script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Negeri Sembilan FC Gagal Benamkan 'Tok Gajah' Di Gelanggang Sendiri Malam Tadi!

 

SEREMBAN - Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mendapatkan kemenangan tidak kesampaian apabila terikat seri 1-1 dengan Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Gol jaringan Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-20 gagal dipertahankan tuan rumah apabila Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol penyamaan pada awal babak kedua, lapor Berita Harian.

Skuad bimbingan K Devan menggembirakan penyokong apabila Da Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-20 apabila rembatannya menewaskan Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Jaringan itu jelas mengejutkan Pahang yang dibimbing legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad apabila mereka menggandakan asakan ke kubu NSFC.

Namun, tandukan Kpah Sherman pada minit ke-45 selepas menerima hantaran dari bahagian tepi bagaimanapun berjaya ditepis penjaga gol NSFC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Ketika minit-minit terakhir separuh masa pertama, Izham Tarmizi mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas bertembung dengan Hasbullah Abu Bakar hingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bersambung babak kedua, kelebihan tuan rumah tidak berpanjangan apabila pemain gantian Abdul Malik menanduk bola hantaran lintang daripada David Romley untuk gol penyamaan pada minit ke-47.

Kedua-dua pasukan dilihat berusaha untuk menambah jaringan namun gagal menemui sasaran apabila perlawanan berkesudahan seri 1-1 sehingga tamat permainan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.