script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mengantuk Jadi Punca Nahas Ragut Dua Nyawa Di KM 55, Jalan Pekan Ke Nenasi

PEKAN: Memandu dalam keadaan mengantuk, dipercayai menyebabkan seorang lelaki gagal mengawal kereta dan terbabas merempuh pejalan kaki sebelum terjunam ke dalam sungai di Kilometer 55 Jalan Pekan-Nenasi dekat Merchong pagi tadi.

Kemalangan jam 9.30 pagi itu, bukan sahaja meragut nyawa pejalan kaki terbabit, malah penumpang yang isteri pemandu kereta terbabit, turut terkorban apabila ditemui lemas dalam kejadian itu.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nor Katijah Mamat, 33, dari Taman Nusa Putri, Rompin manakala suaminya, yang berusia 27 tahun, hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Pekan.

Pejalan kaki juga seorang warga asing yang terbunuh dalam kejadian itu, belum diperoleh identitinya.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki suami isteri itu dalam perjalanan dari Pekan menghala ke Rompin.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta dipercayai mengantuk lalu terbabas ke kiri laluan dan terlanggar seorang warga asing yang sedang berjalan kaki di tepi jalan.

"Pemandu kereta terbabit dipercayai memulas stering ke kanan lalu terbabas ke dalam sungai menyebabkan penumpang hadapan lemas sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Pekan di sini, untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan," katanya. #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.