script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tolak Sertai PN, PEJUANG Wajar Bubar Dan Ahli Sertai PAS Atau Pun BERSATU

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) untuk menyertai gabungan itu kerana risau kemasukan parti baru menjelang pilihan raya negeri akan mengganggu perbincangan pembahagian kerusi.

"Masa dia masuk dekat PRN … parti komponen PN sudah bincang bila terima masuk ia mungkin akan mengganggu proses perbincangan yang sedang berjalan,” katanya seperti dipetik FMT.

PEJUANG kalah PRU-15 dan setiap calonnya termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kehilangan wang deposit.

Parti itu sejak itu dilanda krisis dengan Dr Mahathir menyertai Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) pimpinan Datuk Ibrahim Ali manakala anaknya Datuk Mukhriz Mahathir cuba memohon supaya PEJUANG menyertai gabungan PN.

"Penyatuan ummah tidak akan berlaku sebab mereka (PEJUANG) bukan parti utama sepertimana UMNO atau BERSATU,” kata Tuan Ibrahim.

“Walaupun PEJUANG masuk pilihan raya, ia kalah hampir semua dan mereka akui hilang deposit,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim juga berkata PEJUANG wajar dibubarkan dan ahlinya menyertai PAS atau BERSATU.

“Itu lebih baik berbanding banyakkan parti kecil kerana akhirnya ia akan menimbul masalah,” katanya.

Selain Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, PEJUANG juga memegang tiga kerusi DUN iaitu Anak Bukit di Kedah serta Jeram dan Kuang di Selangor yang dimenangi ahli PEJUANG ketika bertanding bawah tiket BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

“Saya jangka mereka tahu dengan bersendirian dia tak boleh pertahan kerusi itu maka dia cari gabungan lain,” kata Tuan Ibrahim.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 21 Mac lalu memutuskan untuk menolak permohonan PEJUANG menyertai gabungan itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak memberikan sebarang alasan mengapa gabungan berkenaan memutuskan untuk menolak PEJUANG.

Hamzah dalam kenyataan menolak PEJUANG juga tidak menyebut tentang Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga dilaporkan berhasrat untuk menyertai PN.

Mesyuarat PN berkenaan dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengerusi PN dan dihadiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Dominic Lau. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.