script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Beradik Maut, Nahas Tiga Kenderaan Di Jalan Jerantut - Benta Tengahari Tadi !

 

JERANTUT - Dua beradik maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 8 Jalan Jerantut-Benta dekat Kampung Lata Kasah di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kemalangan melibatkan sebuah lori, kereta Proton Saga dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan memberitahu, akibat kemalangan itu seorang lelaki berusia 23 tahun yang memandu Proton Saga maut di tempat kejadian.

"Kakak mangsa berusia 27 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta itu meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Jerantut.

"Dua lagi penumpang kereta itu iaitu sepupu mangsa lelaki berusia 23 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera. Mereka sedang menerima rawatan di unit kecemasan hospital sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa lori yang dipandu lelaki berusia 53 tahun dalam arah perjalanan dari Kuantan menuju ke Kampung Baru.

"Semasa melalui jalan berselekoh dalam keadaan cuaca hujan, lori itu telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta itu secara berhadapan.

"Bahagian belakang lori itu pula telah terkena pada bahagian sisi kanan Triton yang berada di hadapan kereta tersebut.

"Pemandu lori dan pemandu Triton iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya.
Beliau berkata, pemandu lori itu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan ujian awal air kencing pemandu tersebut didapati negatif.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.