script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lynas 'Rayu' Kerajaan Agar Teliti Semula Keputusan Syarat Lesen Operasi Mereka

 

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.

Menteri berkenaan Chang Lih Kang ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini berkata rayuan berkenaan dalam proses pertimbangan.

"Kerajaan tidak menutup Lynas, kerajaan cuma tidak membenarkan permohonan Lynas untuk menggugurkan syarat-syarat yang telah ditetapkan pada 2020,” katanya.

Sebelum ini, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen berkaitan pengurusan residu Water Leach Purification (WLP) selepas Julai 2023, aktiviti cracking and leaching (C&L) di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia.

Keputusan itu bermakna Lynas tidak lagi boleh menghasilkan sisa radioaktif tambahan selepas Julai 2023.

Sementara itu, Lynas merayu supaya kerajaan meneliti semula keputusan larangan itu kerana keadaan itu akan memberi impak kepada operasi syarikat selain kira-kira 2,000 kakitangan dikhuatiri kehilangan pekerjaan.

"Lynas sudah beroperasi lebih 10 tahun, selepas keputusan ini dilaksanakan pekerja yang terdiri daripada anak muda tempatan bakal kehilangan pendapatan mereka untuk menyara keluarga.

"Kami sentiasa menantikan peluang untuk mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan pada bila-bila masa agar keputusan yang lebih baik dapat dicapai," kata Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi Lynas Jumaat Mansor.

Dalam perkembangan lain, Chang berkata menerusi Cradle Fund, agensi pelaksana Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030, sebanyak 5,750 syarikat startup atau pemula dan individu telah menerima manfaat daripada program-program yang dilaksanakan mulai Nov 2021.

Beliau berkata startup juga boleh memanfaatkan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) iaitu program untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi pelbagai pihak sebagai penjana kekayaan melalui aktiviti pengkomersialan.

Beliau berkata MCY kini telah memasuki fasa 3.0 ‘MCY Goes Global’ bertujuan memperluas pasaran produk, teknologi, perkhidmatan R&D tempatan ke peringkat antarabangsa. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.