script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas Ahli Parlimen 'Tawar Diri' Kembali Terajui UMNO Jerantut Pemilihan Kali Ini

JERANTUT - Bekas Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, menawarkan diri bertanding untuk menduduki semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan parti kali ini.

Ahmad Nazlan berkata, beliau memutuskan sedemikian kerana UMNO memerlukan 'nafas baharu' untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan yang mencatat pencapaian buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, katanya, beliau melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian selepas PRU14 dan tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Jerantut, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin pelapis dalam parti itu.

"Bagaimanapun, keputusan untuk menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini dibuat setelah mengambil kira pandangan ahli parti pada peringkat akar umbi yang mahu saya kembali memimpin UMNO Bahagian Jerantut.

"Justeru, berasaskan prinsip demokrasi dalam UMNO, saya dengan penuh rendah diri menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti kali ini.

"Pengalaman sebagai Ketua UMNO Bahagian sebelum ini banyak mengajar saya erti perjuangan dan memahami denyut nadi orang muda serta rakyat," katanya, di sini, hari ini.

Ahmad Nazlan berkata, ahli peringkat akar umbi memerlukan perubahan selepas ramai didakwa tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepemimpinan sekarang.

"Walau apapun dikatakan terhadap UMNO ketika ini, saya masih berkeyakinan bahawa parti mampu bangkit semula serta menjadi wadah perjuangan untuk agama, masyarakat dan negara," katanya.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sedang disandang oleh Datuk Nazri Ngah yang setakat ini, belum mengumumkan keputusan sama ada akan mempertahankan kedudukannya itu atau memberi laluan kepada Ahmad Nazlan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.