script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hujan Berterusan Tahap Bahaya Diramal Berlaku Di Pahang, Johor Hingga Khamis

 

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya sehingga Khamis ini membabitkan Pekan dan Rompin di Pahang dan Johor.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka di Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa kawasan di Pahang termasuk Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera.

"Amaran hujan tahap ini berkuat kuasa sehingga Khamis minggu ini," katanya

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada pula dijangka di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Terengganu.

Selain itu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Sarawak yang membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

Amaran hujan berterusan tahap waspada ini berkuat kuasa sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

Amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh itu di sesuatu kawasan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.