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber

Share:

Dakwaan "Sokongan" Terhadap Shahrizat Sekadar Akan Pecah Belah Wanita UMNO

 

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya seramai 147 Ketua Wanita UMNO bahagian seluruh negara, menyokong supaya bekas ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, kembali menerajui sayap itu, didakwa tidak benar sama sekali.

Pengarah Komunikasi Wanita Barisan Nasional (BN) dan EXCO Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari, menjelaskan dakwaan sokongan itu sebaliknya mencetuskan kegusaran terhadap keharmonian, kedamaian serta setia kawan dalam sayap parti itu.

"Saya terbaca kenyataan akhbar bertarikh 3 Februari yang dibuat Ketua Wanita Kota Melaka bahawa ada 147 bahagian wanita menyokong Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO. Selaku orang lama dalam EXCO Wanita, saya sudah buat penyiasatan dan kajian terhadap kenyataan itu yang ternyata tidak benar sama sekali.

"Rata-rata mereka menyatakan kegusaran mereka mengenai keharmonian, kedamaian dan setia kawan dalam parti terutama dalam keadaan UMNO tengah nazak.

"Wanita mahukan kestabilan dalam membina kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada asas perjuangan UMNO. Rakyat sudah muak melihat perebutan yang tak sudah. Tidakkah kita semua terfikir apa yang difikirkan oleh rakyat di luar sana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosni yang berpengalaman berada di bawah kepemimpinan empat peneraju sayap itu sebelum ini, mengakui setiap daripada mereka mempunyai corak kepemimpinan yang tersendiri dan berbeza.

"Apa yang pasti dan nyata, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, diangkat menjadi Ketua Wanita di saat UMNO sangat lemah, tiada kuasa dan tiada wang ringgit apatah lagi harta, tidak sama dengan kepimpinan terdahulu yang semuanya ada.

"Jadi tidak adil kepada Noraini jika ada sesiapa mahu samakan beliau dengan kepimpinan terdahulu. Dalam pada sukar pun, Noraini cuba buat yang terbaik dalam mengarusperdanakan wanita semampu mungkin.

"Ramai Ketua Wanita UMNO bahagian yang berkelayakan berjaya diangkat dan diletak dalam Ahli Lembaga Pengarah (ALP) universiti," katanya.

Beliau mengingatkan sayap UMNO itu untuk mengelak dengan naratif lama dengan mengulangi kesilapan lalu.

"Jangan ulangi kesilapan lalu di mana anak-anak muda melaungkan rindu zaman Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad), sudah menang pilihan raya, jadi kerajaan 22 bulan ternyata hancur berkecai negara.

"Begitu juga kita dalam wanita, berfikirlah secara waras. Jangan ikut hasutan dan adu domba mereka yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi. Kelak nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran," katanya.

Katanya, wanita UMNO harus istiqamah, muhasabah diri dan merenung jauh dengan melihat ke mana wanita UMNO mahu dibawa, sama ada bergerak ke hadapan atau mengundur ke belakang.

Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian menggesa Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan bulan depan. #sumber

Share:

Pekebun 'Musang King' Tanpa Geran Raub Tolak 'Terma Berat Sebelah' RPDR-PKPP !

 

RAUB - Lebih 500 pekebun Musang King tanpa geran di Sungai Ruan di sini sebulat suara menolak kandungan kertas terma terbaharu bertarikh 30 Disember tahun lalu yang ditawarkan oleh pihak Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn. Bhd. (RPDR-PKPP) kepada mereka kerana didakwa mengandungi syarat-syarat yang bersifat eksploitasi.

Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang berkata, walaupun pihak RPDR-PKPP mendakwa bahawa terma-terma itu sudah diperbaiki tetapi cadangannya masih bersifat berat sebelah seperti menetapkan harga tetap yang jauh murah daripada pasaran, memaksa pekebun menjual semua durian kepada kilang syarikat terbabit yang belum dibina.

Bagaimanapun, katanya, pekebun-pekebun bersetuju untuk menubuhkan panel rundingan bagi memulakan perbincangan dengan kerajaan negeri mahupun syarikat RPDR-PKPP supaya menyelesaikan kemelut Musang King.

