MARAN - "Calon kalah turun padang bantu rakyat, mana pergi calon yang menang PRU-15?", inilah persoalan yang ditimbulkan oleh orang ramai dalam insiden tanah runtuh di Felda Jengka 1 baru-baru ini.
Pada kejadian itu, sebuah rumah peneroka hampir menjadi mangsa tanah runtuh akibat cuaca hujan berterusan yang berlaku.
Felda Jengka 1 terletak dalam kawasan DUN Kuala Sentul dalam Parlimen Maran. Kawasan ini dimenangi oleh calon dari Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum lalu iaitu Dato' Sri Hj Ismail Muttalib (parlimen) dan Dato' Jasri Jamaluddin (DUN).
Namun, penduduk tertanya-tanya di mana kelibat kedua-dua pemimpin terbabit dikala musibah melanda?. Anehnya, ramai pihak yang masih mengharapkan bantuan dan perhatian daripada pihak yang ditolak rakyat pada PRU-15 baru-baru ini.
Apa yang pasti atas daya usaha dan komitmen dua calon BN yang kalah iaitu Dato' Sri Hjh Shahniza Shamsuddin (calon Parlimen Maran) Khairuddin Ali (calon DUN Kuala Sentul), maka mangsa akhirnya mendapat bantuan segera daripada pihak kerajaan. Tindakan pantas kedua-dua pemimpin terbabit melegakan mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.
Difahamkan susulan kejadian tersebut, Khairuddin telah turun padang ke bersama pegawai dari pejabat Daerah Maran, JKR Maran, Felda dan urusetia pengurusan Bencana Daerah turun ke lokasi kejadian tersebut. Sementara itu menerusi kenyataan di facebook Shahaniza pula, beliau telah memanjang perkara tersebut dengan pantas kepada pihak bertanggungjawab selepas menerima laporan tentang kejadian.
Menurut kenyataan di facebook Khairuddin, hasil daripada perbincangan yang dilakukan bersama, beberapa cadangan telah dipersetujui iaitu untuk pelan jangka pendek, memohon pihak pengurusan bencana daerah mengeluarkan peruntukan membeli kanvas untuk menutup kawasan terdedah bagi mengurangkan risiko tanah runtuh berulang.
Sementara itu bagi pelan jangka panjang pula, pemohonan peruntukan akan dibuat oleh pihak pengurusan Felda untuk membina gabion dan tembok serta sistem saliran yang sistematik.
Bagi menggelakkan risiko kejadian tidak diingini berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini, tuan rumah pula telah dinasihatkan untuk berpindah buat sementara waktu.
Tindakan pantas Khairuddin dan Shahaniza menangani isu ini mendapat perhatian daripada penduduk setempat. Ternyata mereka masih mengharapkan kelibat dua pemimpin terbabit dalam menjaga kebajikan mereka, selepas melihat wakil rakyat yang menang tidak punyai kuasa dan suara untuk memperjuangkan nasib mereka akibat tidak selairan dengan kerajaan semasa di negeri dan pusat.
Apa pun, syabas diucapkan kepada Shahaniza dan Khairuddin atas tindakan pantas, cakna dan prihatin nasib rakyat di kawasan mereka, biar pun tewas pada pilihan raya umum lalu. Tradisi membela rakyat diteruskan demi kesejahteraan dan kemakmuran. #PahangDaily













Tiada ulasan:
Catat Ulasan