script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Baby Shima Bertudung Dan Nyanyi Lagu Nasyid, Hormati Israk Mikraj Di Kuantan

 

KUANTAN – Penyanyi sensasi Baby Shima menuai perhatian ramai apabila tampil dengan imej bertudung dalam sebuah persembahan sempena sambutan Israk Mikraj hari ini.

Pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli itu memberitahu imej berhijab berkenaan merupakan keputusannya sendiri bagi menghormati hari mulia tersebut.

“Selesai bergoyang ya habibi hari ini. Lain kali datang dahulu sebelum berkata-kata. Apabila mendapat tahu ada persembahan pada hari Israk Mikraj, saya sendiri ingin tampil sebegini,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Dia bagaimanapun melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir individu melemparkan tuduhan awal sebelum dia tampil dengan imej bertudung.

“Sebelum muncul buat persembahan, ramai pula memilih untuk berkata terlebih dahulu sehingga ada yang tuduh saya tidak menghormati hari mulia ini.

“Sedangkan mereka belum melihat dahulu penampilan yang akan saya persembahkan.

“Saya tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri tanpa disuruh oleh siapa pun,” ujarnya.

Difahamkan, pelantun lagu Lalai itu dijemput mengadakan persembahan sempena sambutan Israk Mikraj di sini hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik Shima, dia turut mendendangkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sebelum ini, dia kerap dihambat kontroversi apabila sering muncul dengan video bergelek dan imej seksi. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.