“Lanjutan itu, mereka mencapai resolusi bahawa rundingan tersebut perlu berdasarkan prinsip rakan setara, ini bermakna segala syarat kontrak dan penandatanganan kontrak harus berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

“Tambahan pula, perdagangan bebas perlu dijamin bagi suasana persaingan yang sihat. Aktiviti penjualan durian kepada pihak syarikat haruslah bebas daripada unsur paksaan.

“Pekebun-pekebun juga sudi membayar kadar cukai tanah yang 20 kali lebih daripada kadar cukai yang ditetapkan dalam Warta Negeri Pahang 2019. Mereka juga sedia untuk membayar kos tahunan pemeliharaan alam sekitar untuk mewujudkan industri durian dan persekitaran yang lestari,” katanya selepas perhimpunan pekebun-pekebun tanpa geran di Sungai Ruan di sini semalam.

Chang berkata, perhimpunan itu juga mencapai resolusi untuk meneruskan semakan kehakiman atas alasan bahawa syarat-syarat baharu yang ditawarkan RPDP-PKPP masih tidak dapat menjamin kepentingan pekebun-pekebun Musang King.

Beliau dalam pada itu berkata, Samka juga berasa kesal kerana wakil RPDR-PKPP menolak menghadiri perhimpunan tersebut melalui surat rasmi daripada firma peguam.

“Syarikat RPDR-PKPP tidak pernah menganjurkan sesi townhall dengan pihak pekebun, malah enggan merebut peluang ini untuk berdialog.

“Ia adalah jelas bahawa syarikat swasta tersebut langsung tidak berniat untuk mencapai solusi menang-menang dengan pekebun-pekebun tetapi hanya berfokus kepada keuntungannya sahaja,” katanya.

Pada 27 Januari lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataannya menasihatkan pekebun durian Musang King di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan supaya menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut.

Wan Rosdy dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah tanah kerajaan negeri yang merupakan hak milik yang tidak boleh disangkal walaupun dalam konteks ekuiti.

Sebelum ini, pada 3 Julai 2021 kawasan penanaman durian Musang King di Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar melibatkan kira-kira 15,000 pokok telah ditebang kerana ditanam di kawasan hutan simpan kekal. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Tunduk Desakan Penceroboh Tanah Haram 'Musang King'?

  

KUANTAN - PAS Negeri Pahang melihat adanya ‘lakonan politik’ dalam perkembangan terkini isu ladang 'Musang King' yang melibatkan pencerobohan tanah kerajaan dan penerokaan secara haram.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar pada satu kenyataa  yang disiarkan oleh portal Harakahdaily pada Rabu berkata Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sepatutnya tidak perlu sama sekali untuk ‘menasihati’ para pekebun terbabit berhubung semakan kehakiman dibuat mereka.

"Ianya bukan sahaja dilihat seolah-olah politik cuba campur tangan terhadap keputusan mahkamah, bahkan seperti pihak berkuasa negeri sedang ‘berunding’ dengan pelaku kesalahan. Adakah ianya juga satu ‘inisiatif politik’ untuk meraih sesuatu faedah dan/atau memberikan suatu tawaran? Ia kerana kedua pihak sudah bersama dalam Kerajaan Perpaduan?

"Sepatutnya hal tersebut diserahkan kepada pihak mahkamah kerana rayuan dibuat pekebun itu adalah ke atas semakan kehakiman sebelumnya. Sedangkan isu ini kepada pihak Kerajaan Negeri sudahpun dimuktamadkan di mana notis arahan pengosongan tanah adalah sah. Manakala para pekebun telah disahkan selaku penceroboh dan tidak mempunyai locus standi," katanya.

Sementara itu ADUN Tanjung Lumour itu turut timbulkan persoalan, adakah jika penghuni yang rumahnya dirompak dan pesalah ditahan polis, kemudian diminta berunding setelah mendapati penceroboh adalah rakan pemilik kediaman tersebut?

Isu ini dakwa beliau ialah perlakuan kesalahan dan telahpun disahkan pihak berautoriti, bukannya soal hubungan antara dua pihak. Jangan kerana BN-PH sudah bersekutu, kesalahan itu mahu dilupuskan.

