script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Asmayudin Cabar 'Anak Najib' Jawatan 'Naib Ketua' UMNO Bahagian Pekan !

PEKAN - Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan sesi 2013 hingga 2018, Asmayudin Uyub mengumumkan menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti itu bermula awal bulan depan.

Laporan Utusan Malaysia dipetik, beliau akan menentang seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohamad Nizar Najib yang juga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asmayudin berkata, beliau yakin dengan sedikit pengalaman dan semangat daya juang, mampu untuk memberikan sebaik mungkin sumbangan kepada mengukuhkan semula UMNO Bahagian Pekan.

“Sebagai ahli parti yang setia serta menghormati demokrasi yang diamalkan dalam UMNO, ia mendorong saya membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan.

“Sesiapa sahaja dalam UMNO bebas untuk mencalonkan nama mereka dalam mana-mana jawatan dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Asmayudin berkata, beliau sedia berdepan siapa sahaja calon untuk jawatan itu termasuk Mohamad Nizar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri.

“Setiap calon mempunyai kelebihan masing-masing dan terserah kepada perwakilan untuk memilih siapa yang layak untuk menjawat jawatan tersebut,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.