Tambah beliau lagi, andainya Wan Rosdy menanggani hal ini dalam konteks hubungan, apakah beliau merasa ralat atau terlanjur atas tindakan Kerajaan Negeri Pahang terhadap pekebun terbabit? Apakah sebagai Menteri Besar, beliau merasa ragu-ragu terhadap tindakan yang telah diambil mengikut undang-undang termaktub?

"Sekiranya begitu, adakah bererti tindakan penguatkuasaan yang dibuat hanyalah gimik politik yang mungkin mahu meraih sokongan atas isu dibangkitkan awam ketika itu? Ketika sama pula sebagai ‘menghukum’ atau tindak balas kepada pihak yang tidak sealiran? Tetapi kini, oleh kerana ‘perpaduan’ yang dimeterai, maka kompromi antara kedua pihak pun diadakan?," tambah beliau lagi.

Tambahnya lagi jika demikian, ia adalah satu tindakan yang seperti cuba mencabar, merungkai, mencabul dan meminda perundangan serta keputusan mahkamah dengan menggunakan kuasa politik. Bahkan ianya juga adalah satu kecurangan dan pengkhianatan terhadap kedaulatan serta hak negeri termasuk rakyat Pahang berkaitan penggunaan dan pemilikan tanah.

"Sejak tahun 1960-an lagi generasi pekebun terbabit menceroboh tanah dan meneroka kebun termasuk menggunakan sumber air sungai secara haram. Iaitu bererti Kerajaan Negeri Pahang kerugian pendapatan premium atau hasil tanah yang sepatutnya dibayar. Setelah kesalahan disahkan, tiba-tiba hari ini mahu menghamparkan permaidani merah buat mereka?.

"Dengan itu juga, ia menimbulkan kecurigaan dan sangsi bahawa pencerobohan yang berusia hampir 60 tahun tersebut selama ini mungkin sengaja dibiarkan sungguhpun telah ada banyak bantahan dan aduan ke atasnya. Kerana itu jugalah mungkin menyebabkan begitu banyak isu-isu pencerobohan tanah berlaku di negeri ini dan membuatkan penguatkuasa tersepit.

"Adakah kerana hubungan politik yang telah terjalin, maka mungkin nantinya para penceroboh ini akan dibersihkan dengan pemberian geran? Sedangkan di seluruh Negeri Pahang ini masih banyak tanah rancangan khususnya FELDA yang telah diteroka beberapa generasi, namun masih juga tidak menerima geran pemilikan. Malang sungguh kerana layanan ‘dwi-standard’ ini," dakwa beliau lagi.

Beliau turut musykil, katanya jika begitulah lemahnya pegangan dari kongsi kuasa politik yang mengikat, pasti akan lebih banyak desakan atau tuntutan dipenuhi kerana terpaksa tunduk kepada mereka. PAS Pahang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneliti perkembangan ini yang mungkin terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa oleh pihak terbabit.

"Sikap tidak bertanggungjawab dan berintegriti selain cuba mengaut laba kepentingan dari hubungan atau kedudukan politik seperti ini tidak harus berlaku jika mahu mewujudkan Malaysia Madani yang sebenar. Jika tidak reformasi menuntut kronisme dan nepotisme dihapuskan yang dilaungkan tidak lebih hanya slogan dan retorik indah politik semata-mata," tambahnya. #sumber

Share:

MUIP Agih Zakat Sebanyak RM30.8 Juta Terhadap Sektor Pendidikan Tahun Lalu !

 

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan zakat sebanyak RM30.8 juta kepada sektor pendidikan yang merupakan asnaf fisabilillah membabitkan beberapa skim bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain, berkata bantuan tertinggi sebanyak RM13.6 juta bagi skim bantuan dermasiswa diberikan kepada seramai 21,246 penerima.

Menurutnya, ia diikuti bantuan awal melanjutkan pengajian kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebanyak RM8.2 juta kepada 8,188 pelajar termasuk selenggara dan menaik taraf sekolah dan asrama sebanyak RM2.8 juta.

"Sebanyak RM2.3 juta digunakan untuk selenggara dan naik taraf surau termasuk menganjurkan program keagamaan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

"Skim lain seperti elaun guru al-Quran, skim bantuan tambang penerbangan pelajar ke luar negara, skim biasiswa dan lain-lain sebanyak RM1.4 juta. Sumbangan am kepada Maahad Tahfiz dan pondok sebanyak RM950,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Agihan Zakat Kepada Institusi Pendidikan Pahang yang disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan sebanyak 45 institusi di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM3.7 juta.

Ahmad Hairi berkata, bantuan diberikan kepada 18 sekolah menengah agama negeri, 23 sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, masing-masing satu IPT, jabatan kerajaan dan persatuan guru.

Tambahnya, bantuan diberikan itu bagi kegunaan untuk menaik taraf surau, menyediakan pelbagai kemudahan asas, membaiki kerosakan bangunan asrama, menyediakan komputer dan menganjurkan program keagamaan.

Katanya, bantuan yang disediakan itu dapat memberi lebih keselesaan kepada pelajar dan guru, selain dapat mencetuskan kejayaan dalam bidang akademik.

"Lebih ramai membayar zakat dengan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, lebih banyak bantuan dapat diberikan kepada golongan asnaf di negeri ini.

"Pelbagai usaha dilakukan MUIP dan PKZ Pahang dalam menarik lebih ramai lagi membayar zakat dan boleh dilakukan secara tunai dan dalam talian," katanya. #sumber

Share:

Larangan Lori Gunakan Jalan Di Cameron Highlands Boleh Jejaskan Bekalan Sayur !

 

KUANTAN - Seorang wakil rakyat DAP memberi amaran larangan kenderaan komersial menggunakan jalan persekutuan di Cameron Highlands pada hujung minggu boleh menjejaskan bekalan sayur-sayuran di seluruh negara.

ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang berkata, petani perlu menuai dan menghantar sayur-sayuran ke pasaran di seluruh Malaysia dalam masa paling singkat.

Ini kerana, katanya, sayur-sayuran mudah rosak.

“Gangguan ini (terhadap penghantaran sayur-sayuran) akhirnya akan membebankan pengguna dan menjejaskan usaha kerajaan untuk meningkatkan sekuriti makanan negara.

“Oleh itu, saya menggesa Kementerian Kerja raya tidak melaksanakan larangan ini tergesa-gesa dan meminta pandangan semua pihak bagi memastikan bekalan makanan berterusan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian Kerja Raya sebelum ini mengumumkan kenderaan komersial dilarang menggunakan sebahagian jalan persekutuan di Cameron Highlands mulai 10 pagi hingga 3 petang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah bermula 7 Feb ini.

Ho berkata, belum ada perbincangan atau penjelasan sebelum warta berhubung larangan itu dikeluarkan. Katanya, ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan petani dan pengangkut.

Kenyataannya menyusul dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa harga beberapa jenis sayur meningkat lebih 160% bulan lalu.

CAP berkata, peruncit, pengedar dan pemborong memberi amaran harga sayur-sayuran lain mungkin naik dalam beberapa minggu ini. #sumber

Share:

Pekebun Musang King Teruskan Semakan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kuantan!

 

RAUB - Kumpulan pekebun yang mengusahakan durian musang king di di sini sepakat untuk meneruskan semakan kehakiman mereka di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang melalui satu kenyataan media semalam. 

SAMKA ialah organisasi ditubuhkan pekebun durian musang king bagi memprotes skim diperkenalkan syarikat Royal Pahang Durian dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (RPDR-PKPP).

Tindakan kumpulan itu meneruskan semakan kehakiman dilihat sebagai mencabar saranan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, pada 27 Jan lalu yang meminta pekebun berkenaan mempertimbangkan semula hasrat mereka.

Chang melalui kenyataan media itu mendakwa pendirian kumpulan terbabit dibuat hasil pertemuan dihadiri kira-kira 500 pekebun tanpa geran di Kuil Guan Yin, Sungai Ruan dekat sini pada jam 2.30 petang tadi.

"Perhimpunan ini memfokuskan perbincangan mengenai kandungan kertas terma terbaru ditawarkan RPDR-PKPP pada 30 Dis 2022.

"Samka berasa amat kesal kerana wakil RPDR-PKPP - melalui surat rasmi firma guaman - menolak untuk hadir dalam perhimpunan ini.

"Mereka (RPDR-PKPP) juga tidak pernah menganjurkan town hall (dialog awam) dengan pekebun dan ini menunjukkan mereka seolah-olah tidak berminat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya.

Chang turut memaklumkan kertas terma dicadangkan RPDR-PKPP ditolak sebulat suara oleh semua pekebun tanpa geran yang menghadiri perhimpunan petang tadi.

Usah buka ruang rundingan

Katanya, semua pekebun mendakwa syarat ditetapkan melalui kertas terma itu bersifat "eksploitasi" dan berat sebelah.

"Walaupun RPDR-PKPP mendakwa terma tersebut ditambah baik, tetapi cadangannya masih mengandungi terma bersifat berat sebelah seperti menetapkan harga tetap jauh lebih murah daripada pasaran selain memaksa pekebun menjual semua durian kepada kilang RPDP-PKPP yang belum dibina.

"Bagaimanapun, pekebun bersetuju menubuhkan panel rundingan untuk memulakan perbincangan dengan kerajaan Pahang mahupun syarikat RPDR-PKPP supaya menyelesaikan kemelut dihadapi," katanya lagi.

Chang berkata, kumpulan pekebun itu juga bersetuju rundingan perlu dijalankan berdasarkan prinsip rakan setara dan segala syarat kontrak dan proses menandatangani kontrak perlu dibuat berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

Katanya, pekebun juga sedia membayar kadar cukai tanah 20 kali ganda lebih tinggi daripada kadar ditetapkan kerajaan Pahang pada 2019.

"Mereka (pekebun) juga menawarkan untuk membayar kos tahunan bagi tujuan pemeliharaan alam sekitar untuk mewujudkan industri durian lestari," katanya.

Semalam, Perikatan Nasional (PN) Pahang dalam sidang media di Kuantan meminta kerajaan negeri tidak membuka ruang untuk berunding dengan peneroka tanah haram, termasuk pekebun durian musang king di Raub.

Perkara itu sangat penting, kata mereka, bagi memastikan kedaulatan negeri dan kepentingan rakyat Pahang tidak dicabul pihak berkepentingan.

Timbalan Pengerusi PN Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata isu pencerobohan tanah di Pahang sudah berlarutan sekian lama dan kerajaan negeri tidak perlu tunduk kepada sebarang tekanan oleh mana-mana pihak. #sumber

Share:

Kerajaan 'Pahang Dan Selangor' Bertemu, Untuk Perkukuhkan Hubungan Dua Hala !

 

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hubungan dua hala antara kerajaan negeri Pahang dan Selangor akan lebih diperkukuhkan lagi dengan lebih strategik, mampan dan berimpak tinggi.

Menurut Wan Rosdy, kedua-dua negeri ini sangat bertuah kerana bersempadan antara satu sama lain serta lebih banyak peluang-peluang ekonomi dapat diteroka dan dibina secara bersama.

Wan Rosdy berkata demikian selepas berlansungnya Mesyuarat Dua Hala antara Kerajaan Negeri Pahang dan Selangor buat pertama kalinya selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Wisma Sri Pahang, baru-baru ini.

Pada Mesyuarat tersebut, Kerajaan Negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Dua Hala antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

“Pertemuan antara kedua-dua Kerajaan Negeri ini cukup penting terutamanya dalam memperkukuhkan hubungan dua hala secara strategik, mampan serta berimpak tinggi.

“Sesungguhnya kita sangat bertuah kerana Pahang dan Selangor bersempadanan antara satu sama lain serta banyak peluang-peluang ekonomi yang dapat diteroka dan dibina secara bersama di mana hasilnya nanti akan memberi manfaat kepada kedua-dua negeri.

“Saya berharap, agar hubungan dua hala ini terjalin dengan lebih erat lagi dan mesyuarat seumpama ini akan dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang demi kestabilan dan kesejahteraan bersama.” kata Wan Rosdy. #sumber

Share:

Cameron Highlands 'Catat' Kes Ceroboh Hutan 'Paling Tinggi' Di Negeri Pahang !

 

KUANTAN - Sebanyak 50 kes membabitkan pencerobohan hutan kekal dan enakmen industri berasaskan kayu sepanjang tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 37 kes membabitkan kesalahan pencerobohan hutan simpan dan tanah kerajaan.

Menurutnya, diikuti lima kes enakmen industri berasaskan kayu, empat membabitkan kes memindahkan hasil hutan tanpa permit dan kesalahan lesen kawasan tanah kerajaan dan milik pula sebanyak tiga kes.

"Berdasarkan data tersebut, daerah Cameron Highlands mencatat kesalahan tertinggi dengan 10 kes iaitu membabitkan kes pencerobohan hutan simpan kekal untuk aktiviti pertanian.

"Seterusnya, masing-masing tujuh di Jerantut termasuk Kuantan, Pekan dan Maran, Bentong (enam), Lipis (lima), Rompin (empat) dan Raub (tiga)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Nor Azirim memaklumkan, sebanyak 12 kes di kompaun antara RM2,500 hingga RM35,000 dan dua kes dibawa ke mahkamah yang membawa hukuman denda sehingga RM12,000 pada tahun lalu.

Tambahnya, kesalahan itu dikesan hasil daripada tindakan penguatkuasaan yang diambil melalui beberapa operasi.

Pihaknya turut melakukan rondaan secara berjadual di beberapa kawasan panas, selain penggunaan dron dan satelit bagi mengesan pencerobohan hutan simpan kekal dan tanah kerajaan di negeri ini.

"Jadi, kita mengharapkan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat aktiviti pencerobohan hutan, memindahkan hasil hutan tanpa permit dan melombong emas.

"Kerjasama berkenaan dapat mematahkan kegiatan menyalahi undang-undang yang akhirnya mengundang kerugian pada kerajaan negeri," kata beliau. #sumber

Share:

Bersatu Pahang Dakwa Akaun Masih Lagi Aktif, Tidak Terbabit Dengan Pembekuan!

 


KUANTAN - Semua transaksi membabitkan akaun Bersatu Pahang masih aktif dan tidak dibekukan, kata Timbalan Bersatu Pahang, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Dia memberitahu semua urusan dan operasi parti itu di peringkat cawangan dan bahagian di Pahang berjalan seperti biasa.

"Semuanya normal, akaun (bank) kami masih aktif. Saya tidak pasti tempat orang lain, tapi di Pahang akaun kami tidak ada masalah.

"Lagipun saya hanya boleh bercakap bagi negeri Pahang sajalah, saya tak pasti (keadaan) di tempat (negeri) lain," katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, media melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mengisytiharkan akaun 2020 dan 2021, dalam usaha untuk menentang dakwaan rasuah.

Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Katanya akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada awalnya pembekuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion  semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

Bagaimanapun sumber SPRM yang enggan dikenali berkata, pembekuan dibuat bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Sumber itu berkata, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.

Sementara itu, Mohd Yazid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar berkata, pembekuan akaun parti itu mungkin ada kaitan dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Macam-macam (andaian) kita boleh buat, mungkin ada kaitan dengan PRN, mungkin tidak, tapi kita lihat benda ini (pembekuan akaun bank) tidak menjejaskan kekuatan dimiliki Bersatu ketika ini," katanya.

PAS pada 14 Januari lalu membayangkan PRN bagi Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada Mac atau Ogos depan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Sri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata ada beberapa cadangan tarikh sudah dibuat, tetapi belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amiruddin Shari pada 27 Januari dalam sidang media di Kuantan, Pahang mengesahkan kerajaan negeri itu tidak akan membubarkan dewan undangan negeri (DUN) sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi mencadangkan PRN diadakan serentak tahun ini.

Cadangan itu adalah bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di negeri berkenaan tidak terlalu tinggi.

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan pula diterajui PAS. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.